Pages

Saturday, February 27, 2010

team building..

assalamualaikum
23-35hb team building program di selesa beach resort,PD.Majoriti yang terpilih adalah staff senior dan aku sangat bersyukur kerana terpilih mewakili unit aku sendiri..hahaha.Tapi dengar-dengar juga ada staff lama tak puas hati sebab aku terpilih sebab baru ~ 7bulan di sini,tapi peduli apa aku..hahaha.Dan aku staff paling muda..hahaha
bertolak tengahari selasa,pergi dengan pn.nor(pegawai pemasaran),en.azman(pegawai customer service) & kak sal (pegawai perolehan).Sebelum bertolak boss,en.rahman pesan suruh berkenalan dengan ahli kumpulan dengan detail.Tapi aku dalam kereta dah ngantok giler sebab malam sebelumnya tidur pukul 4 sebab layan korea..hahaha(dayah,aku dah terikut perangai kauuu!!)
Sebelum sampai resort singgah lunch kat restoren ulam+nasi putih+air oren+ikan pari bakar+ikan bawal masak sos+telur itik masak lemak cili padi.Lepas tuh bertolak ke resort,not bad lah keadaan di sana..hehe.Satu bilik dengan kak aliyah(pegawai lab),lepas check in dan letak beg semua bergerak ke dewan kemang ada sesi taklimat dari boss.Ada 5 kumpulan semuanya.2 kumpulan lelaki i-de champion,4 orang ii-dolphine,4orang.3 kumpulan perempuan i-de winner,6 orang ii-oasis,6 orang iii-perintis,5 orang,kumpulan aku ini.1st time tegok en.rahman berpakaian tak formal..haha..(aku tahu en.rahman memang jaga badan,setiap pagi jogging).
Lepas tuh semua salin baju sukan dan bersedia untuk beriadah.Sukan nya kene main bola sepak pantai..hahaha (1st time aku main bola sepak).Kumpulan aku,perintis,5 orang kena fight dengan kumpulan oasis,6 orang.Salah seorang ahli kumpulan aku ,kak midah dia pregnant,so tak boleh main,tinggal la kami berempat,pn nor-49tahun,kak sal-53tahun & kak maria-29tahun.Respect giler dengan dieorang ini,hebat giler main bola sepak even dah berumur dan beranak pinak..mantop!!.Akhirnya lawan 4 orang vs 6 orang,oasis.Peh rasa dada terbakar-bakar kejar bola atas pasir,payah giler nak berlari..tapi kami berjaya buktikan even dengan hanya 4 orang pemaian lawan dengan 6 orang pemain.Keputusan seri 1-1..heeee...sebagai ketua kumpulan,aku bangga dengan pencapaian anak-anak buah aku..hahaha
sila lihat aksi-aksinya..hahaha

lepas main bola sepak,main layang-layang,lawan kumpulan siapa yang dapat naikkan layang-layang paling tinggi..ini pun payah gak..jenuh terkulat-kulat nak naikkan layang-layang..
malam,makanseafood beramai-ramai..harga rm1200 untuk 26 peserta..(giler semua kuat makan)

24hb 2..
Hari ini adalah hari bersedia..pagi-pagi solat subuh berjemaah dan boss sampaikan tazkirah subuh..(tabik giler kat boss,ilmu akhirat mantop giler!!)..
Lepas itu,semua berkumpul tepi pantai ada sesi riadah..lepas riadah,semua breakfast.
After breakfast,sesi bersukan bermula semula.kali ini lawan polo air pulak..
group lelaki lawan sesama mereka,dan group aku kena bermain dua kali 1st lawan group oasis,kami menang then kena lawan group de winner..(aku tahu kak sal & pn.nor dah tak larat nak lawan lagi tapi boss suruh kena la patuh..haha)
lepas main,semua diminta berkumpul tepi pantai dengan basah kuyup,ada sesi ceramah secara santai bersama boss.Honestly,aku sangat kagum dengan en.rahman,dengan semangat dia nak majukan umat islam & nak buktikan umat islam sangat hebat.Anak dia baru berumur 23tahun ,sudah ada company sendiri..dan en.rahman galakkan staff-staff dia akan ada bisnes sendiri..insya'allah..
Petang sesi lawan bola tampar pulak,hahaha..aku main pakai hentam je.Permaianan dimulakan dengan kumpulan lelaki lawan sesama mereka,pastu baru kumpulan perempuan..macam-macam gaya..hahaha.sebelum pulang 6 orang dari peserta perempuan termasuk aku kena lawan dengan perserta lelaki..(ahhh memang aku dah tahu kumpulan laki akan menang!!)

Lepas dinner,sesi ceramah bersama en.rahman,.dalam sesi ini en.rahman sentuh tentang pentingnya vision dalam hidup.Dengan adanya vision,kita tahu ke mana arah tuju hidup kita kelak,dan aku juga alhamdulillah sudah ada vision sendiri dan insya'allah dalam masa 10 tahun akan datang,aku akan jadikannya kenyataan.amin...
dan paling terharu en.rahman memberi harapan aku untuk jadi GM..insya'allah.amin..

