Pages

Wednesday, December 1, 2010

4 adik perempuan





Assalamualaikum

Aku ada 4 orang adik perempaun.Semua makin membesar dah sekarang,jadi anak dara da..tak lama lagi ade je yang jadi mak dara nanti..huahua..mesti ibu suke!!


sebelum pulang ke u

Siti Sarah a.k.a andak

Andak ni bawah aku je,nombor 4.Beza umur kiteorang setahun je.Masa kecik kami memang rapat tapi yang tak puas hatinya kalu gaduh mesti aku yang kena sesah(bantai) dulu.Andak orangnya baik,lembut je,nak degar die keluarkan perkataan yang buruk even cakap bodoh pun susah,kire macam stok ustazah2 la ni.Kami membesar bersama-sama sekolah tadika sama-sama,sekolah menengah pun sama-sama.Kat sekolah menengah dulu andak baik,aku memang gangster ,mesti andak malu sebab satu sekolah dengan aku.Muke kiteorang memang sama,selalu budak2 kelas aku keliru.Bila aku masuk matrikulasi perak,kami terpisah,tinggal la andak, taun tuh andak ambik SPM.Sekarang andak da beso,da 23 tahun.Dah ada pendirian dan matlamat sendiri,bagus.dah tahu apa yang dicapai dalam hidup ni.Aku doakan andak cepat2 dapat sambung master ko dalam fizik tapi ko x yah la buat jejauh buat je kat ukm ke upm,nanti ko boleh selalu tolong kemas umah aku.



kat umah sedara ibu kat semenyih

Siti Sajidah a.k.a kak teh

Kak teh anak nombor 5,beza umar kiteorng 4 tahun,so sekarang kak teh umur 20 tahun.Kak teh sekarang ambek veterinar kat upm nak masuk tahun 2 da.Ingat lagik masa cek keputusan upu,bila kak teh tahu die dapat kos vet,terus air mata die meleleh.kak teh cakap lebih kurang macam gini lah “aku tak nak kos ni,suruh ibu yang belajo kos ni” dalam syahdu2 tuh,aku tergelak2 dego kak teh cakap macam tuh.Sekarang banyak kak teh dah berubah bile ambik kos vet,kalu dulu takut giler kat kucing,sekarang da tak takut.Lagi advance sekarang dah pandai kawan dengan lembu,kerbau,kambing,babi.Dah pandai nak jinakkan arnab cik jah(mak sedara kiteorang) bile mak arnab tuh protes tak nak susukan anak die.dan pandai gosok gigi kude.Cume kak teh perahsia sikit,selalu kalu nak buat apa2 selalu diam2 je sampai aku curi nu hp rumet die dari hp die untuk aku tahu aktiviti kak teh.Tapi aku negok kak teh makin lama makin kecik sebab kak teh tak makan masakan mamak,maklumlah caterer kolej 17 kan mamak.banyak kali aku da beritahu,caterter je mamak tapi yang masak bukan mamak.Memandangkan kak teh paling dekat tinggal dengan aku,aku di pertanggungjawabkan oleh ayah untuk jaga kak teh.Aku doakan kak teh menjadi doc hewan yang beriman dan berjaya



masa fogging kat umah lama

Siti Zakirah a.k.a kak chik

Kak chik anak nombor 6,beza umur kiteorang 7 tahun,so sekarang kak chik umur 17 tahun.Tahun ni kak chik ambek SPM,semoga kak chik berjaya.Bila balik kampong,kekasih aku akan ngajo kak chik subjek kimia,add math.Kekadang sian negok asek belajo dari pagi ke malam tapi itulah adat dalam keluarga kami,sapa2 yang exam taun tuh,peh mesti ari2 akan dego ayat “pergi studylah”.Kak chik lah adek aku yang paling pendiam,orangnya tak banyak cakap.Jadi bile nak dego kak chik bercerita,kenalah aku stat dulu berbanding dengan andak dan kak teh memang banyak beno ceritenya.Bila ada masa,aku selalu ingatkan/nasihatkan kak chik kenapa orang perempuan kena ada ilmu,kena ada kerja yang bagus2.Kak chik ni paling rapat dengan ayah,setiap hari sampai la dah beso sekrang ni selalu kena cium dengan ayah,mungkin sebab ayah pon anak nombor 6 sama dengan kak chik kot,entah hanya ramalan.Dulu masa ada akak2 die kat umah memang sume keje2 umah kak chik terlepas,tapi bile along,aku, andak dan kak teh kuar umah pergi sambung belajar,kak chik ambik alih tugas2 rumah,dielah basuh kain,dielah sapu sampah,dielah berus bilik air..sume dielah.Perubahan yang memberangsangkan.Aku doakan cita-cita kak chik nak jadi pensyarah tercapai



