Pages

Tuesday, March 30, 2010

It's complicated




Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2? Sihat? Dayah, sengal peha kau dah hilang belum? akaka...apalah dayah ni baru naik Broga, belum gunung angsi, gunung ledang dan segala gunung yg ada di Malaysia ni..heee

Semalam saya telah membuat sesuatu yang mengejutkan ramai pihak nampaknya...hahaha (terkejut ke???xyahlah terkejut bukan ada apa2 pun sebenarnya). Sebenarnya saya tukar status dari single ke it's complicated tu xada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang dah meninggalkan dunia ini. Itu cuma satu luahan perasan yang kompleks. x sangka pula menjadi satu perkara yang 'wow'.

Baiklah kawan2 biar saya terangkan di sini. Selepas perbualan kita pada malam itu (pada malam rahsia dayah kantoi...hahaha) membuatkan saya terfikir sesuatu...kenapa perlu bercinta? (eceh jiwang karat selepas pulang dari makan sate sebentar tadi). Ya saya juga ingin dicintai dan menyintai (ayat cliche nak vomit...hehehe)... tapi xcukupkah dengan kasih sayang mak abah saya, adik-beradik saya dan kawan2 saya (ye kengkawan xperlu kamu luahkan, saya tau kamu sayangkan saya...). Adakah saya ingin mencintai dan dicintai itu hanya kerana kawan2 saya semua sudah berpunya? Adakah kerana tekanan daripada kawan baik saya fazliny yang sering bertanyakan soalan 'bila ko nak couple?' (faz kamu memberi tekanan pada saya hahaha) Ataupun kerana saya rapat dengan seseorang itu maka dia harus menjadi couple saya? Salahkah saya kalau saya rapat dengan seorang lelaki tanpa ada yang salah sangka. Aku teringat kata2 dayah, lelaki dan perempuan tidak akan menjadi sahabat baik tanpa ada sebarang perasaan....betul ker dayah...ada pengalaman ker????hahaha.

Saya xmahu bercinta hanya kerana kawan2 saya semuanya mempunyai pasangan masing2. Saya juga xmahu memilih dia hanya kerana dia yang rapat dengan saya pada masa itu (merujuk pada masa akan datang)...thats what i mean it's complicated...hahaha jiwang seh malam2 hari ini. Jiwa kacau betul ain ni!

Mak tolonglah anak bongsu mak ni...carikanlah dia jodoh. Xpayah susah2 saya mencari calon menantu untuk mak. Hahahaha...wat the earth! mak saya xbaca blog nilah! even sms pun mak saya xreti nak baca...hahaha. Saya harap semua jelas dengan penjelasan saya...terima kasih kerana membaca entri yang poyo ini.


Jimmy pun dah nak kahwin...warghh!!!!

p/s: 'saya' digunakan untuk menggantikan 'aku' seperti kebiasaan adalah kerana untuk memberi 'feeling' yang lebih ketika membaca...hahahaha

Wassalam...

1st Team building lagi


water polo perempuan,aku yang memegang bola hijau

oo som untuk pilih ketua kumpulan..kehkeh


en.shah kene denda masuk lewat ,katanya sakit perut


en.rahman,abangnya juga kene denda even dia lah organizer
juga alasan yang sama-sakit perut,maklumlah lahir dari perut ibu yang sama..akkaka..tak masal




perangai aku & kak maria memang tak boleh dimaafkan oleh en.zaim..hee


polo air lelaki




bola sepak lelaki



en.rahman pemain hoki wakil negeri perak,masa usia muda dulu lah..


riadah diketuai en.hanis,aku yang berbaju oren (8 dari kiri)

Thursday, March 25, 2010

For my Bel0veD FrIEnds



Ingatlah sahabatku,

Bahawa janganlah jadikan kesibukan atau tidak cukup masa sebagai alasan kegagalan dalam akademik Yakinlah sahabatku bahawa segala bebanan yang Allah amanahkan kepada kau itu merupakan ujian yang tentunya Allah tahu yang kau mampu untuk melaksanakannya Yakinlah bahawa segala tugas yang telah Allah pikulkan kepada kau merupakan suatu tanggungjawab yang harus kau laksanakan, kerana kalau bukan kau, siapa lagi yang layak untuk menggantikannya. Yakinlah sahabatku….yakinlah atas ganjarannya Bersyukurlah sahabatku kerana kau telah terpilih untuk melakukannya. Bukannya Dia tidak tahu betapa susahnya kau, pedihnya hati kau, peritnya penderitaan kau dikala keinginan dan citi-cita kau terhalang, dikala bermacam-macam ujian menimpa. Belum cukup dengan itu, segala tomahan dan mehna serta tribulasi silih berganti mendesak kau dalam usaha kau menegakkan Cahaya Deenul Islam di bumiNya. Bersabarlah sahabatku….bersabarlah….sesungguhnya Allah amat memahami kau ….mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati sebeginilah lebih halus, lebih hampir, lebih lunak untuk dekat, akrab dan mendambakan kasihNya Teruskan usaha sahabatku, usaha untuk maruah Islam, usaha untuk menuntut ilmu, pengorbanan buat ayah ibu atau setidak-tidaknya untuk diri kau sendiri. Masa itu tidak pernah kurang walau sedetik sekalipun, kejarlah ia, jangan jadikan kegagalanmu sebagai bukti dan fitnah yang umat Islam tidak boleh maju melangkah sebaris dengan mereka… Semoga urusanmu dipermudahkanNya… Do your best…


Dunia adalah lautan yang dalam..
dan telah banyak manusia yang tenggelam,
justeru itu,
sediakanlah perahu untuk belayar..
dan ia adalah Taqwa kepada Allah..
(Luqmanul- Hakim)

Lidah seorang bijak itu di belakang hatinya,
jika ia berkata ia kembali kepada hatinya,
maka jika baik baginya ia berbicara,
jika tidak baik ia diam.
Adalah mereka berkata,
"Bahawa hati orang bodoh itu pada hujung lidahnya,
tidak kembali pada hatinya,
apa yang datang pada lidahnya dia ucapkan.."
(Hassan Al-Basri)


Terima kasih teman-temanku kerana sudi berkawan dengan aku dan terima aku seadanya kerana aku tahu aku adalah insan yang banyak kelemahan..tapi aku janji akan berusaha sedaya upaya aku menjadi dayah yang lebih baik dari dulu..Doakan aku berjaya dunia n akhirat..Ameen *_^

Kena Tinggal!!!!

Banyak pulak ion berblog skrg ne..rase sedikit tercabar so aku pown ambil kesempatan di malam hari yang hening ni nk bercerita jugak walaupun citer2 aku neh merepek2 (ahhh lantak r janji ati aku senang..heheh).. korang layan je la yek kalau xpaham angkat tangan...hehehe

Citer ni dh berlaku aku ada miting kat pekan untuk buat modul pemakanan kanak-kanak at TASKA, ini first time aku involve..seronok la jugak sebab leh hasilkan modul sendiri (w/pun idea yg aku sumbangkan hanya sedikit..) tapi yang klako n aku xleh lupakan tie balik dari pekan, time 2 driver (en rahim) brenti kat petronas sebab dia nak anto borang pertandingan n then aku pu turun jugak tanpa pengetahuan die tapi 2 orang (sister n MA) lagi yang kat dalam kete 2 tahu aku turun.. cam biase la kalu dh jalan jauh n minum banyak air toilet la yg jadi sasaran aku..nak masuk toilet ade orang la plk..tunggu punye tunggu................ tetiba lelaki plk kuar dari toilet 2 (dalam ati: aikkk tersilap toilet ke?? bila aku kuar n tgk balik mmg ladies punya) mmg terkejut giler n terkedu(nseb bek xterkencing lam suar..hehehe)... apa la orang zaman sekarang neh dah xreti nak beza laki n pompuan ke..pas2 dh siap buang sume khazanah2 lam perut ni aku pown kluar....

2nd kejutan plk blaku: tetiba kete dah xde depan petronas....waaaa!!! aku kena tinggal rpenya.. huhuhu... beberapa minit kemudian aku nmpak la kete 2 patah blik kat petronas (fuhhh lega)...sbnarnya en rahim xperasan pown aku xde tp nseb bek sister yg bagitau..sume org t'gelak besar.. disebabkan aku cuak tadi nek kete aku trus minum air nk ilangkan kecuakkan aku..tapi ntah macam mana air yg aku minum tersembur plak kat en rahim (alamak!!! aku btol2 xsengaja bukannya nak balas dendam..sori ye en rahim) tapi nseb bek die cool jek..

Wednesday, March 24, 2010

Matang - edisi 2

Assalamualaikum...

Kawan-kawan tetiba hari ini saya seperti di rasuk untuk menulis...hehehe. Mungkin disebabkan ketiadaan internet di ofis hari ini menjadikan saya kemaruk dengan internet. Dunia bagai xberhubung tanpa internet...hahaha...xtaulah apa masalah internet di opis (mak aku selalu sebut opis - maklumlah orang jawa). Orang IT datang pun xtau nak repair macam mana.

Lupakanlah pasal masalah internet di ofis tu, kita cerita pasal perubahan yang telah aku alami sejak bekerjaya ni...malu pula nak cerita...hikhikhik... Perubahan yang paling ketara sekali ialah emo terlebih. Sejak dua menjak ni aku asyik nak naik angin jek...Dulu masa kat river bamboo lagi lah memang selalu naik angin tapi biasanya aku akan buat muka r sampai Abg Khalil selalu tegur, senyum sikit Ain, jangan masam jek...hahaha. Rindu kat Abg Khalil yang suruh aku masuk meminang dia...hahaha. Aku layankan saja sebab kalau perempuan yang masuk meminang duit hantaran 2 kali ganda (fatwa mana yang aku ikut agaknya). Tapi Abg Khalil kata kalau camtu seumur hidup dia bayar hutang duit hantaran jek...hahaha. Itu semua gurauan yang merapatkan hubungan kami. Kakak aku pun selalu jadi mangsa angin aku...hahaha. Kak yan maafkanlah adikmu ini. Mungkin disebabkan tekanan di tempat kerja kot...tapi sejak kat PHA ni aku dah cool down sikit..

Dulu aku xpernah terfikir menjadi ketua. Saya memang xsuka jadi ketua sebab banyak sangat tanggungjawab. Lagi satu kalau jadi ketua kena arahkan orang. Itulah yang paling aku xsuka sekali sebab aku takut nak bagi arahan lagi-lagi kalau orang tu macam samseng. Sebab itulah aku letak jawatan pengawas masa form 3. Mak aku punya membebel sebab aku xnak jadi pengawas lagi...hahaha. Sekarang ini Dietitian automatically akan jadi HOD untuk Patient Service Department. Tanggungjawab memang besar nasib baik kat PHA ni xada sistem penalty kalau x....(hanya mampu geleng kepala). Tapi walau macammana pun service kena jaga, makanan xboleh hantar lambat, suhu makanan tetap kena jaga, makanan kena sedap..kalau patient complaint malu beb nak menjawab. So as HOD aku kenalah arahkan anak2 buah aku bekerja. Aku kena atasi masalah besar aku ni! Lebih2 lagi kalau staf tu lebih berumur dari aku...nak tegur pun serba salah tapi Alhamdulillah dapat juga aku mengatasinya. Setakat ini semua arahan aku mereka boleh ikut xmelawan xbuat muka dan yangg seangkatan dengannya. Tapi satu benda yang aku xlarat nak layan bila mereka ini suka mengadu. Kat PHA ni oklah mereka mengadu cuma hal2 biasa. Lagipun staf aku berapa orang jek tapi kalau kat river bamboo dulu...memang xlarat nak layan..orang ini kata orang tu pastu bila jumpa orang tu dia kata pula orang ini macam ni. Mana satu yang betul pun xtaulah. X kuasa aku nak layan...

Yang paling penting saya dah xcool lagi...I'm Hot! hahaha. Thank you Dr Chan...rindu dr chan punya gaya cakap..hehehe. Tapi ada sikitlah ke'cool'an tu mana boleh buang terus kata trademark....hahaha. Lagi satukan kalau dulu aku xsuka ambil tahu hal orang...lantaklah dengan orang tu ko xcerita aku pun xnak ambil tahu. Tapi sekarang ini aku dah jadi kaki penyibuk...semua hal orang aku nak tau. Apa saja yang berlaku kat ofis ker kat HUKM ker kat HQ ker nak tau gak. Even siapa yang telefon pun aku nak ambil tahu...hahaha. Menyibukkan padahal xada kena mengena dengan aku...hehehe. Tapi actually aku memang kena ambil tahu pun supaya senang kalau apa2 terjadi aku tahu macammana nak jawab.

Esok kak mushidah cuti, so akulah yang incharge esok. Yes! akulah yang berkuasa penuh ke atas operasi esok. Hahaha gila kuasa pulak aku sekarang ni kan....inilah yang saya belajar dari kak mushidah...kalau ketua GK, anak2 buah dia pun GK jugak. Bak kata Erna, semua orang kat PHA ni Diva...hahahaha. Tapi kalau something happen esok mulalah menggelabah...Rilek rr River Bamboo yang besar tu aku boleh handle ini pulak PHA yang kecil jek (hek eleh berlagak pulak ion ni, padahal dah menangis-nangis masa kat river bamboo dulu...kikiki). Sesekali menangis apa salahnya kan...(^_^).