25hb2..
solat subuh berjemaah & tazkirah dari en.rahman tentang sultan muhammad al-fatih..
Seperti biasa..bersiap sedia untuk beriadah dan main bola sepak lagi sekali ..(kaki aku da tegang da time ni,tapi kuatkan diri main gak..)..

Lepas tuh sesi resolusi bersama-sama en.rahman & sebelum pulang ada sesi bergambar ramai-ramai
overall-pengalaman pertama yang amat bermakna & aku belajar sesuatu yang baru..
harap-harap team building bulan 5 ke krabi,thailand nanti ayah bagi pergi..amin..hahaha






kak maria (kiri ) & aku (belakang) kejar bola


gambar lain akan di upload later,ngantok

assalamualaikum
no poin,no gain

Thursday, February 25, 2010

starter or follower

Assalamualaikum....
lagi 2 hari nak 27hb...xsabarnya nak jumpa kamu semua yang sudah lama tidak ketemu....hahaha ayat xmenahan.
okaylah, ingat x dulu2 kita selalu cakap yang kita ni selalu jadi bahan uji kaji... sebab banyak perkara yang dimulakan oleh anak2 kelahiran 1986 ni. contoh: tahun kita first sekali intake untuk Khidmat negara, kalau xsilap batch kita antara yang terawal (yang kedua rasanya kalau salah silalah betulkan) matrik dipendekkan setahun dan macam-macam lagi. tapi yang paling penting tercatat dalam sejarah UPM kita batch pertama Bsc Dietetics UPM. we should be proud! even though banyak kekurangan di sana-sini. kegagalan kita adalah kejayaan mereka2 yang lain dimasa akan datang!
dan kerana telah terbiasa menjadi starter aku rasa seronok pulak...huhuhu. kenapa? sebab we have authority to set a new thing and then people will follow us. HA xrasa bangga ker bila junior kata senior dulu buat macam ni macam tu and then lecturer suruh junior minta idea kita..huhuhu (padahal aku rasa ntah apa2 masa praktikal dulu hahahaha).
sekarang dah kerja, untuk pengetahuan korang company yang aku kerja sekarang ni pun baru jek nak set up. maybe ada yang tanya bukan ker company ni dah agak lama dalam food service. yes memang dah lama tapi dulu company aku under FABER. baru Dec tahun lepas company ni keluar dari FABER. kenapa keluar FABER? xmampu aku nak menaip panjang lebar di sini. so kiranya company ni baru nak memulakan perjalanan yang baru. So sejarah berulang kembali...hehehe. satu yang aku agak gembira disini sebab aku bebas untuk bersuara dan untuk meluahkan idea.orang2 atasan sentiasa meminta pandangan dan melibatkan kami (dietitian) dalam perkara2 penting syarikat (konon cam orang penting dalam syarikat rr ntah2 diorang tu xfikir camtu pun hahahaha...bak kata kak mushidah 'kami disini semuanya gila kuasa belaka'. mana xnye gila kuasa diala dietitian, diala outlet manager hahaha xper kak mushidah xbaca blog ni). masa aku kerja kat Muar dulu bukan xbest tapi aku xbebas untuk buat apa aku nak buat mungkin kerana aku masih lagi takut2 dan xconfident dengan diri sendiri masa tu. sedikit agak tidak berkembang disana.. hehehe
sekarang apa yang berkembang? badan hahahaha.. maklumlah duduk kat dapur lapar jek cari makanan. sumber ada dimana-mana...ngehngehngeh
okayla akhir kata hopefully semua yang dirancang menjadi kenyataan yang pasti rintangan tetap ada sebelum impian jadi kenyataan...

gambar hiasan semata-mata

saya berpegang pada kata-kata tanpa keberanian mimpi xbermakna...
wassalam...

Tuesday, February 23, 2010

Part 2: selesai tapi harus memulakan yang baru

Assalamualaikum kamu semua yang 4 orang tu... =)

wahhh...nampaknya lama jugak belog ni tak di'update'kan...
tak pe la.... let me be the first person yang updatekan after almost 2 weeks tiada saper yang 'usik'... sian belog ni.... eheheh...

actually 'episode' kali ni adalah kesinambungan kepada episod yang hari tu.... cehhh.... macam drama bersiri pulak dah....

hari tu cakap pasal tugas yang dah selesai kan?? pasal writing book chapter tentang breast cancer survivors yang dah pun selesai... Alhamdulillah.... dan kali ni nak citer pasal perlunya aku memulakan sesuatu yang baru...

Ye la.... bila tugas dengan Dr. Zalilah dah selesai, sekarang ni aku perlu sangat untuk cari kerja baru... huhuhu... actually dah start cari dah lama dah... tapi satu pun tak menjengah tiba... sekarang ni kerja ngan Dr hampir nak habis... risau jugak aku nak keje apa pulak kalu keje ngan Dr dah habis.... Kesian kat aini musa jugak... sanggup turun upm...sewa rumah semata2 nak keje ngan Dr. Actually hari ni pun aku tak keje sebab kak sarina kata dia tak discuss lagi dengan Dr nak suruh aku wat keje apa. kata kak sarina, hari tu Dr ada suruh tulis lagi utk book chapter... satu pasal org asli n satu lagi tak pasti... tapi... rasanya dah x sanggup untuk writing chapter lagi... susah babe... susah sebab pertama, aku x terror english dan sebab kedua nak kena cari bahan dan kena olah... kalu BM mungkin boleh dipertimbangkan... tapi BI babe...

