Pages

Saturday, February 13, 2010

BERKEMAS

Assalamualaikum..

waa..waaa...cuti-cuti,balik kampung muo yang indah!!!
hari jumaat dapat cuti --cuti memantau hospital.Jumaat petang sampai rumah.yang ada di rumah-ayah,ibu,angah,andak (UMT),kak teh (UPM),kak cik & adah.Along berkhidmat untuk pesakit...hahaha (xpe kau da coti seminggu minggu lepas..)
tiada buat apa-apa pun malamnya,tegok game show jepun yang lawak giler tahap tinggi di Utube dengan kak cik & adah sampai pukul 1.00pagi.gelak besar bersama-sama,tapi gelak tak boleh keluarkan suara,kang ibu marah..gelak tahan dalam perut (memang seksa)
tidur ramai-ramai di ruang tamu (rindu suasana sebegini..heee)

Sabtu (13hb2 2010)
lepas solat subuh sambung tidur semula hahaha.
Seawal jam 8.00am ibu sudah mengeluarkan suara bom atom kejut semua bangun awal ajak pergi rumah baru bergotong royong.andak,kak teh & adah memang tidur tak ingat dunia kot.Akhirnya yang pergi ayah,ibu,kak cik & aku.aku & kak cik bangun-bangun tidur terus pergi,tak perlu mandi sebab akan berpeluh semula.Sampai dalam pukul 9.00pagi,mak aih time matahari terpacak..panas!!!.Ibu dan kak cik,aku tugaskan buat kerja dalam rumah (sian ibu nak bagi ibu panas-panas kat luar).Ayah mengambil alih tugas di belakang rumah,sabit lalang sekeliling pokok-pokok besar yang banyak tak ingat.Aku seperti biasa akan mengcangkul di kawasan depan rumah.Mula-mula memang bersemangat bagai nak mencangkul...huhuhu.Lebih kurang 30 minit mengcangkul,rehat sekejap (x tahan panas sebenarnya)..pergi belakang rumah ushya ayah buat kerja..ceh ayah steady lagi.Aku tukar kerja ,cabut rumput belakang rumah pula,sambil-sambil cambut..ayah bercerita...

ayah:budak-budak zaman sekarang ini hidup dah senang,tak biasa nak buat kerja-kerja berat.ayah dulu-dulu hidup susah,cari kayu api buat masak,angkut air 2-3 batu..sebab itu kalau tegok orang-orang tua sekarang masih kaut lagi nak buat kerja-kerja berat sebab meraka dah biasa,pernah lalui zaman susah
aku:hanya mendengar dan cuba membayangkan..ayah time kecil dulu..hehe
ok selesai
Sambung balik mengcangkul di depan rumah.Rasa haus yang amat..(air bekalan dah abis).suruh kak cik pergi rumah jiran sebelah minta air..haha(jiran sebelah adalah adik ibu-pak ndak).Bila penat,pergi rumah pak ndak,tegok arnab dia.Ada 3 ekor,putih gebu & sexy & suci.
Tiba-tiba pak ngah datang (pak ngah ialah abang ibu)..bawa iman anak dia.Usik - usik iman sampai bosan.Sambung kerja balik..sampai pukul 12.30tengahari.Sebelum balik sesi bergambar bersama-sama ayah & kak cik,ibu tak ada sebab pergi rumah pak ndak,jiran sebelah..

Sebelum pulang singgah rumah atok mak sekejap,jenguk atok mak,atok ayah & mak teh(adik ibu)Bersiap untuk pulang,dalam kereta masing-masing layan blues sambil dengar lagu nasyid saujana
sampai rumah,andak,kak teh & adah masih tidur lagi!!!Baju tak basuh,nasi tak masak,air tak masak,rumah tak kemas!! semua ini mengundang kemarahan ibu (padan muka korang..hahahahaha)..

Malam.Semua kecuali angah & along,pergi makan luar di parit beting,nak pergi makan di restoren ala-ala jepun tapi penuh.Pergi ke restoren sebelah.Semuanya sekali harga rm 68.10 (kalu kat kl mahunya sampai beratus-ratus--aku yang belanja mereka-mereka).Paling lawak,suster tertinggal gigi palsu di rumah.Adah pesan pada ibu jangan bukak mulut besar-besar,nanti nampak kegonggakkannya..haha.

*gambar aku upload kemudian*
ok titik
Assalamualaikum
no pain,no gain

2 comments:

Unknown said...

boleh plak adah tengok ko menulis...hahaha
biler umah ko ni nak siap?

Anonymous said...

wey,yg ko gatu aku tido lg apsal....haha=)