Pages

Friday, April 30, 2010

Update

Assalamualaikum...

kawan2 ku sehatkah?

juz wanna update my ielts --- i didnt make it... :'(
Alhamdulillah... total band dapatla 6.5
tapi...mcm yg aku risaukan sblm neh, writing aku tak achieve band 6, cuma band 5.5...

ok, itu saje =(

Salam

Thursday, April 29, 2010

BELIEVE


Assalamualaikum..

hari demi hari bebanan semakin bertambah
hari demi hari kekusutan semakin mengunung
hari demi hari tanggungjawab semakin mendaki bukit

tetapi..!!

hari demi hari semakin banyak yang dipelajari
hari demi hari semakin banyak kesulitan terlerai satu persatu
hari demi hari semakin ramai yang mempercayai & diberi kepercayaan

bukankah ini semua nikmat yang Allah kurniakan
bukankah ini semua yang didapati tanpa disedari
bukankah ini semua dapat tanpa dibayar
nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan..
berulang-ulang disebut dalam surah ar-Rahman

mengeluh bukan lah sifat perjuangan sebenar
berkeluh kesah bukan lah sifat pemimpin terbilang
contohi al-fateh,ikuti salahuddin al-ayubi
bersiang dengan diri kau sendiri,bukan dengan orang lain
& ingat keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu hitam

Assalamualaikum
no pain no gain

Wednesday, April 28, 2010

CINTA SUFI

Assalamualaikum...

Ramlee Awang Murshid kembali lagi dengan Laksamana Sunan!!!Kali in dipenuhi dengan aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan. Eceh macam promoter pulak tapi saya xdapat apa2 komisyen ye...hehehe.

Semalam dapat mesej dari cik sakin beritahu Bagaikan Puteri ada sambungan lagi. Dan dan hari ni aku pergi beli buku Cinta Sufi nikan hahaha...Actually xplan pun nak pergi beli hari ni tapi memandangkan Kak Yan tetiba ajak pergi makan kat tempat kerja dia Great Eastern Mall so alang2 tu aku singgahlah MPH. Tetiba jek Kak Yan ajak aku pegi makan selalunya dia pergi gym tinggal aku sorang2 kat rumah. Mentang2 lah nak tumpang aku balik sanggup belanja aku makan kat Zen (ala2 secret recipe). ..hmmm

aku suka buku Ramlee ni sebab penulisan dia lain daripada yang lain. CErita dia penuh dengan info2 yang menarik dan kreatif. Xmacam cerita novel yang lain jalan cerita lebih kurang sama jek. Kahwin paksa mula2 xsuka lama2 jatuh cinta. Kalau x perempuan, lelaki yang kaya tapi salah sorang mesti kaya. Bergaduhlah sebesar mana, berperang besar-besaran, berpisah jauh-jauh sorang kat utara dunia sorang lagi kat selatan tapi akhirnya hero dengan heroin gak happily ever after...Malu pulak aku nak mengaku dulu (masa muda mudi ) suka baca novel2 camtu hahaha...tapi itu masa belum baligh lagi akakaka sekarang dah mula mencari buku2 yang ilmiah sikit biar terisi sikit otak aku ni...

Kalau dulu aku boleh habiskan novel dalam masa sehari (hahaha itu sebab aku screen isi2 penting jek) sekarang tidak lagi. Satu buku boleh ambil masa 1 minggu (paling cepat hahaha) kadang2 sampai 1 bulan. Even Magazine pun nak habis tu merangkak-rangkak...Oh tidak! Saya dah tua! hahaha...

Okay semua aku nak tidur ...Dayah sila dapatkan Cinta Sufi dipasaran.. Nabilah juga. Daaaa

Wassalam

Monday, April 26, 2010

berdebar siot..

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah memanjangkan lagi usia kita...masih berkesempatan menghirup udara yang indah ini...huhu..

Tajuk arini 'berdebar'...mesti korang tertanya-tanya kenapa...walaupun 'benda' akan berlaku pada 27hb (tersilap tulis plak berdebar punye pasal nseb bek ade cik ain yg menegur, sbenar2nya 28hb..hehe) neh tapi aku sudah merasa debaran yang amat dahsyat..mane x nya..aku telah dijemput untuk memberi ceramah pemakanan sihat di SMK Purun pada ari Rabu ini...pelajar yang terlibat seramai 300 orang (from1,2, n 4).. ini belum termasuk masyarakat setempat, cikgu n staf2...tolal sume xtau r brape orang.. (takut wooo...badan aku ni asyik xnak bagi kerjasama jek..kejap pening la, sakit perut la...huhu).. ini merupakan acara besar-besaran jugak la untuk peringkat sekolah sebab siap buat announcement kat radio lagi (xpenah dengar? maybe radio pahang je kot) untuk mengajak masyarakat sekeliling menderma darah n jugak ada pameran dari AADK (agensi anti-dadah Kebangsaan), pameran pemakanan (aku punye), saringan kesihatan n ceramah pemakanan sihat (aku punye jugak).. Korang semua dijemput ke SMK Bera ari Rabu neh untuk menderma darah n sambil2 tuh buat pom..pom.. girl untuk aku.kihkih

Kawan-kawan doakan semoga segalanya berjalan lancar yek ari rabu neh... semoga aku dapat memberi input yang berguna n slumber.. kalau korang ada tips2 yang berguna share r ngan aku..

