Ya Allah, Sahabatku ialah buah hatiku, Mesra kami penawar duka, Rindu kami menambah cinta, Rajuk kami membuah ceria, Ya Allah ! Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah, Permusuhan kami Nauzubillah, Berpisah hanya dengan mati,InsyaAllah, Pengikat hati kami rabithah marthotillah.
Wednesday, March 24, 2010
wall poster
assalamualaikum..
hahaha..pagi ini akan interview SPA,tapi mata tak boleh nak lelap..nama-nama menteri..dasar kerajaan..haaa ini semua aku tak tegok lagik.tak apa,biarkan saja..(nak sedapkan hati)
Gambar di atas adalah hasil tangan pertama masa mula-mula masuk kerja.Minggu pertama kerja dah dapat assignment..(assignment yang tiada kaitan dengan tugas)..tapi tak apa cuba dulu.
berapa banyak kali hasil kerja kene reject,aku pun tak terkira..berbulan juga lah.Bila bahagian atas dah ok,bahagian bawah pula tak ok.Bukan senang nak puaskan hati semua pihak ini.
finally,alhamdulillah..hasil kerja diterima,di print & di letakkan di dinding hadapan hospital..hehe (dalam gambar orang tuh sebenarnya ada gambar makanan,tapi bila print gambar tuh akan pecah,jadi terpaksa kosongkan saja)
Dan aku belajar sesuatu yang berharga NO PAIN,NO GAIN (n_n)..
istilah ini dah tahu lama dah tapi bila kerja..everything semua kena buat sendiri..haa baru lah tahu..hahaha
tapi best juga graphic2 macam gini..hehe
sewaktu mula berkerja,nama aku selalu naik dalam meeting customer care-dietitian berwajah bengis..haaa ambik tuh ,bengis terus
orang HR panggil:hajar senyum lebih sikit
directer office panggil:hajar,kita kena sentiasa senyum.tuh daya tarikan utama kita
bos panggil:hajar,tak salah kalu senyum lebih,sedekah tuh..
hahahah..macam-macam la kena masa mula2 dulu..tapi sekarang mereka sudah terima keadaan aku yang sebenarnya.Mula2 memang la malu,lama2 tanduk sudah terkeluar sampai bos panggil katon.Tapi aku tak mahu menjadi katon!! aku mahu menjadi anime jepun...machoo sikit haha tipoo ni.Aku mahu menjadi manusia yang ada manfaat pada orang lain..ceria untuk menceriakan orang lain,bahagia untuk membahagiakan orang lain..
ok sudah,nak pergi iron baju
assalamualaikum
no pain,no gain..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment