Ya Allah, Sahabatku ialah buah hatiku, Mesra kami penawar duka, Rindu kami menambah cinta, Rajuk kami membuah ceria, Ya Allah ! Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah, Permusuhan kami Nauzubillah, Berpisah hanya dengan mati,InsyaAllah, Pengikat hati kami rabithah marthotillah.
Thursday, April 29, 2010
BELIEVE
Assalamualaikum..
hari demi hari bebanan semakin bertambah
hari demi hari kekusutan semakin mengunung
hari demi hari tanggungjawab semakin mendaki bukit
tetapi..!!
hari demi hari semakin banyak yang dipelajari
hari demi hari semakin banyak kesulitan terlerai satu persatu
hari demi hari semakin ramai yang mempercayai & diberi kepercayaan
bukankah ini semua nikmat yang Allah kurniakan
bukankah ini semua yang didapati tanpa disedari
bukankah ini semua dapat tanpa dibayar
nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan..
berulang-ulang disebut dalam surah ar-Rahman
mengeluh bukan lah sifat perjuangan sebenar
berkeluh kesah bukan lah sifat pemimpin terbilang
contohi al-fateh,ikuti salahuddin al-ayubi
bersiang dengan diri kau sendiri,bukan dengan orang lain
& ingat keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu hitam
Assalamualaikum
no pain no gain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
kenapa keikhlasan umpama semut hitam di atas batu hitam?
apakah maksud disebaliknya siti hajar?
keikhlasan tuh sukar untuk dilihat tapi boleh dirasai dengan hati.
macam semut hitam atas batu hitam,
kita tak kan nampak semut tuh sebab warna dia sama dengan warna batu tapi kita yakin dengan hati semut tuh ada atas batu hitam tuh
orang yang melihat dengan mata mungkin tak dapat menilai,tapi orang yang melihat dengan mata hati akan tahu nilainya
semut hitam atas batu hitam....
teringat kenangan malam bertemu cikgu
cikgu kamu membuka lembaran baru dalam hidup saya! Baru sedar waktu tu dah dewasa rupenye...
ayon & dayah !! aku kalu teingat kenangan tuh..
mesti nak tergelak punya..hahaha
esok da kawin,aku akan ke sana lagi..
mengimbau kenangan 3 tahun lepas
hahaha...kl pergi ajak kami skali baru real...huuhu
hahaha...btol 2 baru bleh mengimbau kenangan indah dgn adenya kami berdua...hihi
haha..yg x tahan,ayon dengan berani bertanya isi hati cikgu..mmg berani aa kau ayon..best2
Mana datang berani tu pun aku xtau..hahahaha
haha..aku mmg terkejut time tuh.. dalam ati terdetik: hhmmm pemikiran ion lagi matang dari aku rupanya..huhu
Post a Comment