Pages

Wednesday, April 14, 2010

Hati panas tapi dah sejuk

Assalamualaikum…

Ain kembali lagi!!!Rindu aku x?hahaha…sekian lama menyepi (lama ke menyepi…hihihi). Sebenarnya aku menyepikan diri cuba untuk mencari ketenangan dan juga cuba untuk menyelami hati sendiri..eceh! Ini semua korang punya pasallah. Koranglah yang menyebabkan hati panas…hahaha. Terutama sekali anak en mustapa hahaha…semuanya gara2 gurauan kau kat FB jat! Tengoklah apa dah jadi…xpasal2 acap terlibat sama. Aku pun xtaulah macam mana acap boleh terlibat. Nasib baik acap xkisah…lega…Inilah yang berlaku bila orang salah tafsir keakraban kami (akrab ker..hahaha). Memanglah banyak gambar aku berdua dengan mohd ashraf tu tapi itu cuma hiasan semata2…komen2 korang juga tidak membantu malah ibarat mencurah minyak ke api…hahaha (keluar sudah segala peribahasa..hahaha). Geram punya pasal aku ambil jalan untuk mendiamkan diri sahaja…hihihi. Minta maaflah ye kepada mereka yang cuba menghubungi saya…dayah, nabilah dan terutama sekali aini musa. SMS dan phone call korang aku xlayan hehehe…

Bila perkara ini berlaku, aku terfikir macam nilah agaknya bagaimana fitnah tercetus. Dari gurauan seterusnya menjadi fitnah!nauzubillah. Aku rasa bersalah sebab rasa seperti aku sendiri yang mencetuskan fitnah tersebut. Yelah kalau aku x post gambar dengan acap mesti orang xsalah sangka. Kalau aku xbergurau pasal aku nak tunang tu mesti ajat xpost kat FB aku…itulah orang selalu kata yang baik itu datang dari Allah, yang jahat datang dari diri sendiri. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku.

Apa yang terjadi juga menjadikan aku fobia sekejap nak menulis takut orang salah sangka lagi. Tengok jelah entri aku pasal it’s complicated xpasal2 en azmi kata aku dilamun cinta. Lepas tu pasal entri I’m in love yang langsung xada kena mengena dengan diri sendiri juga telah disalah tafsirkan. Dari gurauan jadi benda serius pula. Tapi ini semua mengajar aku untuk lebih berhati2 di masa akan datang. Jangan berputus asa ditengah jalan. Banyak lagi cerita yang nak dikongsikan dengan korang.

Tapi yang lawaknya…xsangka pula aku ramai juga yang tumpang bahagia bila aku nak tunang hahahaha. Terima kasihlah kepada mereka yang doakan kebahgiaan aku. Aku simpan wish tu sampai tiba masanya…hahaha. Cukup2lah korang ye isu pasal couple ker bulan 11 ker complicated ker xlarat dah nak layan. Saya tahu kamu semua prihatin dan ambil berat pasal saya. Terima kasih banyak2 sesungguhnya saya juga sayangkan kamu semua…korang jek dalam hati aku ni…hikhikhikhik

Sekali lagi minta maaf kepada mereka yang terkesan akibat jiwa kacau ini…

Pesanan untuk diri sendiri: tolonglah ain lepas ni janganlah buat kenyataan yang mencurigakan lagi....hahaha

4 comments:

hajat said...

sebelum mengomen,izinkan ak gelak dulu
hahahhaha..akakakaka
alah ayon,dgn ak ko xyah ah nk mintk2 maaf..ak no hal pnya..
ayon,cepat ah ikut jejak ak ni..mana bole ak sorang je jadi puan..kata nak susah senang sama2..hakhak
ayon-im sori beb..xda niat nk timbulkan fitnah atau apa2..
tp kalu betol kn best..waaa waaa

Unknown said...

aku dah maafkan dah...hahaha
cam geli jek bila tukar status puan ain..eee yucks..hahahaha

Anonymous said...

kisah tragedis..hihi - azmi

Unknown said...

memang tragis pun hahaha