Aku sentiasa berdoa supaya ALLAH beri aku petunjuk mana yang benar dan mana yang salah. Harapan aku supaya aku tidak terlalu berubah sehingga menjadi orang yang tidak dikenali lagi...kawan2 kalau korang rasa aku bukan seperti yang korang kenali lagi...tegurlah. Jangan biarkan saya terus hanyut dengan dunia saya...(",)

-No title-

Assalamualaikum...

Sebenarnya saya xtahu nak tulis apa sekarang ini. Tapi saya nak tulis juga...hehehehe

Seminggu dua ni hidup saya agak tenang tanpa sebarang masalah yang besar. Tapi sedikit sibuk dihujung-hujung bulan ni dengan standard recipe, kajian kepuasan pelanggan, food testing, update file2 MSQH, SOP dan lain-lain lagi..

Sebelum ini bila bos bagi assigment untuk develop standard recepi...aku macam xdapat bayang macam mana nak mulakan standard recipe. Tapi Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar atas tunjuk ajar dr Pn Wan, En Dollah dan En Shaffi (walaupun mula2 tukang masak cam buat muka jek bila disuruh buat standard recepi..nasib baik ada kak Mushidah yang garang lagi gila kuasa itu untuk menundukkan cook-cook disini...hahaha. Maaf kak mushidah tapi xapa kak mushidah xbaca blog ini). Time2 inilah aku terpaksa buka balik buku2 lama dulu - buku food service yang warna biru purple sikit tu untuk revise balik macammana nak convert resepi dari 4 org ke 20,30...100 orang. Buku food compo yang aku xberapa suka nak buka tu pun terpaksa buka juga sebab nak tau berat...hahaha (thanks to alif sebab bagi pinjam buku food compo, buku aku sedang enak dibaca oleh lipas dan serangga di kampung...hahaha). Standard recepi ini penting untuk dapatkan sijil halal sebab dari standard recipe inilah boleh tahu barang2 yang digunakan halal atau tidak.

Lepas itu, bila dah buat standard recipe kenalah ada food testing. COO PHA dan konco-konconya akan menyerang dapur 29 Mac ni untuk food testing. Alamak aku belum beritahu Abg Din dan orang2nya lagi, resepi pun xcari lagi! hahahaha habislah aku....

Kajian kepuasan pelanggan pula dah buat tadi tapi belum dapat feedback sepenuhnya dari patient. Patient agak kurang memberikan kerjasama...haish. Lepas ni nak analyze pastu nak present masa outsource meeting...xtaulah apa resultnya. Harap2 memuaskan. Cakap pasal outsource meeting ni yang aku lemah. Baru sekali aku pergi dah terasa bahangnya..macammanalah kak mushidah menghadapi mereka2 itu setiap bulan selama setahun lebih ini? Kalau aku agaknya ada rasa cam nak menyorok bawah meja time meeting tu..

Bulan depan ada audit MSQH..kenalah update semua fail2 MSQH. Semalam dah tengok apa fail yang perlu diupdate, banyak juga. Kak Mushidah siap kata kita kena spend 1 hari sepanjang hari untuk update fail2 itu.

Yang SOP pula dah ada dah dalam Bahasa Melayu tinggal nak translate Bahasa Omputih..itu yang den lomah tu...Bahasa melayu pun merangkak-rangkak inikan pulak bahasa omputih..tapi x apalah, orang kata kayuh pelan-pelan nanti sampai jugak...masalahnya masa xmengizinkan untuk kayuh pelan2...tapi terpaksa juga sebab komputer kat ofis tu pun memang perlahan cam kura-kura...En Dolah cepatlah hantar orang service komputer tu...(apa gunanya aku merayu disini En Dolah juga tidak baca blog ini...huhuhu)

Petang tadi ada photo shoot (eceh dah cam model plak ada photo shoot bagai ni...hikhikhik). Photo shoot ni konon2 nya untuk Dietitian profile for company...hahaha.So inilah beberapa gambar nak update kat korang..maaflah quality gambar agak kurang memberangsangkan atas sebab2 kamera dan kurangnya pengalaman dalam berposing bagai ini....hahahaha


Eceh..bilik ini adalah hasil pinjaman dari kak liza, dietitian PHA ye...ofis kami sangatla berlainan dgn ofis ini.