Aku ingat lagi masa first time correction Dr siap comment lagi kat chapter -- 'Please watch your English'... memang malu sangat... malu kat diri sendiri n malu ngan Dr... walaupun memang lepas kena komen, aku 'watch' English aku... tapi kesudahannya Dr jugak yang akan polish balik ayat-ayat tu... English Dr memang superb! Bila segala berkaitan chapter berakhir, aku terima satu email dari Dr---

Note - it is not that hard right to write chapters? Perhaps next you can write a journal article.

Thank you


InsyaAllah Dr... jika diizinkan Allah aku blaja smpai phd, akan aku publish satu journal... tapi, untuk master ni biarla aku ambik taught course dulu.... x kesahla... kat UK ke UKM ke... asalkan dapat sambung.... dalam tahun ni ke... tahun depan ke... 10 tahun lagi ke... hanya Allah je yang tau bila aku bole sambung tapi sebagai hambaNYA aku tetap akan berjuang dan berusaha untuk memenuhi impian aku sejak zaman skolah lagi...

okla... hampir maghrib... terima kasih kawan-kawan aku yang empat orang ni sebab sudi membaca benda yang x de faedahnya ni... buang karen jek...

lepas ni kena terus usaha dan berdoa utk mendapatkan keje mengikut kelayakkan dan kemampuan aku... kelayakkan maksudnya dapat keje yang ada kaitan seperti apa yang dipelajari di universiti dan mengikut kemampuan bermaksud pekerjaan yang mampu aku laksanakan dengan baik tanpa menyinggung sesiapa...

akhir kata,
Bila ALLAH memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila ALLAH lambat untuk memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila ALLAH tidak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik



Assalamualaikum

Monday, February 15, 2010

RINDU!!!

Assalamualaikum...
Cuti raya cina ni saya pulang ke kampung setelah sebulan lebih xbalik..Rindu giler!!!
baru tiba dari kampung pukul 6.30 ptg tadi...tapi hati dah mula rindu lagi....
sejak kerja ni hati bagai dipalu-palu teringat kat kampung...masa belajar dulu xpulak aku homesick macam ni...
What i missed most in my hometown???
1. of course my mak & my abah...xtaula hati tenang bila melihat mak & abah
2. masakan ibuku...selalu time balik kerja aku mesti rindu giler nak makan mak masak...kadang2 sebak beb (alamak sensitifla pulak). kalau dulu xpayah susah2 nak fikir apa nak makan malam ni...semua dah terhidang. sekarang hampir setiap hari aku makan roti, lama2 badan aku pun dah bulat cam roti...
3. bilik aku...walaupun bilik aku xder almari, cuma ampaian utk gantung baju dan katil bujang jek tapi aku tetap rindu kat bilik aku.kat sini baju kakak aku jek dah penuh satu amari...mana aku nak letak baju2 aku..beli lagi 1 almari???nak letak mana pulakla almari tu...
4. damai dan tenang...ntahla kalau duduk kat kampung tu rasa tenang jek (tapi kalau cuma aku, mak n abah yg ada, kalau ada org laen terutama anak2 buah aku huru-hara rumah). Citer sal anak2 buah aku...semalam dorang maen bear aku. bear ni akak aku yang belikan masa convo aritu. dorang cabut baju bear tu. pastu dah puas main baju bear tu ntah mana hilang...bogellah bear aku tu...GERAMNYA!!!tanya sorang2 semua xngaku...rasa cam nak hambat jek sorang2..GERAM seh...sabar jekla!
haish...teringat masa kerja kat Muo dulu...pagi2 abah yang panaskan kereta aku. mak pulak siap2 isikan air dalam botol.pastu bila sampai klinik mesti telepon mak.baju setiap ari mak basuh.setiap ari jugak mak aku gosok...setiap minggu jugak abah basuhkan kereta..sekarang (dotdotdot)...hahaha i am spoil.
apa nak jadi dengan saya ni??? huhuhu.

ikhlas dari hati: ibubapa tetap dihati kampung tetap dirindui...
Wassalam...

Saturday, February 13, 2010

BERKEMAS

Assalamualaikum..

waa..waaa...cuti-cuti,balik kampung muo yang indah!!!
hari jumaat dapat cuti --cuti memantau hospital.Jumaat petang sampai rumah.yang ada di rumah-ayah,ibu,angah,andak (UMT),kak teh (UPM),kak cik & adah.Along berkhidmat untuk pesakit...hahaha (xpe kau da coti seminggu minggu lepas..)
tiada buat apa-apa pun malamnya,tegok game show jepun yang lawak giler tahap tinggi di Utube dengan kak cik & adah sampai pukul 1.00pagi.gelak besar bersama-sama,tapi gelak tak boleh keluarkan suara,kang ibu marah..gelak tahan dalam perut (memang seksa)
tidur ramai-ramai di ruang tamu (rindu suasana sebegini..heee)

