Pages

Thursday, July 22, 2010

Takziah Sahabatku..

Salam kawan2....smga sentiasa dalam limpahan kasih sayang dan rahmat Allah..

Seronok aku dengar hayon nk bercuti..tetiba aku pown teringin nk bercuti tmpat yg cantik2 n mendamaikan bersama famly..dah lama simpan angan2 cam 2 tp belom ade rezki lagi kot.. xpe dayah peluang itu akn datang satu hari nanti..percayalah!!! (saje jek nk pujuk ati).. kepada hayon selamat bercuti yek smga ketensionan n kebebanan kerja leh hilang jap...hajat aku rase ko pown patut amik cuti panjang g honeymoon ngn cikgu...tinggalkan raman sorang2...hehehe
p/s: nnt jangan lupa bawak balik ole2...ekekeke

Semalam aku dapat berita ayah kepada kawan bek aku time kat SMAASza dulu meninggal dunia semalam akibat penyakit DM, CKD...seday n terkejut aku dengar..tadi aku kol die tp xtau macam nak cakap untuk pujuk kesedihan die yang hanya aku mampu cakap takziah di atas kehilangan ayahmu..'sori kawan aku tak reti nak pujuk orang'..(ishhh tetiba rasa cam xberguna jek)..walaubagaimanapun aku doakan semoga roh ayahmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Ameen..Jadi marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah......


Yang menyayangi kamu semua,



Tuesday, July 20, 2010

Saya stress sampai jatuh sakit. Forgiveness is the best remedy

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2 semua? Harap2 kamu semua sihat belaka...Aku??? Beransur pulih dari virus selsema...Alhamdulillah cuma selsema dan pening kepala sahaja tidak sehingga menyebabkan suhu badan meningkat. Ye kengkawan minggu lepas saya sangat stress bukan sekadar bebanan kerja tapi hal2 lain juga..ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga..huhuhu (bunyi cam serius giler...inilah akibat kalau selalu fikir negatif).

Alhamdulillah juga kerana tekanan kerja semakin dapat di atasi...tekanan lain juga sudah dapat diatasi. Tapi pengalaman itu mengajar saya bagaimana harus menghargai diri sendiri. Tengok sekarang ni orang lain yang bagi masalah kat aku, aku pulak yang jatuh sakit. Orang2 yang beri masalah itu elok jek..bahagia dengan hidup mereka harapnya. Oleh itu, hargai diri sendiri, mereka yang menyusahkan mengapa kita yang perlu menanggungnya. Tapi bila kita sakit hati mesti kita nak orang tu pun rasa sakit hati macam mana kita rasa kan. Bila fikir2 balik, untuk apa suruh orang rasa apa yang kita rasa, orang tu pun xtau macammana kita rasa, aku pun xtau macammana dia rasa sebenarnya...(apa ayat aku neh... senang cerita kalau aku kata air tu manis, sama ker manis yang aku rasa dengan korang rasa? kita xtaukan rasa manis kau macammana rasa manis aku macam mana...hahaha...apa kau merepek ni labuuuu..)

Kemaafan itu adalah ubat untuk sakit hati (pada pendapat akulah). Maafkanlah mereka yang menyusahkan aku kerana itu lebih baik daripada asyik fikir sakit hati last2 kerja xjalan badan pulak sakit. Memang susah untuk melupakan tapi kalau asyik dok fikir memang kerja xjalan...habuk pun tarak. Tetiba teringat kawan aku tegur kat chat gmail kerana status aku forgiveness is the best remedy, kalau demam nak maafkan siapa? hahaha. Kalau demam maafkanlah virus yang menyerang tu....dan sekarang saya maafkan virus yang menyebabkan saya selsema....akakaka

Tinggal esok jek sebelum aku bercuti panjang...yeaaaaa...mula2 memang rasa xnak pergi bercuti memandangkan terlalu lama 10 hari, nak ganti cuti memang xlarat tapi sekarang ada aku kesah. Cuti...cuti...cuti...hahahaha. Okay kengkawan saya mahu pergi bercuti!!!!

p/s : kami di dapur ini semua diserang virus demam dan selsema...tukang masak aku dua2 dah collapse...sapa nak masak esok??? asal aku nak bersuka ria jek mesti ada hal yang berlaku tapi xapa sebab masa cuti xada apa yang perlu difikirkan mengenai kejo...yeah!

oh ye ada orang yang ambik tempat parking saya tapi kereta dia dah kena claim...akakaka...padan muka. 5 hari ko dok kat situ, aku yang menderita nak cari parking...ain maafkanlah dia...akakaka

aku berjaya key in resepi kat halal application sebelum bercuti...ingatkan xsempat...Alhamudillah

nak buat tandatangan seperti dayah tapi belum berkesempatan...

Monday, July 19, 2010

cubaan..

arini aku muncul kembali...kemunculan aku adalah untuk mencuba tandatangan baru.. xtau r jadi ke tidak..nanti korang pown buat la satu signature untuk korang sendiri.. untuk permulaan ni biar aku yg try dulu....arap2 menjadi la...huhu..setelah byk percubaan aku pilih style camni..kuikuikui


Thursday, July 15, 2010

realiti

Assalamualaikum

6.45am

Sebelum pergi kerja

Aku: kenapa kamu tiba-tiba sembur pewangi rumah ni

Kekasih: saya nak bagi rumah bau wangi sebelum kita pergi kerja

Aku: aikk sebelum ni tak pernah pun kamu buat

Kekasih:sengih

Aku: eeee Kamu kentot aaaa…busuk gilerrr…

Kekasih: tak sengaja ..sengih

7.05am

Dalam perjalanan pergi kerja

Aku: eh sori ek..hehe

Kekasih: takpe bini saya jugak..

Tangan sambil menekan butang pembuka tingkap kereta

Aku: tak boleh nak tahan aaa

Kekasih:senyum kelat…



Assalamualaikum

no pain,no gain

Tips untuk mengurangkan tekanan

Assalamualaikum...

Mahu berkongsi tip-tip untuk mengurangkan (mengurangkan ye bukan menghilangkan) tekanan...

1. Jangan buka email di pagi-pagi hari...maksudnya sampai2 opis jangan terus check email.
2. Kalau boleh masuk lewat ke tempat kerja...jangan semangat sangat pergi kerja awal2 pagi
3. Kalau boleh jangan keluar langsung dari opis dan bersua muka dengan staff di luar
4. Jangan ambil tahu masalah dalaman staff

Okay...itu saja sekian terima kasih.

p/s: kepala masih sakit dari semalam seperti mahu tinggalkan kepala ini buat sementara....

Monday, July 12, 2010

Kebetulan...

Assalamualaikum...

Orang selalu kata kalau tersedak semasa makan...mesti ada orang tengah sebut nama kita...

Semalam tengah aku makan buah oren tetiba tersedak bagai...xlama lepas tu staf aku telefon bertanyakan pasal muffin untuk minum petang. Sah lah mereka yang menyebut nama aku semasa makan buah oren kat rumah...xsangka betul rupanya kata orang...ngehngehngeh

hoi ini pun nak cerita ker????hahaha

p/s: banyak betul kebetulan berlaku sejak kebelakangan ini....

Friday, July 9, 2010

IMAM MUDA (IM)

Assalamualaikum...

apa khabar sahabat semua?

Semalam 8 julai 2010,aku diberi tugas untuk berkongsi tips pemakanan bersama imam muda
Berita ini di khabarkan lewat isnin 5 julai,time ni aku ambil cuti selama 2 hari (isnin & selasa) kerana menghantar adik ipar,Hasmiah ke UUM,so aku yang memang sedia kelam kabut ini lagi menjadi lagi kelam kelibut
pada mulanya pengarah progam memberi kebebasan untuk aku untuk memilih tajuk sendiri,so aku memilih tajuk food boost ur immune system..seboleh-bolehnya aku tidak mahu menyentuh cara makan dalam islam,kerana imam-imam muda lebih arif bab-bab ni..
tetiba,hari khamis,pengarah progam IM sms dan minta buat tajuk 'diet untuk minda'..plak dah.time ni kebaranan mula terserlah..power point food boost ur immune system semakin siap..dan aku berkeras mahu tajuk aku sendiri..hahaha..pengarah IM pun reply yang bunyinya macam ni
Pengarah IM:belasah je,kiteorang nak supaya IM ni tak macam imam2 kat luar sana,ramai yang gemuk2
Aku: haha.ok2,kalu gitu saya bagi talk yang merangkumi semua aspek

So aku pun mengesearch slide presentation online..dan dapat 'brain foods" hak milik kekal seorang dietitian dari Canada..(maaf aku bukan saje2 nak guna slide presentatian kau,tapi aku terdesak)

So last minit,aku decide akan gabungkan kedua-dua tajuk presentation..hehe
Sesi talk ini dibuat di AMPAC (http://www.ampac-academy.com/) AMPAC ini branch azzahrah tapi ianya bukan hospital.AMPAC ini satu pusat motivasi mendidik budak2 berani bercakap,berpidato,akido..bla..bla
Tibalah kedatanagan imam-imam ni,dan bermula sesi aku selepas sesi temu bual mereka bersama en.rahman,en. shah (pengurus AMPAC),en.bad (pakar motivasi) selesai.
Aku selagi tak start sesi selagi tuh gelabah,alhamdulillah bila sesi bermula...sumanya berjalan lancar tapi masalahnya rumah aku tak ada astro dan aku tak mengikuti show ni,nama dieorang pun aku tak tahu..hahaha. Sepanjang sesi aku bantai panggil dieorang suma adik..padahal ada je yang lebih tua

Sepanjang sesi ni,slide presentation langsung tak digunakan,sempat terang 1st page sahaja.Meraka banyak tanya..mula-mula imam-imam saja banyak bertanya,sekali dengan makmum-mukmum (pengarah,photographer,orang belakang tabir,tukang rekord ) duduk sama join,dari 30 minit jadi 1 jam,dari 1 jam dari 1 jam 30 minit...kami diskus tentang soalan2 berkaitan pemakanan dan kesihatan.yang lawaknya bab-bab hubungan suami isteri pun kami diskus..haha

Secara keseluruhannya,ok alhamdulillah, pengalaman baru. Sebelum berakhir,sempat aku berkata2 pada mereka
kami sebagai dietitian kami juga manusia,kadang2 kami terlajak juga makan..tapi aku bukan kadang2 --- selalu2--
seorang imam muda sempat berkata2 sebelum sesi tamat-kak hajar nak nu tepon?

lepas habis sesi,kami bergambar bersama dan makan tengahari bersama di Nuin (restoren adik en.rahman).time makan ni paling aku malas,asik kene perli je dengan IM
IM :hai kak,sikit je makan..betul2 dietitian berjaya ni
dalam hati: eh depan korang kene la kontrol,hanya kekasih aku saja tahu cara aku makan..hahaha


Semoga berjaya pada kalian semua,jangan lupa diri apabila da berjaya.lagik2 glamor kan..ingatla semula tujaan asal anda terpilih dalam rancangan ini.Kita manusia memang tak sempurna,tapi belajar dan usahalah untuk jadi sesempurna yang mampu.



Assalamualaikum
no pain no gain

Thursday, July 8, 2010

11.11 am di UniSZA

11.11 am..org kata bila kita tgk jam n angka jam menunjuk angka yang sama menandakan ada org rindukan kita..tapi aku tidak tahu sejauh manakah kebenaran di sebalik kedongengan dan kemitosan tersebut..tapi apa yang aku pasti korang mesti rindukan kemunculan aku di blog neh kan..ekekekekeke... (jangan muntah hijau yek kawan2)