Wassalam..

Friday, April 23, 2010

titipan memori -tajuk tak menahan..haha

Assalamualaikum..

Sepi seketika .. mulut terkunci tapi jari jemari mengukir kata-kata..cet poyah kot berbahasa tersirat ..haha

Haa apa khabar sahabat-sahabat sekelian??mudah-mudahan hari-hari yang ditempuhi mengajar erti kehidupan..

Hari ini??ya hari ini aku jumpa semula dengan cikgu yang aku & sabahat BOS pernah kenakan dia kaw-kaw sampai nangis waktu sekolah convent dulu. Setelah 8 tahun terpisah kami bertemu kembali..chewah!!.

Cikgu Ashraf namanya (ini bukan ashraf a.k.a maryam).Jumpa kat facebook je pun.hehe.Cikgu ini kena buli time dia buat praktikal di sekolah convent dulu..kwang3x.Masih aku terbayang-bayang lagi muka cikgu ini merah sambil air mata meleleh-leleh dalam kelas..haha..memang dajal betul kami!!.Cikgu ashraf ditugaskan mengajar kami subjek agama Islam untuk form 4 (time tuh aku form 4).Biasalah sekolah perempuan kan,bila seorang teruna masuk huru hara jadinya..hehehe..

Semua ini terjadi sebab kami buat keputusan melulu tanpa menyiasat perkara sebenar..heee.Semua terjadi gara-gara kawan di kelas aliran sastera member khabar berita…

Kelas sastera : eh korang tahu tak,cikgu ashraf kata korang budak sains sombong giler dalam kelas

Kelas sains: eh ye ke?mana ada kiteorang sombong la..

Kelas sastera:ntah,cikgu yang cakap

Kelas sains: ok tak pe lah (dalam hati dah membuak-buak..haha)

Terus kami rancang nak kenakan cikgu ashraf,memandangkan ini 1st dia mengajar,biar kami ajar cukup-cukup.Aku mecadangkan kita tubuhkan perang ashraf gantikan dengan perang saraf (subjek sejarah form 3)..haha.Time sekolah memang dajal habis pepaling sekolah semua perempuan kan..heee

Kebetulan masa kami nak lancarkan perang saraf , lecturer cikgu ashraf dari UTM datang untuk buat observation (ala..yang macam kita IPD dulu..tutor ke lec datang jenguk kita).haaa memang ditunggu –tunggu saat ini!!..hahaha

Di hari kejadian,sewaktu dalam kelas agama Islam

Tajuk hari ini,cikgu bercerita dengan adab-adab sesame manusia,lebih kurang gitu la tajuknnya..

Bila sesi soal jawab dibuka,haaa kami mula bertindak..

Hani: Cikgu apakah hukum mengata orang?

Belum sempat cikgu ashraf nak jawab,seorang lagi bangun..(kami dah susun turutan siapa yang akan bangun untuk tanya soalan..teliti punya perang ni..giler)

Wani bangun..

Sara bangun

Fara bangun

Nina bangun

Hana bangun

*Aku dah lupa soalan yang dieorang tanya & turutan nama mungkin ada yang terbalik-balik,maklumla cerita 8 tahun yang lalu *

Dan akhir sekali aku bangun:cikgu apa hukum jika seseorang tuh yang dah faham hukum agama tentang dosa mengata,lepas tuh dia masih buat dan cuba menyampaikan cerita yang salah??

*sebenarnya jawapan soalan ini semua kami dah tahu tapi saja nak panaskan keadaan*

Haaa..time ni muka cikgu da merah dah..lecturer dia pun da pandang kitaorang pelik je..haha..

Lepas lecturer dia keluar dari kelas,cikgu ashraf duduk kat meja guru,dia tunduk je..

Sekali haa bila dia bangun & angkat muka..air mata dah meleleh-leleh dah.Time ini kami semua kaget,dan yang paling cuak aku lah sebab aku ketua perang..haha.Kelas tiba-tiba terdiam.

Cikgu ashraf: kenapa awak semua buat saya macam ini?apa salah saya??

Kelas: tak ada siapa berani jawab,masing-masing buat muka baik

Cikgu terus keluar dari kelas sambil nangis,1 kelas panik dan saling menyalahkan..haha (cuak..cuak..tahu takot!!).Aku dan sara cuba kejar cikgu (kunon-kunon cam nak pujuk aahh..haha..budak mentah!!),tapi tak jadi,kami hantar wakil untuk pergi cari & pujuk cikgu-faraliza,kenapa dia dipilih sebab dia paling baik & lembut dalam kelas(kunon-kunon cam nak umpan ahh ni).