Sabtu (13hb2 2010)
lepas solat subuh sambung tidur semula hahaha.
Seawal jam 8.00am ibu sudah mengeluarkan suara bom atom kejut semua bangun awal ajak pergi rumah baru bergotong royong.andak,kak teh & adah memang tidur tak ingat dunia kot.Akhirnya yang pergi ayah,ibu,kak cik & aku.aku & kak cik bangun-bangun tidur terus pergi,tak perlu mandi sebab akan berpeluh semula.Sampai dalam pukul 9.00pagi,mak aih time matahari terpacak..panas!!!.Ibu dan kak cik,aku tugaskan buat kerja dalam rumah (sian ibu nak bagi ibu panas-panas kat luar).Ayah mengambil alih tugas di belakang rumah,sabit lalang sekeliling pokok-pokok besar yang banyak tak ingat.Aku seperti biasa akan mengcangkul di kawasan depan rumah.Mula-mula memang bersemangat bagai nak mencangkul...huhuhu.Lebih kurang 30 minit mengcangkul,rehat sekejap (x tahan panas sebenarnya)..pergi belakang rumah ushya ayah buat kerja..ceh ayah steady lagi.Aku tukar kerja ,cabut rumput belakang rumah pula,sambil-sambil cambut..ayah bercerita...

ayah:budak-budak zaman sekarang ini hidup dah senang,tak biasa nak buat kerja-kerja berat.ayah dulu-dulu hidup susah,cari kayu api buat masak,angkut air 2-3 batu..sebab itu kalau tegok orang-orang tua sekarang masih kaut lagi nak buat kerja-kerja berat sebab meraka dah biasa,pernah lalui zaman susah
aku:hanya mendengar dan cuba membayangkan..ayah time kecil dulu..hehe
ok selesai
Sambung balik mengcangkul di depan rumah.Rasa haus yang amat..(air bekalan dah abis).suruh kak cik pergi rumah jiran sebelah minta air..haha(jiran sebelah adalah adik ibu-pak ndak).Bila penat,pergi rumah pak ndak,tegok arnab dia.Ada 3 ekor,putih gebu & sexy & suci.
Tiba-tiba pak ngah datang (pak ngah ialah abang ibu)..bawa iman anak dia.Usik - usik iman sampai bosan.Sambung kerja balik..sampai pukul 12.30tengahari.Sebelum balik sesi bergambar bersama-sama ayah & kak cik,ibu tak ada sebab pergi rumah pak ndak,jiran sebelah..

Sebelum pulang singgah rumah atok mak sekejap,jenguk atok mak,atok ayah & mak teh(adik ibu)Bersiap untuk pulang,dalam kereta masing-masing layan blues sambil dengar lagu nasyid saujana
sampai rumah,andak,kak teh & adah masih tidur lagi!!!Baju tak basuh,nasi tak masak,air tak masak,rumah tak kemas!! semua ini mengundang kemarahan ibu (padan muka korang..hahahahaha)..

Malam.Semua kecuali angah & along,pergi makan luar di parit beting,nak pergi makan di restoren ala-ala jepun tapi penuh.Pergi ke restoren sebelah.Semuanya sekali harga rm 68.10 (kalu kat kl mahunya sampai beratus-ratus--aku yang belanja mereka-mereka).Paling lawak,suster tertinggal gigi palsu di rumah.Adah pesan pada ibu jangan bukak mulut besar-besar,nanti nampak kegonggakkannya..haha.

*gambar aku upload kemudian*
ok titik
Assalamualaikum
no pain,no gain

Thursday, February 11, 2010

siapa???

salam..
siapa je la yang mengedit2 susunan yang sudah aku dibuat di sebelah ini???

salam

selesai tapi harus memulakan yang baru

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... setelah 3 bulan bertungkus lumus menyiapkan 2 chapters dlm buku 'health and nutrition of cancer survivos' akhirnya tiba la saat menggembirakan dan juga menyedihkan...

menggembirakn sbb aku mmg x sangka aku blh menyiapkannya setelah segala ke'tensionan akibat high expectation dari Dr dan kekurangan pengalaman dalam penyelidikan. sampai satu masa aku nk quick dan terfikir nak tipu Dr aku da dpt keje baru semata2 dah x sanggup untuk writing... hahaha... geram x dengan perangai aku?
tapi bila tiba saat payah tu aku terfikir sampai bila nak mcm ni... asalkan benda susah je nak quick, susah sikit nak bla... ibarat melepaskan batuk di tangga... keje x sudah nak suruh org lain sambung mcm kat Besta dulu... perangai mcm apa ntah aku ni... GNC jg plg best (tetiba).

Dr sangat baik hati rupanya.... dalam aku takut nak jumpa dia face to face tapi sbnrnya dia mmg seorg yg sagt x kedekut... sabar terima segala kelembapan dalam writing chapters nih... berpuluh kali chapter kena reject tapi dia x pernah marah (tegur utk kebaikan adala dan aku sgt menghargainya... terima kasih Dr...sayang Dr. (walaupun aku x pernah tunjukkan sayang aku kat Dr.))

alamak terlajak la pulak...sambung nanti la... nak sambung wat keje nih...

Assalamualaikum

Dialysis

Assalamualaikum..

selasa lepas pergi ke bangi dialysis centre milik hospital ini..sedikit cuak kerana berbulan tak handle kidney pt..buat revision sedikit..fotostat pamphlet..(semua buat pagi sebelum nak pergi sana~last minute..hahaha)
petang lepas zohor,telefon pakcik driver minta hantar ke sana..
Ini kali ke-2 pergi ke sana.1st time pergi kenal-kenal dengan pengurus dialysis-en Sharom..(encik ini memang lawak,asal jumpa dia mesti kami akan gelak besar..muahahahaha)
Sampai-sampai,terus masuk dalam..belum letak beg lagi,tetibe seorang pakcik yang baru selesai buat dialisi datang dan bertanya..

pakcik: awak ni datang sini nak jaul barang apa??
saya :jual barang apa pakcik?? (tanya pakcik tuh balik dengan muka macam tapir yang terpingga-pingga)
pakcik: yelah,awak ini datang sini suka-suka nak jual barang apa??
saya : eh pakcik,saya bukan tukang jual barang lah,saya tukang cakap
pakcik: tukang cakap apa??
saya:tukang cakap pasal makanan lah pakcik
pakcik: oooo...awak tak yah nasihat pakcik..pakcik memang tak boleh ikut..semua benda pakcik
makan
saya: sengih je macam kerang terpingga-pingga

Lepas tuh jumpa en.shahrom..haaa kami gelak besar lagi..(kekadang aku pun tak tahu apa ntah yang lawak sangat smpai nak gelak..ambik hati saja)
Jumpa seorang makcik--dipanggil opah.Opah,71tahun guna kerusi roda,tegok dari fizikal opah edema.

Saya: Opah sehari doktor bagi minum air berapa banyak?
opah:500ml je
saya:opah ikut tak?
opah: ahhh tak ada aku nak ikut..500ml mana cukup anak oii..tekak ni kering ni haaa..
saya: sengih lagi macam kerang..

cerita-cerita dulu nak bagi opah selesa.gelak-gelak sikit.Bila opah dah selesa baru start sesi,tapi hanya beri ingatan yang ringan saja..dalam 15 minit sebab opah mahu pulang (baru habis dialisis)
pastu opah mahu pulag..kami salam-salam.
Saya: Opah jaga diri ye..makan jaga ye..air tak boleh minum banyak-banyak
Opah: baik..

Jumpa pesakit ke-2--pakcik wan fairuz,64tahun.smart orangnya berkemeja...heee
lebih satu jam berborak.macam-macam cerita kami kongsi.Pakcik ini memang bagus,dia ikut semua nasihat doktor..heee

pesakit ke-3--pn azlinda,lecturer.pn ini pun memang suka gelak..hahaha.kami diskus sambil gelak-gelak.pn ini risau sebab Hb makin decrease

Berkemas pulang.Akan jumpa meraka lagi..dan perlu study balik on kidney disease mgm..

ok stop
assalamualaikum
no pain,no gain

Wednesday, February 10, 2010

sakit hati + terharu

assalamualaikum...
sebelum saya menulis dengan lebih lanjut maafkan saya andainya tulisan saya ini beremosi sket....

pagi tadi aku pegi river bamboo nak ambil sales. Alhamdulillah sales and invoice xada masalah. settle satu perkara. tapi yang buat aku bengang bila srg makhluk Allah ni sedap2 jek suruh aku buat hand over kunci sekali lagi...hello berapa kali nak buat handover???tula masa kami buat xdatang then sekarang baru terhegeh-hegeh nak buat sekali lagi...then apa pekdahnya ktorg stay sampai pkl 11.30 mlm semata untuk hand over tu. sebelum ni pun dia buat perangai gak...masa kitorg buat inventory xnak dtg pastu suruh buat semula...kan dah buat 2kali kerja tu. tula senangnya bila org memberi arahan tapi buatnya tidak. kami yang melaksanakannya ni terkedek-kedek. kalau ikutkan hati xnak aku pergi river bamboo tu dah.

yang pihak satu lagi tu pulak bukan nak bagi kerjasama (ko igt compani ko wellknown...well company aku kecik ko dah nak berlagak ker????). aku cuma mintak kunci jek itupun susah sgt ker????mula2 bertemu di parking kereta aku dah dapat baca air muka dia (seolah-olah berkata apa lagi budak ni buat kat sini???) hey aku pun xhinginla nak jumpa kau. kalau bukan org didalam itu yang menyusahkan aku xhingin aku nak jumpa kau.
(tapi depan dorang semua aku layankan jek...dalam hati puas aku menyumpah!)


nasib baik ada kak ju yang baik hati dan memahami bagi aku limau cina hehehe.....sejuk sikit hati + jumpa dengan staff2 aku dulu dapat mengurangkan sakit di hati.(teringat kat zali yang suruh aku angkut printer ari ni jugak tapi petang lepas shif die. saja jek nak menyusahkan shift yang lagi satu hahahaha. act printer tu printer kami tapi kami baik ati bagi drg guna dulu....kami memang baik hati!).

but the end of the day hati terharu bila boss mengucapkan terima kasih sebab invoice dah settle...yela boss dah boss tanya setiap hari, dgn keadaan boss yang kurang sihat risaukan sales river bamboo kenala saya settlekan secepat mungkin supaya boss xsusah hati....huhuhu

Cik Nurul Ain,
Thank you for the effort by you, as assisted by En. Saufi.

hahahaha poyo jek lebih...baru ucapkan terima kasih dah kembang!!!!!
tapi boss aku ni memang baik giler sakit2 pun dtg kerja gak (sanggup stay sampai pkl 11 malam bersama-sama kami masa handover aritu)..dia ni lembut but firm...n xlokek ilmu
cayalah boss

tambahan: kalau nak tau mee tu mengandungi asid borik atau tidak. cuba rendam dalam air kunyit.kalau air kunyit tu bertukar gelap sah mee tu mengandungi asid borik.

wassalam..

air



Salam
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
salam

Tuesday, February 9, 2010

-doakan aku selamat-

Terduduk aku depan laptop ni sebab nk cerita sket pasal kaki aku neh walaupun korang sudah tahu... (hehehe skema plak ayat tapi aku suka..).. Tanggal 26hb aku start training netball bersama kasut sukan yang baru jek aku beli (warna purple g2..hehe).. kasut yg aku pakai sebenarnya xsesuai sangat untuk sukan tapi disebabkan warna yang aku minat (korang paham2 jela warna favorite aku) aku tetap berdegil nak pakai.. tengah suk sedap melompat sana sini tetiba kaki aku sgt. rupa2nya kuku aku dh terangkat ckit.. tapi 2 hari lepas tu aku still main lagi (lepas gian sbb dh lama x men netball) sampai la bengkak..bila sudah bengkak aku jumpa MA tapi sia suruh cabut..,tapi aku refuse..hajat pown suruh aku cabut.. (takut wey nak cabut kuku ni memang xsanggup)..jadi aku buat la alasan xleh cabut lagi sebab 6hb aku ada perlawanan netball..jadi aku ambil keputusan balut dengan minyak gamat tapi alhamdullilah lama2 dah ok sket r.. leh r aku berlawan kat kuantan 6hb baru-baru ni (tapi sayang daerah kami kalah..huhu frust jgak r).. tapi arini sekeliling kuku aku jadi bengkak balik..pas2 aku turun bawah nak balut kaki tp MA suruh aku cabut jugak esok muktamad (suka2 ati jek dia buat keputusan untuk aku nesb bek hensem..hehehe)..jadi bermula dari esok kuku aku akan dicabut (nak amik gambo kuku aku buat kali terakhir tapi xde camera...hanset pown xcanggih g..huhu).. doakan aku yek semoga tak terasa sakit sangat..

satu lagi dah la tetiba jek arini air-cond dalam bilik aku ni rosak..panas betul..nak baiki kena isi borang dan tunggu bajet..korang paham2 je la bajet memang dh berkurangan..so alamaknya terpaksa la aku berpanas sampai sambilan aku abes.. (sedih kan..huhu)


insan yang kesakitan esok,
dayah *_^

potluck party la sangat!!!

Assamualaikum ..

hahaha..wey tak sabor nak jumpa kamu- kamu semua ini!!

macam mana dengan potluck party kita..hahaha
saya cop mahu bawak kek & kuih melayu asli ...


gambo tipoo

Orang lain sila pilih yang lain

p/s : dayah ko bawak kopok leko

ok stop.
assalamualaikum
no pain,no gain

-Pembuka bicara-

wah..wah..wah.. bgus btol ketua geng beg neh..siap buat blog lagi..class g2..hehe

just nak singgah sebentar sahaja sebagai pembuka bicara (hehehe..skema giler ayat tapi ini adalah syarat-syarat daripada bos) dan tidak sempat untuk hamba berlama di sini kerana perlu pergi klinik yang jauh nun di sana..ikutkan hati memang nk tulis panjang.. banyak citer yang nk dikongsi (tapi xleh r nak ngumpat2 kan sebab takut kena saman...hihi)

Monday, February 8, 2010

Siapa GengBeg???

Assalamualaikum...
ehem..ehem...testing...testing
rasa berdebar pulak nak berblog pertama kali ni....hahahaha
sebelum itu kawan2 izinkan saya bercerita bagaimana saya bertemu geng beg...

beratur mengikut ketinggian...
pada suatu hari yang indah 2 julai 2005 (peh masih igt lagi tarikh ini) kaki melangkah ke UPM kolej 12. tengah2 sibuk isi borang kat tepi longkang ada seorang mamat tegur (ntah abg saper..mase tu xkenal lagi) pastu borak2 tapi dah xingat apa yang diboraknya.
berpisah disitu dan aku terus melangkah ke hostel P1. buka saja pintu bilik ternampak mamat tadi tengah tolong punggah barang adik dia...la rupanya adik dia ni satu bilik dengan aku..abang dayah rupanya....panjang jodoh aku dengan dayah ni...dahla satu bilik satu course pula tu...so dalam geng beg ni dayahla orang pertama yang aku kenal.
orang kedua yang aku kenal ialah nabilah. nabilah yang ketuk pintu bilik kami bertanyakan course kami dulu...seorang lagi budak course diet bersebelahan bilik.
orang yang ketiga dan keempat xingat mungkin aku kenal hajat dulu baru sakin hahahaha... sori aku dah amnesia part bertemu korang berdua....geeeeee
dalam empat2 org jelitawan ni cuma hajat jek yang xpernah jadi roommate aku...sakin is roommate yang paling lama..Siapa yang paling best jadi roommate aku????semuanya best (hahahaha jawapan selamat).paling best mestila sakinah sebab dia yang paling lama bertahan dengan perangai saya..mula2 jadi roommate sakinah takut gak maklumlah sakinahkan perempuan melayu terakhir...aku ni lak.....(isilah sendiri) ibarat langit dan bumi
tapi lama2 steady beb macam yang selalu aku cakap dengan sakin kami xserupa tapi serasi hahahahaha
kenangan dengan geng beg yang paling xdapat dilupakan bila persahabatan kami diuji...dah nama ujian mestilah sengsara hehehehehe tapi alhamdulillah persahabatan kami tetap kukuh sehingga hari ini. Insya Allah....

