Pages

Friday, March 12, 2010

Apa yang telah berlaku hari ini???

Assalamualaikum...
huh...hari ini adalah hari yang memenatkan fizikal dan mental. itu yang saya boleh simpulkan hari ini. Aku yakin semua mesti pernah rasa satu hari itu macam bad day untuk korangkan..itulah yang terjadi kepada saya hari ini. it's just my unlucky day..
Cerita bermula begini...pagi hari ini jalan sangatlah terlebih jemnya.kalau DM mesti dah increase blood sugar sebab jem manis sangat...hahaha.sudahnya saya sampai lewat ke tempat kerja.lepas itu gelabahlah nak cari parking. gelabah punya gelabah kereta aku menjadi mangsa. Calar sikit bumper kereta aku sebab terseret sesuatu (xtau nak sebut benda itu). Sedih =). kemudian langkah jek kaki kat dapur tu..jeng3x.
"Ain..ain tau x ari ni eton cuti?Angah tinggal sorang!'kata Erna
Aku terkedu seketika..Hah!!!Angah sorang???Eton cuti???Oh great!
"Breakfast dah serve belom?aku bertanya
"Baru jek naik ni"jawab erna.waktu tu dah pukul 8.40 pg.Wad mesti bising and definitely as expeted! masalah berterusan bila bubur habis dan tukang masak gantikan dengan mashed potato. sekali lagi wad complaint! Ok bersabar ye ain, tunggu kak mushidah masuk.
pukul 9 berlalu dah tapi kak mushidah xmasuk lagi. Oh great kali ke2. Kak mushidah mc sebab sakit mata.
"Ok xper sebelum ni pun kak mushidah pernah mc dan aku boleh handle lagi" kata aku dalam hati untuk sedapkan hati..
Seterusnya Saufi telefon beritahu hari ni Hj Harun nak datang nak angkut barang2 yang xguna ke Shah Alam dan minta asingkan barang2 yang HUKM nak guna. Barang2 yang nak angkut ke SA tu ok tapi barang2 yang nak bagi kat HUKM tu masalah sikit. Aku mana tahu barang apa yang HUKM nak guna! Sebelum ni Saufi yang deal dengan kak Mushidah. Masa ni aku masih boleh berlagak cool lagi...
Sambil2 tengok orang2 Hj Harun angkut barang2 tu. Aku cuba menyelesaikan masalah PSD. Cuba call HUKM minta tolong hantar sorang budak PSD untuk cover kat sini. Tapi hampa mereka juga ada masalah. Org2 kitchen mereka buat harr so bdk2 PSD kena cover org kitchen...Adakah hari ini hari membuat harr sedunia? aku cuba minta tolong dayat, kitchen helper untuk tolong serve lunch nanti. (Boleh x Abg Din si cook ni xkasi...ewah lawan tauke nampak..yg si dayat boleh plak demand tanya aku ada uniform untuk dia x..buat aku tergelak besar jek budak ni!Serve jekla dengan baju ala2 chef tu...hahaha)
Tengah hari Kak shida masuk. fuhh lega ada 2 orang budak PSD bolehlah dari sorang. So masa plating lunch aku dengan berhempas pulas cuba kejar masa, masa tu ada 2 wad lagi xcollect. Aku pun suruhlah kak shida pergi collect. Aku dengan Angah plating lunch kat bawah. Tunggu punya tunggu...lama giler kak shida ni pergi collect agak mencabar kesabaran aku..Aku pun apa lagi suruh Erna telepon kak Shida suruh dia cepat sikit collect. Patient ramai pulak hari ni selalu 60 lebih time2 ni plak ramai2 nak masuk wad dekat 80 patient. Adakah hari ini hari masuk wad sedunia juga?hahaha
Pukul 1 lebih baru siap plating lunch. Aku pun cubalah untuk berehat tetiba aku dapat mesej Kak Liza, org HR nak Job Description (JD) utk semua position yang ada kat PHA ni hari ini. Alamak aku lupa gila pasal JD ni. Alahai kak liza hari ni jugak kak liza nak ker, kenapa x semalam ker esok ker...mengapa hari ini?
Ok saya berusaha untuk menyiapkannya hari ini juga! Oh esok budak2 ni ada training Food Handlers. Kena arrange jap dgn mereka. Make sure esok ada orang kerja kalau x memang saya resign esok...hahaha (gurau saje)..Oh sekali lagi, petang ni CEO aku ada meeting dgn COO PHA. Kena ingatkan dia. Sebenarnya CEO yang telefon tanya meeting tu berkenaan apa sebelum aku sempat ingatkan dia..hahaha. Mula2 ingatkan aku xperlu ikut sekali meeting tu so aku xadalah kelam kabut sangat pasal meeting itu..buat bodoh jek.Then sampailah En Shaffi dan En Dollah dan aku menyambutnya dengan senyuman yang lebar. Tapi senyuman terhenti bila En Dollah kata "Ain, u'll also attend the meeting ye". Oh great! Aku xtau apa2 sal meeting ni wey (hanya mampu disuarakan di dalam hati). Kemudiannya saya pun pergilah meeting tersebut dan melongo sepanjang meeting tersebut kerana tidak tahu apa2. Meeting berakhir pada pukul 4 lebih. Lega!Kemudian discuss sikit dengan mereka berkenaan standard recipe, pukul 5 barulah mereka pulang. Fuh lega...ingatkan masalah berakhir disitu. Sekali lagi cuba fokus menyiapkan JD tetiba sekali lagi Erna bagitau kita ada satu lagi masalah.
kali ini masalah buah pulak, budak2 ni xsempat nak potong buah!sekarang dah pukul 5 lebih dah nak plating dinner. Apa yang harus saya lakukan. Jalan penyelesaiannya bagi saja epal sebiji-sebiji xpayah potong. terpaksa walaupun sangat merugikan kami...ngehngehngeh.
pukul 7 baru segalanya berakhir. tapi JD masih lagi tertangguh. Maaf Kak Liza saya xdapat siapkan hari ini. sila jangan marah dengan saya...hahaha
balik seperti biasa tersangkut dalam jem...redha jekla. Hopefully esok xada masalah....

Sebenarnya perkara ini selalu saya hadapi masa di River Bamboo dulu...tapi ini pertama kali saya hadapi di PHA. Walaubagaimana pun keadaan di PHA masih under control berbanding river bamboo...

Selamat malam dan wassalam...

2 comments:

nabilah said...

wahhh ion...hari yang penuh debaran... fuhhh..lega bila hari dah berakhir..=_=

Unknown said...

sangat lega! =D