Pages

Tuesday, July 20, 2010

Saya stress sampai jatuh sakit. Forgiveness is the best remedy

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2 semua? Harap2 kamu semua sihat belaka...Aku??? Beransur pulih dari virus selsema...Alhamdulillah cuma selsema dan pening kepala sahaja tidak sehingga menyebabkan suhu badan meningkat. Ye kengkawan minggu lepas saya sangat stress bukan sekadar bebanan kerja tapi hal2 lain juga..ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga..huhuhu (bunyi cam serius giler...inilah akibat kalau selalu fikir negatif).

Alhamdulillah juga kerana tekanan kerja semakin dapat di atasi...tekanan lain juga sudah dapat diatasi. Tapi pengalaman itu mengajar saya bagaimana harus menghargai diri sendiri. Tengok sekarang ni orang lain yang bagi masalah kat aku, aku pulak yang jatuh sakit. Orang2 yang beri masalah itu elok jek..bahagia dengan hidup mereka harapnya. Oleh itu, hargai diri sendiri, mereka yang menyusahkan mengapa kita yang perlu menanggungnya. Tapi bila kita sakit hati mesti kita nak orang tu pun rasa sakit hati macam mana kita rasa kan. Bila fikir2 balik, untuk apa suruh orang rasa apa yang kita rasa, orang tu pun xtau macammana kita rasa, aku pun xtau macammana dia rasa sebenarnya...(apa ayat aku neh... senang cerita kalau aku kata air tu manis, sama ker manis yang aku rasa dengan korang rasa? kita xtaukan rasa manis kau macammana rasa manis aku macam mana...hahaha...apa kau merepek ni labuuuu..)

Kemaafan itu adalah ubat untuk sakit hati (pada pendapat akulah). Maafkanlah mereka yang menyusahkan aku kerana itu lebih baik daripada asyik fikir sakit hati last2 kerja xjalan badan pulak sakit. Memang susah untuk melupakan tapi kalau asyik dok fikir memang kerja xjalan...habuk pun tarak. Tetiba teringat kawan aku tegur kat chat gmail kerana status aku forgiveness is the best remedy, kalau demam nak maafkan siapa? hahaha. Kalau demam maafkanlah virus yang menyerang tu....dan sekarang saya maafkan virus yang menyebabkan saya selsema....akakaka

Tinggal esok jek sebelum aku bercuti panjang...yeaaaaa...mula2 memang rasa xnak pergi bercuti memandangkan terlalu lama 10 hari, nak ganti cuti memang xlarat tapi sekarang ada aku kesah. Cuti...cuti...cuti...hahahaha. Okay kengkawan saya mahu pergi bercuti!!!!

p/s : kami di dapur ini semua diserang virus demam dan selsema...tukang masak aku dua2 dah collapse...sapa nak masak esok??? asal aku nak bersuka ria jek mesti ada hal yang berlaku tapi xapa sebab masa cuti xada apa yang perlu difikirkan mengenai kejo...yeah!

oh ye ada orang yang ambik tempat parking saya tapi kereta dia dah kena claim...akakaka...padan muka. 5 hari ko dok kat situ, aku yang menderita nak cari parking...ain maafkanlah dia...akakaka

aku berjaya key in resepi kat halal application sebelum bercuti...ingatkan xsempat...Alhamudillah

nak buat tandatangan seperti dayah tapi belum berkesempatan...

No comments: