Pages

Saturday, February 27, 2010

team building..

assalamualaikum
23-35hb team building program di selesa beach resort,PD.Majoriti yang terpilih adalah staff senior dan aku sangat bersyukur kerana terpilih mewakili unit aku sendiri..hahaha.Tapi dengar-dengar juga ada staff lama tak puas hati sebab aku terpilih sebab baru ~ 7bulan di sini,tapi peduli apa aku..hahaha.Dan aku staff paling muda..hahaha
bertolak tengahari selasa,pergi dengan pn.nor(pegawai pemasaran),en.azman(pegawai customer service) & kak sal (pegawai perolehan).Sebelum bertolak boss,en.rahman pesan suruh berkenalan dengan ahli kumpulan dengan detail.Tapi aku dalam kereta dah ngantok giler sebab malam sebelumnya tidur pukul 4 sebab layan korea..hahaha(dayah,aku dah terikut perangai kauuu!!)
Sebelum sampai resort singgah lunch kat restoren ulam+nasi putih+air oren+ikan pari bakar+ikan bawal masak sos+telur itik masak lemak cili padi.Lepas tuh bertolak ke resort,not bad lah keadaan di sana..hehe.Satu bilik dengan kak aliyah(pegawai lab),lepas check in dan letak beg semua bergerak ke dewan kemang ada sesi taklimat dari boss.Ada 5 kumpulan semuanya.2 kumpulan lelaki i-de champion,4 orang ii-dolphine,4orang.3 kumpulan perempuan i-de winner,6 orang ii-oasis,6 orang iii-perintis,5 orang,kumpulan aku ini.1st time tegok en.rahman berpakaian tak formal..haha..(aku tahu en.rahman memang jaga badan,setiap pagi jogging).
Lepas tuh semua salin baju sukan dan bersedia untuk beriadah.Sukan nya kene main bola sepak pantai..hahaha (1st time aku main bola sepak).Kumpulan aku,perintis,5 orang kena fight dengan kumpulan oasis,6 orang.Salah seorang ahli kumpulan aku ,kak midah dia pregnant,so tak boleh main,tinggal la kami berempat,pn nor-49tahun,kak sal-53tahun & kak maria-29tahun.Respect giler dengan dieorang ini,hebat giler main bola sepak even dah berumur dan beranak pinak..mantop!!.Akhirnya lawan 4 orang vs 6 orang,oasis.Peh rasa dada terbakar-bakar kejar bola atas pasir,payah giler nak berlari..tapi kami berjaya buktikan even dengan hanya 4 orang pemaian lawan dengan 6 orang pemain.Keputusan seri 1-1..heeee...sebagai ketua kumpulan,aku bangga dengan pencapaian anak-anak buah aku..hahaha
sila lihat aksi-aksinya..hahaha

lepas main bola sepak,main layang-layang,lawan kumpulan siapa yang dapat naikkan layang-layang paling tinggi..ini pun payah gak..jenuh terkulat-kulat nak naikkan layang-layang..
malam,makanseafood beramai-ramai..harga rm1200 untuk 26 peserta..(giler semua kuat makan)

24hb 2..
Hari ini adalah hari bersedia..pagi-pagi solat subuh berjemaah dan boss sampaikan tazkirah subuh..(tabik giler kat boss,ilmu akhirat mantop giler!!)..
Lepas itu,semua berkumpul tepi pantai ada sesi riadah..lepas riadah,semua breakfast.
After breakfast,sesi bersukan bermula semula.kali ini lawan polo air pulak..
group lelaki lawan sesama mereka,dan group aku kena bermain dua kali 1st lawan group oasis,kami menang then kena lawan group de winner..(aku tahu kak sal & pn.nor dah tak larat nak lawan lagi tapi boss suruh kena la patuh..haha)
lepas main,semua diminta berkumpul tepi pantai dengan basah kuyup,ada sesi ceramah secara santai bersama boss.Honestly,aku sangat kagum dengan en.rahman,dengan semangat dia nak majukan umat islam & nak buktikan umat islam sangat hebat.Anak dia baru berumur 23tahun ,sudah ada company sendiri..dan en.rahman galakkan staff-staff dia akan ada bisnes sendiri..insya'allah..
Petang sesi lawan bola tampar pulak,hahaha..aku main pakai hentam je.Permaianan dimulakan dengan kumpulan lelaki lawan sesama mereka,pastu baru kumpulan perempuan..macam-macam gaya..hahaha.sebelum pulang 6 orang dari peserta perempuan termasuk aku kena lawan dengan perserta lelaki..(ahhh memang aku dah tahu kumpulan laki akan menang!!)

Lepas dinner,sesi ceramah bersama en.rahman,.dalam sesi ini en.rahman sentuh tentang pentingnya vision dalam hidup.Dengan adanya vision,kita tahu ke mana arah tuju hidup kita kelak,dan aku juga alhamdulillah sudah ada vision sendiri dan insya'allah dalam masa 10 tahun akan datang,aku akan jadikannya kenyataan.amin...
dan paling terharu en.rahman memberi harapan aku untuk jadi GM..insya'allah.amin..

25hb2..
solat subuh berjemaah & tazkirah dari en.rahman tentang sultan muhammad al-fatih..
Seperti biasa..bersiap sedia untuk beriadah dan main bola sepak lagi sekali ..(kaki aku da tegang da time ni,tapi kuatkan diri main gak..)..

Lepas tuh sesi resolusi bersama-sama en.rahman & sebelum pulang ada sesi bergambar ramai-ramai
overall-pengalaman pertama yang amat bermakna & aku belajar sesuatu yang baru..
harap-harap team building bulan 5 ke krabi,thailand nanti ayah bagi pergi..amin..hahaha






kak maria (kiri ) & aku (belakang) kejar bola


gambar lain akan di upload later,ngantok

assalamualaikum
no poin,no gain

4 comments:

Unknown said...

seronoknya!!
aku setuju dengan bos kau untuk ada bisnes sendiri...
mari geng beg kumpul modal dari sekarang untuk bukak bakery @ restoran =)

nabilah said...

wahhh... ko ni da mcm anak emas zara dah ne..
bole la bodek boss ko bg kami free trial utk facial ke, gym ke... eheheh

geng beg said...

hidayah said..

Kalu ayah ko xbagi g thailand gantikan ngn aku je la...ayah aku konfem bagi..hehe

geng beg said...

amboi kau nabilah..nk free aje..muflis ah zara gini..haha