Bila faraliza balik ke kelas dia membawa khabar cikgu menangis kat surau.kawai kan ..dalam hati cuak-cuak!!

Hari kejadian berlalu dengan begitu sahaja.Masing-masing berdoa mahu pulang cepat & berlakon macam tiada apa-apa berlaku.

Esoknya,kami tahan cikgu sebelum cikgu balik rumah.Aku dipilih sebagai ketua pendamai,kami mohom maaf & terangkan perkara sebenar pada cikgu.Dipendekkan cerita,selepas kejadian ,kami terus jadi kamcing.Setiap petang kami akan tolong cikgu cat surau,makan mee siput sama-sama,minum air sirap sama-sama.Cikgu ashraf ini dia macam ada ilmu sikit,sebab sekolah pondok dulu..dia macam boleh baca raut wajah seorang perempuan,tapi kami ni memang muka slambe,semua tuh kami buat tak kisah (kau nak baca apa ke ikut suke hati kau la labu..)

Dan paling sedih,sebelum nak tamat praktikal ,cikgu ashraf nangis sekali lagi dalam kelas..sedih nak tinggalkan kami katanya..(tak tahu lah betul ke tak kan..haha).Kami pun bagi hadiah 1 kotak besar,dalam kotak tuh ada tasbih,cermin,senduk,gayung kecil,sikat,pinggan..banyak aaa tak ingat & kami balut pakai surat khabar .

Hampir 8 tahun perkara tuh berlalu..zaman sekolah zaman yang paling aku tak kan lupa,dan alhamdullilah segengster-gengster kami pelajaran kami tak abaikan..

Dan semalam cikgu hantar masej kat Inbox FB

Cikgu : Pelajar paling baik dengan cikgu,cikgu masih ingat..kat mana sekarang??

Haa nampak tak paling baik tuhh..tapi macam peril je bunyi..hahaha..biarkan..

Ini lah cikgu ashraf,kawin da pun dia.sekarang buat master di UKM bangi,study leave.Lecturer di UMS






Assalamualaikum

no pain,no gain




Tuesday, April 20, 2010

Teacino 3 in 1

Assalamualaikum kawan-kawan...
Semoga kalian berada dalam limpahan Hidayah Allah..Ameen..
Dah lama aku tak ber'blog' sekarang mesti korang semua rindukan aku kan..hehehe (kalau x rindu pown buat2 rindu la)..sebenarnya tajuk Teacino saje jek aku letak sebab minuman favorite aku (ini sume nabilah yang ajr aku minu) xberkaitan pown yang berkaitan ialah 3 in 1 sebab aku nk cerita 3 perkara..hehe....layannnnnnnnnnnnnn...

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku bulan April neh...bulan yang memenatkan dah penuh dengan 'suprise'.. (xtahu la apa yang suprise aku bantai tulis jek).. nabilah camne ngan test ok x? xsempat nak wish ketinggalan keretapi btol la aku neh..arap2 nabilah lulus la yek..

12 April 2010 - sekarang

Aku dapat berita dari adik aku yang abang aku no 3 (ala abang yang sangat baik yang selalu tegur adik dia daripada t'jerumus ke lembah yang tidak menyihatkan...aku xde la jahat sangat..hehe) telah dimasukkan ke dalam wad sebab disyaki denggi.. sebelum tuh memang aku tahu dia demam tapi xde la terfikir yang dia nak kena denggi..doktor syak jek die kena denggi sebab platlet die drop dari 123 jadi 70 ketika admitted..kemudian malam tuh drop lagi jdi 40++ (maknanya darah dia makin cair)..aku risau jugak dengar berita (dalam hati neh meronta-ronta nak balik tapi terpaksa disabarkan sebab aku tengah bz ngn Klinik Kesihatan Purun sebab ada org dari KKM nak datang)..aku hanya mampu berdoa yang abang aku cepat sembuh (buat pengetahuan korang w/pun abg aku neh suka m'bebel n bagi ceramah kat aku tapi dia la tempat aku cerita semua masalah aku n aku jugak la tempat dia mengadu hal-kiranya kitorang memang 'kamcing' dari kecik)

