Pages

Tuesday, March 30, 2010

It's complicated




Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2? Sihat? Dayah, sengal peha kau dah hilang belum? akaka...apalah dayah ni baru naik Broga, belum gunung angsi, gunung ledang dan segala gunung yg ada di Malaysia ni..heee

Semalam saya telah membuat sesuatu yang mengejutkan ramai pihak nampaknya...hahaha (terkejut ke???xyahlah terkejut bukan ada apa2 pun sebenarnya). Sebenarnya saya tukar status dari single ke it's complicated tu xada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang dah meninggalkan dunia ini. Itu cuma satu luahan perasan yang kompleks. x sangka pula menjadi satu perkara yang 'wow'.

Baiklah kawan2 biar saya terangkan di sini. Selepas perbualan kita pada malam itu (pada malam rahsia dayah kantoi...hahaha) membuatkan saya terfikir sesuatu...kenapa perlu bercinta? (eceh jiwang karat selepas pulang dari makan sate sebentar tadi). Ya saya juga ingin dicintai dan menyintai (ayat cliche nak vomit...hehehe)... tapi xcukupkah dengan kasih sayang mak abah saya, adik-beradik saya dan kawan2 saya (ye kengkawan xperlu kamu luahkan, saya tau kamu sayangkan saya...). Adakah saya ingin mencintai dan dicintai itu hanya kerana kawan2 saya semua sudah berpunya? Adakah kerana tekanan daripada kawan baik saya fazliny yang sering bertanyakan soalan 'bila ko nak couple?' (faz kamu memberi tekanan pada saya hahaha) Ataupun kerana saya rapat dengan seseorang itu maka dia harus menjadi couple saya? Salahkah saya kalau saya rapat dengan seorang lelaki tanpa ada yang salah sangka. Aku teringat kata2 dayah, lelaki dan perempuan tidak akan menjadi sahabat baik tanpa ada sebarang perasaan....betul ker dayah...ada pengalaman ker????hahaha.

Saya xmahu bercinta hanya kerana kawan2 saya semuanya mempunyai pasangan masing2. Saya juga xmahu memilih dia hanya kerana dia yang rapat dengan saya pada masa itu (merujuk pada masa akan datang)...thats what i mean it's complicated...hahaha jiwang seh malam2 hari ini. Jiwa kacau betul ain ni!

Mak tolonglah anak bongsu mak ni...carikanlah dia jodoh. Xpayah susah2 saya mencari calon menantu untuk mak. Hahahaha...wat the earth! mak saya xbaca blog nilah! even sms pun mak saya xreti nak baca...hahaha. Saya harap semua jelas dengan penjelasan saya...terima kasih kerana membaca entri yang poyo ini.


Jimmy pun dah nak kahwin...warghh!!!!

p/s: 'saya' digunakan untuk menggantikan 'aku' seperti kebiasaan adalah kerana untuk memberi 'feeling' yang lebih ketika membaca...hahahaha

Wassalam...

7 comments:

Anonymous said...

hajat said

C I N T A-5 huruf ini membawa pelbagai maksud yang kadang kala manusia sukar untuk mentafsir
ALLAH bagi minda untuk ikhtiar,hati untuk yakin dan berhubung dengan Allah untuk memohon.rayu & pujuk minta buat keputusan melakar masa depan sendiri..(acece..tetibe aku mengeluarkan puisi ciptaan sendiri..hakhak..)

Unknown said...

alamak...entri aku telah membuatkan semua org menjadi puitis

nabilah said...

aku rasa 'view' dayah psl kwn laki n pompuan x leh pakai la... kalu camtu sumer kwn pompuan la cam neh... buhsan pulok gitu... ehehe

Hidayah said...

Alhamdulillah hayon kaki aku dh ok..
hahaha (tergelak bc ion punye entri)
ko igt lagi kata2 aku ek hayon.. btol la bila kite dah berkawan ngn seseorg xkira la laki ke or pompuan mmg ade terdetik perasaan syg.. feeling is so complicated (sayang sebagai sahabat/kakak angkat/abg angkat or sayang sebagai .....)..hanya diri sendiri n Allah sahaja yg tahu apakah perasaan kia sendiri..hihi

Unknown said...

ahahah....ntahlah dayah maybe org melayu ni lain sket kot..yelah bile lelaki dgn perempuan rapat jek dah kata macam2...2 yg fobia
hahaha

Anonymous said...

pada pandangan aku isu ini bukan terjadi pada orang melayu saja,tapi boleh terjadi pada semua kerana kita semua dikurniakan sesuatu yang dipanggil sebagai "perasaan"
kalu takut terjebak,jangan bermain dengan api

Hidayah said...

kat atas ni mesti en azmi jgak yg komen..saya sokong dengan comment di atas.. dengar 2 ion kl takut jgan bermain ngan api..bermain la dengan rimau yang kat zoo negara blakang umah ko tuh..hehe