Inilah group dietitian yang mantap..jejaka yang seorang itulah alif, huda korang kenal, yang manis bertudung kelabu itulah kak mushidah

Kami tengah meeting tentang tender yang seterusnya...hahaha


Erna sangat berminat dgn kaunseling yg huda bagi...hahaha
thanks to Erna, pelakon merangkap jurufoto

Okay kengkawan...maaflah xtau nak tulis apa tapi terlebih pulak..hahaha...daaaa

Wassalam

tambahan: cik hajat saya xminat dr fazly tp saya minat zizan nin tapi dia dah kawin...wargh!!kecewa lagi...

wall poster



assalamualaikum..
hahaha..pagi ini akan interview SPA,tapi mata tak boleh nak lelap..nama-nama menteri..dasar kerajaan..haaa ini semua aku tak tegok lagik.tak apa,biarkan saja..(nak sedapkan hati)
Gambar di atas adalah hasil tangan pertama masa mula-mula masuk kerja.Minggu pertama kerja dah dapat assignment..(assignment yang tiada kaitan dengan tugas)..tapi tak apa cuba dulu.
berapa banyak kali hasil kerja kene reject,aku pun tak terkira..berbulan juga lah.Bila bahagian atas dah ok,bahagian bawah pula tak ok.Bukan senang nak puaskan hati semua pihak ini.
finally,alhamdulillah..hasil kerja diterima,di print & di letakkan di dinding hadapan hospital..hehe (dalam gambar orang tuh sebenarnya ada gambar makanan,tapi bila print gambar tuh akan pecah,jadi terpaksa kosongkan saja)
Dan aku belajar sesuatu yang berharga NO PAIN,NO GAIN (n_n)..
istilah ini dah tahu lama dah tapi bila kerja..everything semua kena buat sendiri..haa baru lah tahu..hahaha
tapi best juga graphic2 macam gini..hehe

sewaktu mula berkerja,nama aku selalu naik dalam meeting customer care-dietitian berwajah bengis..haaa ambik tuh ,bengis terus
orang HR panggil:hajar senyum lebih sikit
directer office panggil:hajar,kita kena sentiasa senyum.tuh daya tarikan utama kita
bos panggil:hajar,tak salah kalu senyum lebih,sedekah tuh..

hahahah..macam-macam la kena masa mula2 dulu..tapi sekarang mereka sudah terima keadaan aku yang sebenarnya.Mula2 memang la malu,lama2 tanduk sudah terkeluar sampai bos panggil katon.Tapi aku tak mahu menjadi katon!! aku mahu menjadi anime jepun...machoo sikit haha tipoo ni.Aku mahu menjadi manusia yang ada manfaat pada orang lain..ceria untuk menceriakan orang lain,bahagia untuk membahagiakan orang lain..
ok sudah,nak pergi iron baju

assalamualaikum
no pain,no gain..

Tuesday, March 23, 2010

~sumthing new~

Asslamualaikum sahabat2 ku yang dirindui,


Minta maaf la korang sebab dah lame x meng'update'kan blog ni..bukannya apa tetapi keadaan yang xberapa nak mengizinkan sangat, ade jek halangan2 yang aku sendiri pn xtau ape.. (hehehehe...alasan yang bagus).. Korang tahu je la kat pejabat ni je la ada ternet kalu nak harapkan kat umah sewa haram langsung xdapat..usahkan internet telepon n tv pown ala2 hidup segan tapi mati xmau..huhu (ntah btol x peribahasa aku neh almaklum la dh lame tinggalkan dunia peribahasa neh)...

Tima kasih la kawan banyak share maklumat utk interbiu neh n kata2 semangat yg mmg mantap (rupa2nya kawan2 aku sume dah matang...begitu hebat menulis nukilan yang betol2 dapat menaikkan semangat)..Insyaallah sama2 la kita memajukan diri dan tinggalkan sifat2 lama yang negatif (chayok2..).. aku sangat berharap dan sentiasa berdoa yang budak batch kita ni dapat buat yang terbaik untuk interview esok n lusa..Ameen..

Semalam baru jek aku abes bagi talk untuk kursus pemakanan bersama staff2..satu hari aku jek yang bagi memang penat n sakit tekak2 aku neh..(dah menangis2 anak tekak aku..nseb ek manusia xleh dgr kl x mmang mati terkejut r..haha merapu jek aku neh)..memang penat tapi aku rasa puas sangat bila dapat berkongsi idea2 n maklumat2 terbaru dengan staff aku ni..feedback yang diorg bagi pown mmg bagus walaupun bosan jek asyik tgk aku jek yang membebel kat depan..huh... kalau mula2 nak bagi talk dulu memang aku takut n kalau boleh aku nak cepat2 brenti jadi pzm neh..tp bila dh start skali rase macam teringin sangat nak buat macam2 program untuk staff n patient..(betol kata ion kita mesti berubah n tunjuk kan perubahan yang telah kita buat baru la manusia akan respect kita)..InsyaAllah sebelom aku blah dari Bera akhir bulan April (lama2 aku mcm jatuh cinta plk ngn tempat n orang kat cni..)ni ingat nak sibuk kan diri ak ni dengan program2 untuk kanak2 KZM (maybe nak buat cooking demo eskrem..nak bagi diorg gemuk2 skit) dan jugak nak buat lawatan kat sekolah..InsyaAllah la kalau masa mengizinkan...

OK la nnti aku update lagi blog neh kasi ceria sket..hehehe...kat bawah ni aku nak kongsi sket gambar2 aku kt bera..hehehe.. (sori baru nak upload sebab baru jek dapat gambo neh almaklum la kamera xde lagi..huhu)


Ini adalah team BERA yang mantap!!! walaupun kalah kami tetap menang di ati peminat kami (ade peminat ke??kihkih)


Ini time aku bagi talk (first time mmg gelabah jugak la tp aku buat2 cool..ntah ape aku merapu kat dpan aku pown xtahu..huhu) pasal Perancangan Menu Sihat di TASKA n Pusat JAGAAN kat pengusaha2 taska n Pusat jagaan..Ini adalah anjuran JAbatan Kebajikan Masyarakat...




Good luck kawan2 n wish u all de best..chaiyok2!!!

-Hidayah-

Monday, March 22, 2010

hujan rahmat

Assalamualaikum...

hari ini Isnin jam 1051 malam
hujan lebat beserta guruh di luar
malam ni sudah 2 malam berturut2 hujan lebat
Alhamdulillah... hujan rahmat setelah sekian lama bumi Nilai menjadi tanah gersang
hampir semua pokok ayah aku layu dan ada yang mati kekeringan... kesian pokok

waktu hujan lebat macam ni teringat betul aku dengan wawa a.k.a azwa muhayiddin (pkk student)
aku ingat lagi masa kami selalu study di library waktu nak exam, selalu jugak hujan lebat masa tu
setiap kali hujan lebat mesti kami tadah tangan doa sama2
kami minta apa sahaja yang kami mahu pada Allah
aku ingat lagi masa belajar Fiqh masa sekolah rendah agama, ustaz ajar beberapa keadaan di mana doa mudah dimakbulkan dan salah satunya adalah dikala hujan lebat turun dan pada hari jumaat diantara waktu terbit fajr hingga terbenam mhari dan tak sangka wawa pun mengamalkannya
banyak betul benda baik yang aku belajar dari wawa
tapi mana wawa sekarang?
friendster x aktif. fb x de

hujan makin lebat

banyak betul aku nak minta pada Allah sampai tak tahu mana yang perlu dimulakan
tapi semestinya salah satu permintaan aku, semoga Allah ketemukan aku dengan wawa dan persahabatan dapat semula dijalinkan hingga akhir hayat

akulah pengemis itu
si pengemis yang tamak
walau berjuta pemberian-MU
walau berlimpah pinjaman-MU
tetap aku mengemis, merayu, meminta dari-MU

I always miss and love u wawa


Assalamualaikum




Saturday, March 20, 2010

tips dari cikgu

assalamualaikum..
kali ini mahu berkongsi berberapa tips dari cikgu..(cikgu adalah panel pengambilan untuk jabatan dia)
1)personaliti-cikgu pesan masuk ketuk pintu & beri salam,senyum sampai panel cair..(sampai cair tuh aku tambah sendiri)
tanya dahulu sebelum duduk- bila panel suruh duduk,baru duduk-ini mahu tegok
sama ada kita boleh ikut pada arahan atau tidak
kalu disuruh kenalkan diri(2 minit)-x perlu cerita pasal adik beradik,kaum kerabat
cerita education background,kerja sekarang,pengalaman kerja,vision
2)soalan-cikgu kata biasanya panel tidak akan tanya direct soalan buku,semuanya soalan aplikasi..cth-kalau berlaku food poisoning di hospital anda sebagai dietitian apa tugas anda..time begini idea kena keluar cepat,spontan & logik
3)Dasar kerajaan perlu ambil tahu jua,isu terbaru (sekarang yg aku tahu 2nd wave H1N1)
semoga berjaya ye kawan-kawan...
semoga Allah beri yang terbaik untuk kita
Assalamualaikum
no pain,no gain
hayon:sekarang aku ni muooo ion..eh rasa best ni ion kat kg..(nak bagi ion jeles..hahaha)

Friday, March 19, 2010

Good Luck...good luck and good luck to all of u!!!