Minggu neh dapat jugak aku balik n g lawat dia...time mula2 aku g wad terkejut giler aku tengok muka dia memang lain giler n muka macam sembab sket or edema..maybe disebabkan terlampau banyak normal saline masuk kot (abang aku kata dh 40 botol kena masuk NS).. then kami dapat tahu rupa2nya abang aku terkena demam malaria bukan denggi sebenarnya ( Alhamdulillah la sebab demam malaria ada ubat kalau denggi memang belom ada ubat lagi).. dia terkena malaria ketika buat kerja kat empangan sungai Piah, Perak(kiranya dalam hutan jugak r)..yang aku xbleh nak tahan gelak pasal bos abang aku neh.. bos abg aku ni mula2 dia demam jugak tapi bila pergi hospital doktor cakap demam biasa jek sebab platlet die normal..then, dia pown pergi la jumpa tok bomoh (biasa la org melayu mesti fikir kena sampuk ngan hantu hutan)..memang tepat kata tok moh yang boss abg aku neh kena sampuk..lepas 2 berubat la dia utk buang 'sampukan' tersebut..tapi lepas berubat tuh boss abg aku memang sihat sejahtera n kembali gagah perkasa (hehehe..boombastik giler ayat)..pas 2 family ktorg pown fikir maybe abg aku neh pown terkena sampuk jugak kot..boss die bgtau kt abg aku: "mie aku rasa mung pown kena sampuk jugak la, lpas mg kuar nanti aku bawak mg berubat kat tok moh tuh"..last2 semalam boss abang aku pown kena admitted jugak siap duk sebelah abang aku lagi...hahahaha tergelak ktorg satu family..terpaksa la dia bertapa jugak dalam wad tuh..dah la wad tuh berhantu..korang bayang kan sepanjang seminggu abang aku duk siru dah ada 7 kematian kat katil2 bersebelahan ngan dia..memang lemah semangat giler r dia kate..abang aku siap kena cekik lagi ngn hantu2 kat lam wad tuh..

Arini abang aku bgtau yang platlet dia dah increasa jadi 130++ n maybe akan discharge dalam masa 2 -3 hari lagi..hopefully dia cepat sembuh n boleh kerja macam biasa..ameen

15hb April 2010

Seperti yang dijanjikan, seramai 7 orang ketua unit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) n 5 orang dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) datang melawat KK Purun untuk melihat aktiviti Wellness Clinic.. yang paling lega n gembira buat kami di PKD Bera ialah Datuk Hassan (dia ni merupakan orang yang sangat tegas n laing digeruni di Pahang n jugak KKM)..teringin jugak aku nak jumpa dia tetapi bila dah macam2 cerita yang aku dengar agak seram la jugak..huhu..Buat pengetahuan korang KK Purun telah menjadi salah satu pilot study untuk program Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) di Malaysia..xsangka kan klinik yang terceruk n agak pedalaman bleh terpilih..Diorang sebenarnya nak tengok pencapaian aktiviti2 yang telah ktorang jalankan untuk PPKK seperti Program Pemakanan, Minda Sihat, Berhenti Merokok, Warga Tua n Obesity..
Untuk memantapkan n mencantikan bahagian PPKK neh aku n SN Najaa (staff nurse incharge) terpaksa bersengkang mata tido kol 6 pagi untuk prepare mana2 yang patut..first time aku bermalam kat Klinik sampai pukul 6 (penat giler wey xcukup tido).. nanti aku update gambo2 hasil kerjasama kami berdua yek.. tapi Alhamdulillah pengorbanan kami memang nampak hasilnya la..pihak KKM berpuas hati dengan aktiviti dan decoration PPKK..Then, Puan Zaha (KPP Pemakanan) bgtau aku: Nurul, yang pasal kontrak awak ni saya akan sambung 3 bulan lagi sementara menunggu PZM baru datang..bila aku dengar dia cakap macam aku xtahu nak buat ekspresi camne..ntah la aku pown xtahu nak gembira atau sedih..huhu..(sebenarnya best kerja kat cni cuma yang sedihnya sebab aku sambilan..banyak benda yang aku nak buat tapi xdapat 2 yang xsyok).. Sekarang neh aku dalam dilema samada nak sambung lagi ataupun tidak.. (result spa memang mendukacitakan tapi aku tahu maybe ada hikmah disebaliknya n rezeki aku masih belu sampai lagi kot)..kerja lain xde lagi yang panggil aku interview (haisshh...xtau la camne)...

16hb April 2010

Hari yang paling bersemangat selepas banyak benda yang berlaku sepanjang minggu tuh.. kenapa bersemangat??? sebab aku nak balik kampung...hehe..tiket aku kol 9.30 malam tapi lpas waktu kerja aku terpaksa bertolak ke Temerloh sebab makcik kat sini cakap bas ke Temerloh sampai pukul 6 petang jek..untuk naik bas ekspress orang-orang BERA memang kena naik kat Temerloh (especially untuk orang yang tidak ada transport macam aku neh..huhu).. Aku pun tunggu la kat bas stand depan klinik kol 5 petang...Mula2 memang bersemangat tunggu tapi bila jam menunjukkan kol 6.00 aku makin gelisah..bas belom muncul2 lagi yang banyak lalu lori n kete..dalam ati: "aishhh betol x makcik neh kata bas dalam kol 6 smpai la, tapi sampai sekarng xnampak hidung lagi neh"..Aku memang cuak dh xtau cmne memang sedih giler sebab aku bayang memang dah xbleh balik...huhu...lebih kurang 6.20 ptg tiba-tiba muncul hamba Allah neh brenti depan aku...rupa2nya zairi, pemandu jabatan tanya aku nak g mana.. aku dengan muka tak malu: nak g temerloh, bleh x nak tumpang??...aku pown tumpang la dia...

Iklan: berhenti menulis sekejap nak minum milo ais..panjang la plak blog aku kali neh.

Ok sambung balik dengan Alkisah tentang zairi: Zairi ni satu2nya pemandu bahagian pejabat, 27 yo, male n single (hehehe...).. aku selalu jugak naik dengan dia nk g TCA kt klinik2 di Bera neh.. first skali aku nek ngn dia bulan 1 time nk g Temerloh..sebelum aku nek ngn dia orang opis dh bgtau kat aku yang zairi ni jenis pendiam n pemalu sket..mula2 naik ngan dia aku borak2 jugak sket tapi mmg xbyak r..hari2 sterusnya dia anto aku ke klinik2 utk TCA kami berdua hanya diam membisu seribu bahasa..cuma cakap bila perlu jek aku tanya sepatah dia jawab sepatah..aku blanje minum pown dia xnak..so aku pown fikir memang btol la zairi ni pendiam..kalau terserempak pown aku senyum je la..memang x tegur langsung...
Nak dijadikan cerita, time dia tumpangkan aku ke Temerloh 2 dalam kete ktorg borak2 skit jek.. bila dah sampi kat terminal kol 6.50 ptg n bas aku lambat lagi kol 9.30.. aku cakap kat zairi: jom minum saya blanje..(ye la orang berbudi kita berbahasa, kena la kenang budi kan) korang tahu x apa dia kate: ok jom.. (memang terkejut giler sebab dia terima pelawaan aku, sebelum memang langsung xnak).. ktorg pown makan la kat warung terbuka.. aku makan char kuew teow + jus epal n dia minum jus epal jek..yang paling aku terkejut n masih tersenyum sampai sekarang, time ktorg minum xbrenti2 dia bercerita kat aku..die cerita pasal staff kat pejabat, pasal kerja dia...ngumpat2 sket..hehe..Bila aku dengar cerita dia kan aku asyik tergelak jek sebab xsangka yang depan aku neh zairi yang berbeza giler...mane taknya sebelum2 ni xpenah kitorang borak last2 malam aku ngan die berborak sampai kol 9.15 malam..

ok la dah panjang giler aku berblog arini..mana yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan...kalau korang xpaham sori la yek n kepada cikgu BM, mintak maap la kalau tatabahasa saya salah..hehehe

Wassalam
-Hidayah-

Monday, April 19, 2010

Halalan Toyyiban

Assalamualaikum...

Wah! hebat Nabilah sudah ada blog sendiri....huhu. Tahniah Nabilah. Dua minggu yang lepas aku ada training untuk pensijilan Halal. Kami dalam proses untuk mendapatkan sijil halal. Harap2 segalanya berjalan lancar...amin. Sekarang ini tengah sibuk prepare dokumen, tu yang tergerak nak tulis pasal halal.

Cerita pasal halal ni, korang mesti awarekan yang kerajaan sedang ke arah men'standard'kan Halal ni (apa ke punya ayat ni?). Lepas ni kerajaan hanya akan iktiraf Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Hah korang tau x logo HALAL JAKIM macam mana? Lepas ini logo ini je yang betul kesahihannya...logo2 lain xmainlah... Logo ni jek yang Jakim guna. Bukan yang ada nama Jakim dalam bulatan tu. Logo ini pun ada bermacam2 warna so jangan pula kata logo warna merah xhalal...huhu

Proses nak dapatkan Halal bukan senang. Jakim bukan tengok hanya pada bahan2 yang digunakan sahaja tapi semua aspek diambil kira. Dari pekerja, kebersihan, even nama menu pun diambil kira. Kalau nama yang mengelirukan macam chicken ham, chicken bacon, chicken bak kut teh pun xakan dihalalkan walaupun dia menggunakan ayam. Pewarna rambut pun xdapat sijil halal sebab penggunaannya haram. Ye pewarna itu memang xguna bahan2 yang haram tapi penggunaanya yang haram. Yelah mengubah sesuatu ciptaan tuhan kan haram so kira xnak subahatlah...kalau ada produk pewarna rambut yang ada logo halal itu maknanya sijil dia dah expired sebab dulu memang Jakim iktiraf kehalalan pewarna rambut tapi sekarang xlagi. Yang aku terkejut lipstik pun ada yang xhalal! Ini lagi best Rokok pun xhalal sebab ada isu blood pig dalam rokok (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.803.2).. hahaha suka aku dengar yang ni..udah2lah tu perokok tegar, merokok dahlah membahayakan kesihatan pastu xhalal pulak tu...ish...ish..ish..xberbaloi-baloi.

