Assalamualaikum..
Sepi seketika .. mulut terkunci tapi jari jemari mengukir kata-kata..cet poyah kot berbahasa tersirat ..haha
Haa apa khabar sahabat-sahabat sekelian??mudah-mudahan hari-hari yang ditempuhi mengajar erti kehidupan..
Hari ini??ya hari ini aku jumpa semula dengan cikgu yang aku & sabahat BOS pernah kenakan dia kaw-kaw sampai nangis waktu sekolah convent dulu. Setelah 8 tahun terpisah kami bertemu kembali..chewah!!.
Cikgu Ashraf namanya (ini bukan ashraf a.k.a maryam).Jumpa kat facebook je pun.hehe.Cikgu ini kena buli time dia buat praktikal di sekolah convent dulu..kwang3x.Masih aku terbayang-bayang lagi muka cikgu ini merah sambil air mata meleleh-leleh dalam kelas..haha..memang dajal betul kami!!.Cikgu ashraf ditugaskan mengajar kami subjek agama Islam untuk form 4 (time tuh aku form 4).Biasalah sekolah perempuan kan,bila seorang teruna masuk huru hara jadinya..hehehe..
Semua ini terjadi sebab kami buat keputusan melulu tanpa menyiasat perkara sebenar..heee.Semua terjadi gara-gara kawan di kelas aliran sastera member khabar berita…
Kelas sastera : eh korang tahu tak,cikgu ashraf kata korang budak sains sombong giler dalam kelas
Kelas sains: eh ye ke?mana ada kiteorang sombong la..
Kelas sastera:ntah,cikgu yang cakap
Kelas sains: ok tak pe lah (dalam hati dah membuak-buak..haha)
Terus kami rancang nak kenakan cikgu ashraf,memandangkan ini 1st dia mengajar,biar kami ajar cukup-cukup.Aku mecadangkan kita tubuhkan perang ashraf gantikan dengan perang saraf (subjek sejarah form 3)..haha.Time sekolah memang dajal habis pepaling sekolah semua perempuan kan..heee
Kebetulan masa kami nak lancarkan perang saraf , lecturer cikgu ashraf dari UTM datang untuk buat observation (ala..yang macam kita IPD dulu..tutor ke lec datang jenguk kita).haaa memang ditunggu –tunggu saat ini!!..hahaha
Di hari kejadian,sewaktu dalam kelas agama Islam
Tajuk hari ini,cikgu bercerita dengan adab-adab sesame manusia,lebih kurang gitu la tajuknnya..
Bila sesi soal jawab dibuka,haaa kami mula bertindak..
Hani: Cikgu apakah hukum mengata orang?
Belum sempat cikgu ashraf nak jawab,seorang lagi bangun..(kami dah susun turutan siapa yang akan bangun untuk tanya soalan..teliti punya perang ni..giler)
Wani bangun..
Sara bangun
Fara bangun
Nina bangun
Hana bangun
*Aku dah lupa soalan yang dieorang tanya & turutan nama mungkin ada yang terbalik-balik,maklumla cerita 8 tahun yang lalu *
Dan akhir sekali aku bangun:cikgu apa hukum jika seseorang tuh yang dah faham hukum agama tentang dosa mengata,lepas tuh dia masih buat dan cuba menyampaikan cerita yang salah??
*sebenarnya jawapan soalan ini semua kami dah tahu tapi saja nak panaskan keadaan*
Haaa..time ni muka cikgu da merah dah..lecturer dia pun da pandang kitaorang pelik je..haha..
Lepas lecturer dia keluar dari kelas,cikgu ashraf duduk kat meja guru,dia tunduk je..
Sekali haa bila dia bangun & angkat muka..air mata dah meleleh-leleh dah.Time ini kami semua kaget,dan yang paling cuak aku lah sebab aku ketua perang..haha.Kelas tiba-tiba terdiam.
Cikgu ashraf: kenapa awak semua buat saya macam ini?apa salah saya??
Kelas: tak ada siapa berani jawab,masing-masing buat muka baik
Cikgu terus keluar dari kelas sambil nangis,1 kelas panik dan saling menyalahkan..haha (cuak..cuak..tahu takot!!).Aku dan sara cuba kejar cikgu (kunon-kunon cam nak pujuk aahh..haha..budak mentah!!),tapi tak jadi,kami hantar wakil untuk pergi cari & pujuk cikgu-faraliza,kenapa dia dipilih sebab dia paling baik & lembut dalam kelas(kunon-kunon cam nak umpan ahh ni).
Bila faraliza balik ke kelas dia membawa khabar cikgu menangis kat surau.kawai kan ..dalam hati cuak-cuak!!
Hari kejadian berlalu dengan begitu sahaja.Masing-masing berdoa mahu pulang cepat & berlakon macam tiada apa-apa berlaku.
Esoknya,kami tahan cikgu sebelum cikgu balik rumah.Aku dipilih sebagai ketua pendamai,kami mohom maaf & terangkan perkara sebenar pada cikgu.Dipendekkan cerita,selepas kejadian ,kami terus jadi kamcing.Setiap petang kami akan tolong cikgu cat surau,makan mee siput sama-sama,minum air sirap sama-sama.Cikgu ashraf ini dia macam ada ilmu sikit,sebab sekolah pondok dulu..dia macam boleh baca raut wajah seorang perempuan,tapi kami ni memang muka slambe,semua tuh kami buat tak kisah (kau nak baca apa ke ikut suke hati kau la labu..)
Dan paling sedih,sebelum nak tamat praktikal ,cikgu ashraf nangis sekali lagi dalam kelas..sedih nak tinggalkan kami katanya..(tak tahu lah betul ke tak kan..haha).Kami pun bagi hadiah 1 kotak besar,dalam kotak tuh ada tasbih,cermin,senduk,gayung kecil,sikat,pinggan..banyak aaa tak ingat & kami balut pakai surat khabar .
Hampir 8 tahun perkara tuh berlalu..zaman sekolah zaman yang paling aku tak kan lupa,dan alhamdullilah segengster-gengster kami pelajaran kami tak abaikan..
Dan semalam cikgu hantar masej kat Inbox FB
Cikgu : Pelajar paling baik dengan cikgu,cikgu masih ingat..kat mana sekarang??
Haa nampak tak paling baik tuhh..tapi macam peril je bunyi..hahaha..biarkan..
Assalamualaikum
no pain,no gain
6 comments:
panjang citer korang ni...nway...muka laki tu familiar la jat
mmg dajal giler r..haha..tp mesti senyum sorang2 bila teringat balik kan..huhu
alah dulu je,skrang ak da insap,
ak pedajalan kau je..hahaha
haa bukan setakat terseyum,gelak besar kalu ingat balik..kenangan2..
Encem jugak cg ko neh..tp xsangka plak hati die ada 'taman'..sensetip yek..haha
jenis org yg mcm sensetip2..
ak lagik ensem ..
Post a Comment