WAAAAAAAAaAAhhhhhhhhHHH.....rindu aku nk berblog semula..Sori la kawan-kawanku dh lama xpost entry baru almaklum la bekerja ditempat baru menuntut aku untuk bekerja keras sebab aku dah x ingat ape2 pasal lab... semuanya term2 n alat yg canggih manggih (takut aku tengok alat2 d sini) aku kena belajar..kalu time lab mase student2 dulu kita just buat simple exprmt n yg just guna alat2 kecik jek mcm pipette, burette n flask (xkan korang dah lupe kot name2 yg comey neh..) n then kalau time lab dulu banyak main n amik gambo jek dari buat keje terutamanya ion..hahaha...tp bila jek sampai cni aku kena blajo pasal alat HPL-C, gas chromatgography (GC) n Atomic Absorption Spectrometry (AAS) - kalau korang nk tahu lebih lanjut menatang apakah ini sila search kat google sendiri yek...hahahaha..

tp seronok jgak keje lam lab neh.. semlam aku tgk alat utk check kandungan fat, protein n fiber..agak canggih r alat tuh nnt aku amik gambo tunjuk kat korang ek.. (tp lambat la sket sbb hanset aku 'canggih' sgt) ye r sebagai dietitian kita kena la kenal jgak alat untuk cek benda alah tuh..baru best n b'cerita.. kalau kt cni mmg kena pandai bwk diri n berdikari r sebab staff xramai.. so kalau nk blajo ape2 kena rajin2 tanye org n buat appoinment sendiri (mula2 segan jugak tapi dah terdesak terpaksa r buat selamba)

okey la kawan-kawan, aku nak g dating ngn En Tajul jap nk blajo AAS..

Salam Ukhuwah,
Hidayah =)

Wednesday, July 7, 2010

Sahabatku masuk TV.

Assalamualaikum...

Selamat berjaya sayangku Hajat. Esok kamu pasti boleh!

Wah sahabatku ini masuk TV. Popularlah Dietitian Pn Siti Hajar selepas ini. Hajat jangan lupa sampaikan salamku pada imam-imam muda itu nanti ye...kalau ada di antara mereka yang sedang mencari teman hidup, silalah masuk meminang saya...hahaha...Hajat kau ada nombor telefon akukan, sila simpan dengan baik (kalau boleh hafal lagi bagus). Ah, gatal pula badanku ini...

Jangan lupa dapatkan waktu siaran episod Imam Muda tu ok. Nanti beritahu kami sebab aku mahu menonton kemunculan kau di kaca TV.

Hajat, aku tumpang bangga dengan kau!

Wassalam...

Tuesday, July 6, 2010

Muhasabah diri....

Assalamualaikum...

Nak update blog tapi xtau nak update apa....
nak cerita pasal kehidupan...oh sungguh membosankan
nak cerita pasal kerjaya...oh sungguh memualkan

Hmmm...mengeluh? Kenapa?
Saya juga tidak tahu mengapa...
Mungkin saya terlalu selesa sebelum ini
Menjadikan diri saya tersentak dengan cabaran yang melanda

Mungkin ini peringatan Allah atas kelalaian saya selama ini
Terima kasih Ya Allah...Engkau tidak pernah lupa akan hambamu ini
Tapi hambamu ini sering melupakanMU...
Engkau tidak pernah jemu mengingatkan aku yang sering lupa ini...

Jika kesulitan hidup itu yang membuatkan aku dekat padaMu
Aku rela....

Wassalam

Thursday, July 1, 2010

JELIK

Aku akan bertahan di sini selagi mana aku mampu

Aku akan kuat di sini selagi mana aku kuat

Aku akan bersabar di sini selagi mana aku bersabar

Andainya semua itu hanya mimpi,aku akan menyerah dan pergi dari sini

Kadang kala aku bertahan kerana kasihan

Kadang kala aku kuat kerana kasihan

Kadang kala aku bersabar kerana kasihan

Tapi seberapa ramai mana manusia yang akan mengerti pengorbanan dan perjuangan ???

Celikkan mata,buka pikiran seluas mana,lopongkan telinga

Itu lah lumrah , itulah hakikat kehidupan

Siapakah aku untuk mampu mengubah manusia??

Siapakah aku untuk mampu membawa perubahan??

....

....

....

....

....

....

....

....

....

jelik !!!