Sebenarnya dekat Malaysia ni banyak jek restoran2 yang xdiiktiraf oleh Jakim, ataupun ada sijil halal tapi yang dibeli dari syarikat swasta. Hal2 agama pun boleh dijual beli.Terfikir berapa banyak makanan syubhah dah jadi darah daging. nauzubillah..tapi kenapa mereka ini masih lagi beroperasi? sebab masih ada pengguna yang pergi! Cuba kalau kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk memilih hanya restoran yang halal diiktiraf oleh jakim sahaja, confirm restoran2 ni akan apply Halal Jakim. Pokok pangkalnya terpulanglah pada diri sendiri...

Kalau nak tau apa restoran yang diiktiraf oleh Jakim boleh check kat www.halal.gov.my. Macammana dengan logo2 halal yang di copy paste oleh mereka yang xbertanggungjawab? Kat laman web tu ada senarai restoran atau company halal yang update punya. Boleh check sama ada memang betul produk tu halal atau x. Kalau ada makanan atau barang2 yang korang xsure boleh check dekat situ jugak. Pastu boleh buat aduan juga...

Dekat private hospital ni esp Hospital yang diempunya oleh Non-Muslim ni besar sikit cabarannya. Kebanyakkan pesakit pun non muslim so mereka ni xaware benda2 halal haram ni. Mereka tau kita xboleh makan pork sahaja. Mereka xtau pinggan, sudu, garpu lain2 yang dah bersentuhan dengan pork pun haram juga. Nak larang mereka bawa masuk makanan non halal, ini bukan hospital kerajaan. Ini 'private' ok suka hati merekalah. Mereka bayar ok. Ada yang lepas ini kitorang kena pergi kursus samak pulak hahaha

Kesimpulannya, kalau produk/makanan/restoran yang diiktiraf Jakim InsyaAllah dijamin 100% halal. Oleh itu, marilah kita sama2 mencari makanan/produk yang halal sahaja!

amaran kepada pelajar sekolah: penggunaan tatabahasa sangat gagal kali ini. Jangan contohi saya..

Wassalam...

Sunday, April 18, 2010

tidak rugi

Assalamualaikum...

Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya,mana yang tidak..jangan lah risau,kerana yakinlah pasti ada sesuatu yang terbaik Allah telah janjikan untuk kita di sana..bersangka baiklah dengan Allah,tidak Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..=]

Hujung minggu ini masa banyak di isi di kedai buku.Sabtu habiskan masa di kedai buku jalan TAR.Ahad habiskan masa di MPH,MV.Membaca adalah terapi terbaik bagi aku selepas 5 hari bekerja kuat..haha.Sejak bekerja ini,aku mewajibkan setiap hari membaca 1 journal,kalu tak sempat pun..mesti baca buku-buku ilmiah at least 4-5 muka surat dalam sehari tapi membaca al-Quran jangan dilupakan..

Membaca membantu kita berfikir,membaca juga boleh merangsang peredaran darah ke otak dengan baik & lancar.Pemimpin yang berjaya adalah mereka-mereka yang suka membaca.Bagi aku membaca ini seolah-olah kita meminjam sekejap kepala hotak si penulis dan tukar dengan kepala hotak kita sendiri. Ada sesetangah penulis mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat kajian dan hasil kajian dikongsi dalam bentuk penulisan,dan kita dengan mudah dapat mengetahui hasil kajian tersebut dengan hanya membaca..mudahkan..

Tapi aku faham bukan mudah untuk menulis (ada pengalaman menulis buku obesity tapi 20 muka surat je..haha).Menulis perlu dengan hati,barulah mudah si pembaca memahami apa yang mahu disampaikan..Insya'allah..

Di antara buku & majalah yang dibeli hujung minggu ini..


start beli majalah ni lepas ada 1 artikal keluaran lepas dalam majalah ini cerita pasal Kiwanis down syndrome PJ (tempat aku praktikal dulu)..waa..waaa..mag yang best & info berguna

ini keluaran Mac,yang april punya rembat (ambil) office punya..hahha


alhamdulillah.da khatam baca,ada sesuatu tersirat yang aku belajar dari buku ilmiah ini..aku syorkan korang baca buku ini dengan hati..

ini tak khatam lagi..buku2 keluaran PTS semua best2 aaa..mahu beli aaa semua

yang ini beli di MPH..ada episod lain lagi,kalau rasa ok..boleh beli episod yang lain..insya'allah



aku start mencari buku ini selepas membaca 1 artikel di website AFIC (asian food information centre) yang menceritaakn di Okinawa,Jepun semua orang di sana awet muda..pewittt.. buku ini hanya tinggal 1 copy saja lagik di MPH,MV..dapatkan segera di pasaran..hakhak

ini dalam MPH,time ambil gambar ini aku tengah duduk lepak kat side buak-budak,masa ini tengah baca buku Repliey's Believe it or not ,harga buku ini mak aii ~tak mampu (@_@)


Ini untuk anak kak liana,staff sini,yang telah kematian suami..al-fatihah tiada apa yang mampu aku berikan pada kau dik,mudah-mudahan ini dapat membantu kamu dalam UPSR..doa aku semoga kamu berjaya.amin


Ini bukan untuk aku,tapi untuk kak cik yang SPM tahun ini..chaiyok kak cik!! kak cik buku yang aku belikan dulu tuh ko da buat keee???..(ayat perli)

Membaca membolehkan kita berpikir lain dari orang lain..berpikir di luar kotak.. apa lagik,jom aaa membaca..tapi jangan baca majalah hiburan..mangga busuk ke,urtv ke..jijik!!!
*ada 1 buku keluaran PTS yang masih tidak dapat cari,tajuk-Setengah Berisi Setengah Kosong(metafizik),kalau ada siapa2 terjumpa di mana2,sila inform.TQ.Best seller buku ni!!
* FYI:resit-resit buku yang korang beli,simpan & tampal pada kertas A4,kalau mencecah 8k setahun,korang akan dikecualikan dari membayar cukai ( aku tak kene bayar cukai lagi..haha)

dan alhamdulillah,aku dapat pedometer dari kawan jepong aku..patutlah selama ni,malas je nak keluar duit beli pedometer..rupanya nak dapat free..hahah


Pedometer with fat analyzer

sekali tegok dia punya guideline..tulisan jeponn daa,sepatah haram tak faham...
godek-godek dulu ..alhamdulillah..tahu da nak guna

pedometer ,brand Gymline..boleh buat jam & set alarm sekali


Assalamualaikum
no pain,no gain

*another chapter of my life*

Assalamualaikum

untuk pengetahuan kamu semua... aku ada build blog aku sendiri...
hehehe...bukannya apa..saja gatal..

lagipun may be if ada certain isue yg out of topic x de la korang nganga nanti...hahaha
but, no worry coz aku akan setia bersama blog kita bersama ni yerr...

ok, have a look at it

http://nezurelll.blogspot.com/

Salam

Friday, April 16, 2010

doakan saya...

assalamualaikum...

esok im going to take ielts test...
tolong doakan saya supaya at least i get band 6.5 as total n minimum band 6 for each part...
kawan2 doakan saya... saya tak nak ambik 2 kali sebab da x de masa lagi..dan...da x cukup bajet nak byr rm570---pokai sudah...isk..isk...isk..

Salam

Lelaki xberapa nak hensem vs kereta cantik

Assalamualaikum…


Booonye lah setiap hari mengadap jem. Pergi jem, balik jem especially hari jumaat. Xtaulah kenapa Hari jumaat jem terlebih. Perjalanan yang 15 minit boleh jadi 30 minit-1 jam! Adoi…(@_@)

Dah bosan mengadap jem aku selalu usha kereta yang comel2, lebih2 lagi kereta idaman aku mini cooper. Walaweh hantik hiye (bahasa pelat Damia)! Bilalah dapat merasa mini cooper. Dah usha kereta mestilah aku usha driver dia…hahaha orang kata kill two birds with one stone (ewah berperibahasa omputih ulak). Tapi kecewa seh bila tengok driver dia. Kereta sikit punya comel mini cooperlah, suzuki swiftlah tapi driver dia xcomel hehehe. Belum pernah lagi aku jumpa kereta comel camtu dipandu oleh lelaki hensem..tapi kalau perempuan yang drive kereta camtu, perh! Sikit punya cun perempuan tu. Meleleh airmata jeles dengan perempuan tu!hahaha…

Ada sekali tu…elok jek mini cooper dahlah warna biru (nabilah mesti suka) parking depan pintu masuk condo aku. Aku dari jauh dok usha jek. sampai sebelah tengok driver…alamak. Kak yan kata "biasalah tu kereta camtu memang driver dia kureng"…hahaha. Persoalannya kenapa mesti kereta comel2 camtu dipandu oleh mereka yang xberapa nak hensem ni! Mana pergi lelaki hensem yang lebih layak memandu kereta sebegitu. Kereta apa yang lelaki hensem pandu? hahahaha

Hamboi2 sedap2 jek mengutuk orang..kau ingat diri kau tu perfect sangat ker? Hahaha. Mak kata jangan kutuk rupa paras orang. Tapi nak kutuk baju dia ker, fesyen rambut ker, make up ker xper…hahaha. Sebab rupa paras ni Allah yang cipta dan ciptaan Allah tu adalah sebaik-baik ciptaan. Kalau baju ker make up ker xapa sebab itu manusia tu sendiri yang bersalah…(betul ker? bukan ker mengutuk orang tetap berdosa?huhu).

Ok maknanya sekarang ni terpaksalah aku pergi buat facial licinkan muka. Barulah sesuai nak drive mini cooper…hahaha. Fazliny ajak pergi grooming class minggu depan. Nak pergi ke xnak ek? Nak bawak mini cooper kena hantik2 hekap (bahasa Damia yang maknanya cantik2 makeup) hahaha...