sakin tiada dalam foto
ikhlas dari hati: luv u all and miss u all soooo much.

yang benar: ion comel

abang songkok bIomed & accident

Assalamualaikum semua...

eheheh...ni nak sambung citer si hajat.
abang biomed tu kini sedang sambung masternya or pHD not so sure.
kat bilik postgraduate betul-betul dekat ngan tempat i...haha apa motifnya bercerita kat sini??
~~~ saja je sebab bila terpandangkan abang ni mesti teringatkan budak 4 orang tu yang suka kat dia kan?? eheheh...

ni citer pasal accident pulak~~~

petang tadi dalam pukul 7 gitu adalah kali ke 4 aku terserempak (betul ke bahasa ni) ngan accident yang dasyat... kali ke 4 ok !?!!

dua kali kat jalan umah aku menyebabkan taffic jam yang amat. semuanya adalah sebab manusia tak sabar yang nak potong keta orang lain. akhirnya terbabas nasib bukan dengan bas sebab kalau tak dah lama ko kebas (watever).

kali ketiga kat bangi ~~~ kat traffic light warta. dua keta terlibat. memang jahanam dua-dua keta.

dan kali ke 4 a.k.a pukul 7 malam tadi... tetiba ada satu keta myvi hijau elok je terbalik macam kura-kura yang diterbalikkan kat dalam longkang...dah la kaler hijau sebijik macam kura-kura gergasi..macam mana boleh terbalik ntah.. keta tu sorang-sorang pulak tuh... mesti speeding sampai tak sempat nak brek...

hmmm...moral of the story ---- drive carefully kekawan dan sayangilah nyawa anda...

-nabilah-

Assalamualaikum

Sunday, February 7, 2010

mereka

Bersiar-siar
Kelas KOM,tunggu bas

Kelas BI dengan abang songkok Biomed..auw..auw..


Poster kelas Pn...erkk..tak ingat nama dia



Musim jerebu 2006

Annual Diner 2007


Health Sreening


Aquaria


Gardenia 2007




Health screening



Library fakulti 2006




Sebelum kelas KOM

Yakult

Gardenia 2007
* Kualiti gambar kurang memuaskan sebab dulu tak pakai hp cecanggih..nabilah ada hp canggih,hayon rembat anak buah die punya..
Assalamualaikum
hajat
no pain,no gain

tak ada tajuk

Assalamualaikum..

credit to nabilah & hayon sebab dah lontar sepatah dua kata..
haaa yang lagi 2 tuh mane..mane..mane???

to nabilah--> tak boleh..tak boleh..kena tulis penuh gak..hakhak
to hayon--> mana la kau nak tahu,sebab kau tak penah tanya pun..hahaha

ok stop.


Semalam (sabtu 6hb 2)
Pepagi dah bangun seawal jam 8am semata-mata nak beli nasi kerabu yang pedas amat (T_T) kat mak cik depan rumah.Sarapan seorang diri & tegok katon & layan perasaan
(housemate sume pakat tido sampai esok subuh kot..).Lepas makan naik atas sambung aktiviti tergendala (melantak tido sampai pukul 1..haha)


TV rumah (arie memang dalam kedudukan bawah bukan atas)

Nasi kerabu tanpa kelapa

Pukul 2.30 bergerak ke Nilai 3 teman kawan cari barang kawin dia.Gile rambang mata kat sana,yang kau pulak kalu boleh sume kau nak beli kan!!








Lepas solat asar,masuk kereta & bersiap bertolak pulang.Alih-alih tak jadi sebab kau nak cari reben lah bakul lah.apa lah..bla..bla..#$&%^*>@! (eihh aku penat layan kerenah kau lah..)
tapi kesian & turutkan saja nafsu membeli kau.Pukul 7 bertolak pulang & solat di hentian Nilai.

Perjalanan pulang ada xcdent pula.pergerakkan kereta amat perlahan.Perut kami sudah mengutarakan lagu keroncong M.Nasir.

Tapi kau buat hal lagi,ajak pergi Mydin Putrajaya pula nak beli sampul hadiah.Beli satu gulung tak beragak--harga rm39.oo
(stok untuk 2-3 tahun akan datang).

Selesai semua bertolak ke Serdang,makan kat kedai area padang.

Balik rumah.Mandi.Solat Isya.Tegok TV.Beradu

Ahad (7hb 2)
Hari ini duduk rumah saja,semalam sudah berjalan bersungguh-sungguh bagai...
Niat mahu pergi gym (sebab dah 2 hari tak pergi) tapi hasutan syaiton sangat rakus & kecundang (mesti kau banggakan syaitonn!!)..hanya buat belly dance di bilik..hahaha.

Ok titik.
Assalamualaikum..
no pain,no gain

aLamakk....

Salam....

