Pages

Geng beg

Geng beg ni terdiri daripada 5 orang..moderator or owner blog ni sebenarnya hajat. kami yang lain hanya menumpang sahaja..hee...
kami semua adalah Graduan BSc Dietetics UPM 1st batch (2005/2009)...bangga menjadi 1st batch Dietetics UPM. sekarang masing2 telah membawa haluan masing2. seorang di JB, seorang di Bera, seorang di Nilai, seorang di Bangi dan seorang di Ampang. dengan cara berblog ini semoga dapat merapatkan lagi ikatan persahabatan kami dan juga supaya kami sentiasa 'update' perkembangan kami antara satu sama lain...untuk info lanjut tentang diri masing2 bolehlah cari kat link mukabuku tu.
sebelum kami bertemu masing2 mempunyai latarbelakang yang berbeza....kami tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Hajat dari sekolah Convent Muar dan Matrik Perak. Dayah dari SMAASZA terengganu dan matrik gambang. nabilah dari SMK puteri Ampang dan matrik Kedah. sakin pula dari SMK Taman Daya dan Matrik Melaka. Ion pulak dari MRSM mersing dan Matrik Negeri Sembilan...betapa berbezanya kami...tapi jodoh telah menemukan kami....geeeee
semoga jodoh kami berkekalan....