Assalamualaikum sumer...

aku juz nak ucapkan good luck pada semua yang akan menempuh interview seawal hari selasa neh...

juz show the panels that u guys deserve for the post... kalu x nak pon, buatla yang sehabis baik. bak kata ion, tunjukkan kita berubah (am i change? - not a lot like u guys...heee...but i'll try my best...InsyaAllah)

Antara tips yang dapat dari wong, aini musa dan hajat

- jgn bincang jawapan sebab kalau jawapan sama dengan rakan2 yg lain akan menyebabkan anda digugurkan terus

- baca pasal perlembagaan - senang cerita baca terus buku 'malaysia kita'

-susun fail betul2, jangan berterabur *sangat penting*

- clinical pon baca juga

itu saja yang aku tau... kalau ada apa2 tips tambahan silala kemukakan...especially pasal topic khas clinical ke.. atau apa2 je yg dapat membantu sesama kita...

Assalamualaikum...

All the best!!!

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2 kesayangan ku yang dirindui? Wah rancak cik Siti kita ni menulis..baguslah baru meriah sikit...hehehe...
Okay kawan-kawan sekalian saya cuma nak ucapkan 'All the best and good luck' untuk interview JPA nanti kay.. be prepared...remember you all represent UPM so please show them that we have changed...

Kalau kamu semua diterima, tahniah in advanced aku ucapkan...hehe..buktikan pada mereka graduan UPM sangat berkualiti mungkin masa praktikal kita kurang keyakinan tapi tunjukkan pada mereka yang kita dah berubah dan juga kita dah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang sangat2 mencabar ini!(wah bersemangatnya aku)

Ini juga sebenarnya nak bakar semangat sendiri heee...Aku juga bersaing dengan dietitian lain dalam company aku ni...aku bersaing dengan graduan dari UKM dan juga UIA (USM jek yang xder dalam organisasi aku ni). Tapi mungkin saingan tidak terasa sangat dalam private ni. Walau macammana pun kita perlu proaktif (kalau dulu aku xtau macam mana nak jadi proaktif...huhu). Ini bukan sahaja untuk menaikkan nama kita tapi juga untuk kepuasan diri sendiri. Bila kita ada menyumbang sesuatu kepada organisasi kita akan rasa puas dan juga sedikit bangga hahaha...(tapi malangnya saya tidak menyumbang apa2 kepada syarikat...haish...sila jangan ikut perangai saya)

Aku pun dah xada idea nak membebel apa dah ni...lagi sekali aku ucapkan All the best and good luck my friend! Saya yakin anda semua boleh! Saya doakan yang terbaik untuk kita semua. Oh ya tahniah juga diucapkan kepada Akhi hajat-En Mohd Amri..Selamat menempuh alam perkahwinan sekali lagi...(^_^)

...bestnya hajat nak polang ke muo...dah lama xbalik kampung nak drive sorang2 xberani, jom temankan aku polang ke batu pahat yang aman itu

PEG

assalamualaikum

Pagi ini aku bergegas ke opis,kerana nak jumpa en.azman pasal transportation nak ke hospital putrajaya-ada enterel feeding workshop anjuran PENSMA (credit to wong sebab inform).Sebaik en.kamil ada dan sudi hantar.Ini adalah program pertama aku pergi seorang diri,selalunya dengan wong atau nuha,tapi mereka ada tanggungjawab mereka sendiri.Dalam kereta kami bercerita tentang kehidupan,membuatkan aku berpikir apa tujuan sebenar manusia ini diciptakan,terima kasih en.kamil sebab berkongsi ilmu di pagi hari..

Sampai hospital putrajaya,aku dengan yakin membuka hp dan meng'search' no telefon pn liza (dietitian hospital ipoh yang dah berpindah ke putrajaya) untuk tanya di mana workshop tuh di adakan,cari punya cari rupanya no dia aku tak ada..haaa time ini,memang sifat kelam kabut ayam,gelabah aku semua keluar dah,dah tak pikir keadaan sekeliling (dayah ex-rumet kau sedia maklum perangai aku yang satu ni)..aku telefon acap a.k.a maryam,tapi voicemail pula,aku membayangkan acap tidur terbongkang sebab kedah hari jumaat tak kerja.

Jam hampir menunjukkan pukul 9.00am.aku tanya akak kaunter tapi mereka pun tak tahu menahu perkara ni,mungkin mereka hanya tahu makan tahu sahaja,telefon acap lagi sekali tapi masuk voicemail,telefon mila,mila dah delete no pn.liza...telefon huei xiang-sebaik hx masih save lagi,alhamdulillah.Telefon pn.liza dan akhirnya sampai ke auditorium..tengok orang masih tak ramai lagi..aku memilih tempat duduk hadapan..(hahaha..konon macam bagus penuhkan hadapan dulu,padahal aku tak ada kawan).Workshop bermula dengan sesi pembuka kata,pastu
diteruskan dengan topik yang lebih mendalam lagi tentang PEG -percutaneous endoscopic gastrostomy tube.

Tengah kusyuk ..tetiba pn.naimah dari wad telefon
Pn.naimah:salam alaikum cik siti hajar
aku:wa'alaikum salam (pn.naimah kan saya da pesan tak yah panggil cik)
Pn.naimah: Cik siti bole pergi tak ke khidmat masyarakat esok di seksyen 15
aku:maaf pn.naimah saya tak dapat pergi,ada urusan lain
Pn.naimah:ok kalau macam tuh tak apa lah.salam alaikum
aku:baik,minta maaf ye pn.naimah..wa'alaikum salam

Selang berapa minit kemudian,Tn.haji ismail dari opis telefon
tn.hj:salam alaikum,jar awak kat mana??
aku:wa'alaikum salam,saya kat hospital putrajaya..napa tn.aji?
tn.aji:en.rahman suruh edit lagi poster yang kita da buat semalam tuh (poster pembukaan poliklinik azzahrah di cheras)
aku:oo ye ke?en.rahman nak tambah apa-apa lagi ke?
tn.aji:yup,nant isnin kita jumpa
aku:baik
aku da tak senang duduk..eh ada je yang kene reject..aku bukan graphic designer la boss

~15 minit en.rahman tuan bos,pulak telefon..eh satu-satu nak tepon
en.rahman:salam alaikum jar,awak kat mana?
aku:wa'alaikum salam,saya kat hospital putrajaya attend workshop yang saya beritahu semalam tuh
en.rahman:ooo ok2,awak balik sini bila?
aku:tak balik kot..napa en.rahman ada apa-apa yang en.rahman tak puas hati dengan saya,cakap terus terang lahh (cett..mana berani aku berkata sebegini..hahaha..tipoo ni)
aku:tak balik kot..napa en.rahman..ada apa yang boleh saya bantu..(hahaha..aku mesti jawab macam ni)
en.rahman:oo xpe,nanti kalu da abis kursus awak telefon saya
aku:en.rahman la telefon saya,en.rahmah pakai bil
en.rahmah:hahaha..ok,nanti dah abis inform.salam alaikum
aku:ok baik,wa'alaikum salam

greghh..greghh (bunyi vibrate sms)..en.rahman bagi
en.rahman:untuk daurah (ni dalam bahasa arab,melayu nya ~perkhemahan) kepimpinan-celik sejarah,selasa depan,nak mintak awak prepare ringkasan sejarah pemerintahan Rasul SAW hingga Saidina Ali dalam 20 minit,sulaiman akan prepare ummaiyah,izwan prepare abassiyah
aku reply:ok insya'allah,dalam bentul power point ke?
en.rahman:ya..bahan kalau tak ada beritahu,highlight berjuang,bersungguh,berkorban untuk tunaikan tanggungjawab tegakkan agama Allah
allah..terharu bila aku dapat msg dr en.rahman..akhirat dia tak nak staff dia lupakan..anda memang bos terbaik!!
selasa??rabu inteview SPA ..aku tidak prepare lagi ni..
semoga jalan dipermudahkan amin..

Pukul 10.20am -coffee break,memandangkan aku tak minum kopi dan seangkatan dengannya aku pergi berjalan-jalan membawa diri ke toilet..haha..alih-alih terjumpa en.zam -zam ala kazam (en.zam pegawai dietetik di UPM)..en.zam pun macam tak ada kawan je..hahaha
sesi diteruskan oleh pn.soo apa ntah,tentang penjagaan PEG..pastu cik hawa-enteral feeding formula,pastu miss andrian-types of tube feeding--yang ini aku geram sebab dia present cakap lambat sangat..hahaha

~ pukul 12.30 aku cabut kerana driver sudah datang..sesi akhir aku miss..hahaha..
pulang ke rumah dan berkemas untuk pulang ke muoo..mereka darah dagingku,tunggu aku pulang

*insya'allah akan aku kongsi bersama korang tentang workshop tadi*
owh malam ini akhi nikah,cool akhi jangan gelabah semacam..hahaha

assamalualaikum
no pain,no gain