Serupa x??? hahaha

Wassalam…

Wednesday, April 14, 2010

Hati panas tapi dah sejuk

Assalamualaikum…

Ain kembali lagi!!!Rindu aku x?hahaha…sekian lama menyepi (lama ke menyepi…hihihi). Sebenarnya aku menyepikan diri cuba untuk mencari ketenangan dan juga cuba untuk menyelami hati sendiri..eceh! Ini semua korang punya pasallah. Koranglah yang menyebabkan hati panas…hahaha. Terutama sekali anak en mustapa hahaha…semuanya gara2 gurauan kau kat FB jat! Tengoklah apa dah jadi…xpasal2 acap terlibat sama. Aku pun xtaulah macam mana acap boleh terlibat. Nasib baik acap xkisah…lega…Inilah yang berlaku bila orang salah tafsir keakraban kami (akrab ker..hahaha). Memanglah banyak gambar aku berdua dengan mohd ashraf tu tapi itu cuma hiasan semata2…komen2 korang juga tidak membantu malah ibarat mencurah minyak ke api…hahaha (keluar sudah segala peribahasa..hahaha). Geram punya pasal aku ambil jalan untuk mendiamkan diri sahaja…hihihi. Minta maaflah ye kepada mereka yang cuba menghubungi saya…dayah, nabilah dan terutama sekali aini musa. SMS dan phone call korang aku xlayan hehehe…

Bila perkara ini berlaku, aku terfikir macam nilah agaknya bagaimana fitnah tercetus. Dari gurauan seterusnya menjadi fitnah!nauzubillah. Aku rasa bersalah sebab rasa seperti aku sendiri yang mencetuskan fitnah tersebut. Yelah kalau aku x post gambar dengan acap mesti orang xsalah sangka. Kalau aku xbergurau pasal aku nak tunang tu mesti ajat xpost kat FB aku…itulah orang selalu kata yang baik itu datang dari Allah, yang jahat datang dari diri sendiri. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku.

Apa yang terjadi juga menjadikan aku fobia sekejap nak menulis takut orang salah sangka lagi. Tengok jelah entri aku pasal it’s complicated xpasal2 en azmi kata aku dilamun cinta. Lepas tu pasal entri I’m in love yang langsung xada kena mengena dengan diri sendiri juga telah disalah tafsirkan. Dari gurauan jadi benda serius pula. Tapi ini semua mengajar aku untuk lebih berhati2 di masa akan datang. Jangan berputus asa ditengah jalan. Banyak lagi cerita yang nak dikongsikan dengan korang.

Tapi yang lawaknya…xsangka pula aku ramai juga yang tumpang bahagia bila aku nak tunang hahahaha. Terima kasihlah kepada mereka yang doakan kebahgiaan aku. Aku simpan wish tu sampai tiba masanya…hahaha. Cukup2lah korang ye isu pasal couple ker bulan 11 ker complicated ker xlarat dah nak layan. Saya tahu kamu semua prihatin dan ambil berat pasal saya. Terima kasih banyak2 sesungguhnya saya juga sayangkan kamu semua…korang jek dalam hati aku ni…hikhikhikhik

Sekali lagi minta maaf kepada mereka yang terkesan akibat jiwa kacau ini…

Pesanan untuk diri sendiri: tolonglah ain lepas ni janganlah buat kenyataan yang mencurigakan lagi....hahaha

Tuesday, April 13, 2010

pembosan


Assalamualaikum.. sonyap seketika blog ini,mungkin masing-masing sibuk dengan haluan sendiri. tak apa,biarkan sahaja.. Sejak jumlah customer yang join AWWC bertambah, aku sering dihujani dengan soalan-soalan pasal fat,muslce..nak kurus macam mana?nak kena makan apa ek??..haih...sudah!! sudah!! asal bab makanan tanya dietitian,asal nak kurus tanya dietitian..eh boleh tak korang tanya orang lain!! (hahaha..boleh ke statement macam ni??) apa korang ingat aku ni 'kurus' sangat ke??apa korang ingat aku ni betul2 ikut healthy diet ke??maaf, entry kali ini sedikit emo..hahaha..

akak A :

I have been told that when you exercise strenuously, fat changes to muscle, and since muscle cells weigh more than fat cells, you will gain weight. Is this true?

akak B :

Is it true that after you stop exercising, muscle turns to fat?

beberapa contoh soalan dari akak-akak gym..booo..booo..booo...tapi sebaik mungkin aku akan cuba jawab,even banyak perkara yang aku tak tahu..haha (akuan jujur),ok gak bila disoal macam ini,bole refresh tapi yang tak tahan bila ramai yang bertanya..errkk

Bosan?? tipu aaa kalau aku kata tak bosan...

assamualaikum

no pain,no gain