post 'hang out' tu sy yg wat (saya yg bernama nabilah). mula2 ingatkan nak tls bnda lain alih2 tertulis bnda lain pulak sbb kakakku srh cepat nak ke kota dmnsara...

hajat, camana ni...ku x dpt menahan diri utk tidak menulis shot form... harap dpt diterima ye..

~~nabilah~~

Saturday, February 6, 2010

TERKEJUT...

Assalamualaikum....
first of all...terkejut sejak bila hajat ada blog ni???
second....kenapa nama kami terlibat sama...hahaha terharu + bangga geng beg ada blog sendiri
syabas mere bete....
lastly...gudluck tu all of us and may Allah bless us...Insya Allah...

p/s: kawan-kawan jgn lupa signature diri kamu sebab nanti xtau siapa yang tulis...heeeeeee

yang benar saya nurulain a.k.a ion....

hang oUt

Assalamualaikum kekawan beg...

rindu kamu sumer...

waaaa.... bagus hajat...

salah satu cara untuk keep track ngan kamu-kamu(terpaksa wat dash sebab hajat tak kasi guna short form) sumer....

ok la...mau ke koTa... babai...

Assalamualaikum...

Perasmian

gambar di atas tak ada kaitan dengan tajuk..haha



Assalamualaikum


Pertama sekali izinkan saya gelak besar dulu


hahahahhahahahahahah..muahahhahahaha..kahkahkah..stop mengarut lah giler !!!.ok.


Saya kembali berblog setelah berkurun abad..berspora dah kot..tidak menulis.


Sewaktu zaman matrikulasi saya ada blog milik saya sendiri
(ayat skeama karangan BM) ,lepas masuk U terus abaikan dan akibatnya tak ingat password dah..hahahaha


Perbualan dengan kawan-kawan matrik:

  • kawan-kawan matrik: weh hajat,update la blog ko,bersawang da weh!!

  • saya: ahhh...ada aku kisah??muahahhaha

Sejak dari peristiwa itu blog itu terus dilupakan..biarkan..biarkan!!!saya redha dengan ketentuan ini (kau jangan nak start mengarut !!.ok.)


Dan sekarang saya kembali berblog semula..heeee (cet podah!! perasan macam ada orang tertunggu-tunggu kemunculan aku saje...haha).

Kenapa saya mahu berblog semula???

  • Ini adalah permintaan hati saya & ibu saya tak ada kene mengena dalam hal (haha..tak masal je melibatkan suster pulak..)

  • Salah satu cara melepaskan tension ( oii pergi ngaji Quran lah lepaskan tension) kerana kerja semakin bertambah..dan bertambah..terus bertambah..tapi gaji bila nak bertambah boss?? (keje bio ikhlas ahh..)

  • Saya mahu mengajak 4 orang budak itu coretkan sama kisah mereka di sini.siapakah budak 4 orang tuh??? alah,budak ituuu..budak bangla tuh ahh..haha (jangan marah dengan aku)

  • Saya mahu berlatih menulis,sebab boss selalu beri assignment suruh tulis artikel (ko buli aku bertubi-tubi yek boss..nanti kau!!)

Tapi kali ini,saya membawa kelainan..achey..,saya menjemput 4 orang geng beg untuk turut sama menlontarkan tulisan mereka di sini..kira macam kita kongsi diari bersama lah (macam poyo pun ade kan aku ni..haha).Ahh..tak apa saja,at least kita boleh terus berhubung di sini..lagi pun aku kan selalu "jimat" kredit nak sms korang semua..haha


Syarat-syarat menulis:

  1. Pastikan menulis dengan menggunakan perkataan yang penuh,tiada short form--bersama martabatkan bahasa Melayu,kita kan golongan professional =)

  2. Ejaan perkataan yang tidak mengikut ejaan sepeti di dalam kamus perlu menggunakan warna biru tua ,tak pun ikut suka hati korang lah..haha

  3. Mestilah dalam bahasa yang difahmi (hayon kalu ko nak tulis dalam bahase jawa pun tak apa..tapi pastikan kite orang faham..hayon gak yang kena..haha)

  4. Di mulakan dan di akhiri dengan salam (memberi salam itu kan ibadah..heee)

  5. Bebas untuk bercerita apa sahaja selagi tidak melampui batas-batas Islam (dayah ..tolong jangan bawak unsur 18sx kat sini..hahaha)..

  6. Sekian.Harap maklum

Most Wanted Criminals..lalalala



1.Nurul Hidayah a.k.a sally 2.Nabilah a.k.a bella 3.Nurulain a.k.a hayon 4 Siti Sakinah a.k.a cikin



Assalamualaikum..

No pain,No gain