Pages

Monday, April 19, 2010

Halalan Toyyiban

Assalamualaikum...

Wah! hebat Nabilah sudah ada blog sendiri....huhu. Tahniah Nabilah. Dua minggu yang lepas aku ada training untuk pensijilan Halal. Kami dalam proses untuk mendapatkan sijil halal. Harap2 segalanya berjalan lancar...amin. Sekarang ini tengah sibuk prepare dokumen, tu yang tergerak nak tulis pasal halal.

Cerita pasal halal ni, korang mesti awarekan yang kerajaan sedang ke arah men'standard'kan Halal ni (apa ke punya ayat ni?). Lepas ni kerajaan hanya akan iktiraf Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Hah korang tau x logo HALAL JAKIM macam mana? Lepas ini logo ini je yang betul kesahihannya...logo2 lain xmainlah... Logo ni jek yang Jakim guna. Bukan yang ada nama Jakim dalam bulatan tu. Logo ini pun ada bermacam2 warna so jangan pula kata logo warna merah xhalal...huhu

Proses nak dapatkan Halal bukan senang. Jakim bukan tengok hanya pada bahan2 yang digunakan sahaja tapi semua aspek diambil kira. Dari pekerja, kebersihan, even nama menu pun diambil kira. Kalau nama yang mengelirukan macam chicken ham, chicken bacon, chicken bak kut teh pun xakan dihalalkan walaupun dia menggunakan ayam. Pewarna rambut pun xdapat sijil halal sebab penggunaannya haram. Ye pewarna itu memang xguna bahan2 yang haram tapi penggunaanya yang haram. Yelah mengubah sesuatu ciptaan tuhan kan haram so kira xnak subahatlah...kalau ada produk pewarna rambut yang ada logo halal itu maknanya sijil dia dah expired sebab dulu memang Jakim iktiraf kehalalan pewarna rambut tapi sekarang xlagi. Yang aku terkejut lipstik pun ada yang xhalal! Ini lagi best Rokok pun xhalal sebab ada isu blood pig dalam rokok (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.803.2).. hahaha suka aku dengar yang ni..udah2lah tu perokok tegar, merokok dahlah membahayakan kesihatan pastu xhalal pulak tu...ish...ish..ish..xberbaloi-baloi.

Sebenarnya dekat Malaysia ni banyak jek restoran2 yang xdiiktiraf oleh Jakim, ataupun ada sijil halal tapi yang dibeli dari syarikat swasta. Hal2 agama pun boleh dijual beli.Terfikir berapa banyak makanan syubhah dah jadi darah daging. nauzubillah..tapi kenapa mereka ini masih lagi beroperasi? sebab masih ada pengguna yang pergi! Cuba kalau kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk memilih hanya restoran yang halal diiktiraf oleh jakim sahaja, confirm restoran2 ni akan apply Halal Jakim. Pokok pangkalnya terpulanglah pada diri sendiri...

Kalau nak tau apa restoran yang diiktiraf oleh Jakim boleh check kat www.halal.gov.my. Macammana dengan logo2 halal yang di copy paste oleh mereka yang xbertanggungjawab? Kat laman web tu ada senarai restoran atau company halal yang update punya. Boleh check sama ada memang betul produk tu halal atau x. Kalau ada makanan atau barang2 yang korang xsure boleh check dekat situ jugak. Pastu boleh buat aduan juga...

Dekat private hospital ni esp Hospital yang diempunya oleh Non-Muslim ni besar sikit cabarannya. Kebanyakkan pesakit pun non muslim so mereka ni xaware benda2 halal haram ni. Mereka tau kita xboleh makan pork sahaja. Mereka xtau pinggan, sudu, garpu lain2 yang dah bersentuhan dengan pork pun haram juga. Nak larang mereka bawa masuk makanan non halal, ini bukan hospital kerajaan. Ini 'private' ok suka hati merekalah. Mereka bayar ok. Ada yang lepas ini kitorang kena pergi kursus samak pulak hahaha

Kesimpulannya, kalau produk/makanan/restoran yang diiktiraf Jakim InsyaAllah dijamin 100% halal. Oleh itu, marilah kita sama2 mencari makanan/produk yang halal sahaja!

amaran kepada pelajar sekolah: penggunaan tatabahasa sangat gagal kali ini. Jangan contohi saya..

Wassalam...

6 comments:

hajat said...

aku syorkan ko bace buku halal haram makanan,cover depan kaler hijau ada gambo makanan oleh persatuan pengguna penang
buku yg amat bgs untuk memberi pendedahan & kefahaman,
pasal gelatin & sume2 ada cerita..
aku baru bace separuh sebab gaduh dengan adah,die tak bagi bawak balik bangi sebab die tengah bace..
bukan saja lipstik,dengan produk2 pencuci muka juga kena hati2,ada yang tiada tanda halal

Unknown said...

betul2 sebenarnya banyak lagi benda2 yang xhalal kat negara yang islam ni!

Hidayah said...

bagus ion..satu pengongsian ilmu yang bagus..

hajat: mana nk cari buku halal haram cover hijau tuh...

Hidayah said...

bagus ion..satu pengongsian ilmu yang bagus..

hajat: mana nk cari buku halal haram cover hijau tuh...

hajat said...

dayah,mcm mana nk cari ko tanya??cari kat celah gigi kot..haha
cari kat kedai buku la dik non ,tak kan kat kedai ayam pulak..haha
kat kedai buku sini,banyak je jual..kedai buku jalan TAR ada..hee

Hidayah said...

hahahaha...mane la tahu kot2 ko yg jadi supplier senang la sket aku nk beli..xyah la g kedai buku(xtau la kedai buku kt mana kt bera neh)..hehe