masa ini adah kena cangkul lalang,rumput - gotong royong kemas rumah baru

Siti Adawiyah a.k.a adah

Adah anak nombor 7,beza umur kiteorang 10 tahun,so sekarang adah umur 14 tahun. Masa ibu lahirkan adah aku diseludup masuk melalui tingkap ke bilik tidur ibu masa kat sepital muo,aku tido semalam dengan ibu kat wad,sebaik ada 1 katil kosong.Masa tu,aku ditugaskan untuk jaga ibu lepas ibu bersalin kat wad,sapukan ibu minyak angin,urut2 ibu,pakaikan ibu stokin,tolong jaga adah masa ibu pergi mandi kat wad.Sekarang tup tup besar da budak ni,adah ni garang sikit mungkin ikut perangai aku la kot.Tapi adah sayang akak2 die,tuh yang akak2 die selalu suruh adah ambikkan tuh ambikkn ni, adah patuh je walaupun marah2.Kalu aku suruh, adah tak buat,aku akan ungkit balik yang aku jaga die masa die baby dulu.Masa belajar kat UPM dulu,bila cuti semester aku suka ngajo adah pepaling time tuh adah nak UPSR.Kiteorang pergi kedai buku sama-sama dengan cilok naik motor ayah (mestilah aku yang bawak motor tuh bonceng si adah) cari buku sama-sama,pastu balik umah aku ngajo adah dengan duduk sebelah adah ngajo satu persatu (aku ngajo subjek sains dan math je la),kekadang bila da ajor tak faham-faham ee rasa macam nak tampo2 je,tapi tak tampolah kang ayah pulak tampo aku,penat memang penat tapi bile tegok adah berjaya dalam UPSR ,ilang sume tuh.Adah memang selalu pau duit akak2 die termasuk aku,dari pergi kedai buku nak beli 1 buku je terpaksa beli 2-3 buah buku.Tapi adalah sekali tuh,aku,andak,kak teh dan adah pergi kedai buku (along masa ni tak dapat cuti,kak chik, ibu tak bagi ikut,dok umah study),adah teringin nak beli buku keluaran PTS kisah pasal sejarahwan islam,time tuh aku,andak dan kak teh memang duit tak cukup,jadi terpaksalah adah gune duit die yang die bawak senyap2 ,berlipat2 duit tuh die simpan dalam kocek seluar die tapi sebenarnya duit cukup je cume tak bagi adah beli lagi,lebih kurang rm200++ beli buku hari tuh.Aku doakan cite-cite adah nak jadi doctor macam along tercapai tapi ko kenalah rajin dari sekarang adah.


*Aku sayangkan ayah,ibu,along,angah,andak,kak teh,kak chik,adah,kekasihku dan anak yang aku sedang kandungkan ini..semoga kami sentiasa bersama dan bahagia.Ameen


Assalamualaikum


no pain,no gain

Thursday, November 4, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

P/S: Tahniah buat Puan Siti Hajar n Encik Kasman...jaga diri leklok yek makcik..=)

Wednesday, October 20, 2010

Bebas sudah...

Assalamualaikum...

Sedang bersuka ria di rumah...seronoknya!!! Tapi bosan gak sampai dah tak tau nak buat apa. Huhu. Semua sedia maklum aku dah berhenti kerja secara rasmi 16hb Oktober. Tak sanggup nak tunggu sehingga hujung bulan. Sangat penat!

Sedih sebenarnya bila tinggalkan staf-staf semua. Aku cuma mampu berharap mereka tabah menghadapi rintangan. Kadang-kadang rasa kejam giler tinggalkan staf aku macam tu saja. Tapi lagi lama bertahan boleh sakit mental!

Sekarang rasa seperti nak sesuatu yang aku suka sebab aku dah penat jaga dapur. Nak belajar photographing ker, buat cake ke, menjahit ke atau pun jadi tuition teacher. Macam seronok jek...

Petang ni nak pergi Alamanda nak cari cd maher zain. Mari layan maher zain

Thursday, October 14, 2010

SeLamAT MenYAmbut UlanG TahUN KElahiRAn AIN a.k.a ION!!!

selamat hari lahir ion!!! semoga ko senyum sokmo cam gambar kat bawah neh


dan kek yg cute neh special tuk ko (froggy cake.)

and (cikin cake utk cik sakin kita..sori lambat yek kek t'tggal flight..huhu)


Pesanan penaja: kek ini hanya boleh ditatap dan tidak boleh dimakan...
LEMAK n GULA BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN KEGEMUKAN...^_^



and last skali, pesanan dari aku

ko kan COOL...(kurangkan kesedihan n hepi sokmo)

Wednesday, October 13, 2010

~KISAH LELAKI EGO~

Ni saje jek aku copy paste citer2 neh utk isi masa terluang korang..kl bosan2 nanti baca lerr.. MEMBACA BUDAYA KITA...sahut seruan kerajaan..(xmasal2..ehehehe)

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Moral of the story: Hargailah mereka yg berada di sekeliling kita (dok kira la kawan, family or parent), sayangai mereka sebelum kita kehilangan mereka..huhu

Wednesday, October 6, 2010

HAppy BiRthDay Sakin!!!

Tapi aku nak sponge cake mak sakin....sedapppppp!!!
HAPPY BIRTHDAY SAKIN! Pastinya birthday kali ini lebih bermaknakan....hehe


Tuesday, October 5, 2010

TAK NAK MEROKOK!!!!


ROKOK, PEROKOK, MEROKOK????

Geramnyaaaaa aku mendengar perkataan tuh..ntah kenapa mmg aku tak suka bau rokok neh..rimas..busuk..memeningkan kepala aku jek..n macam-macam lagi la yg negatif..hahaha terlebih emosi sudah..

Yang paling aku xsuka bila bercakap ngn org yg baru sudah merokok..mak aaaiiihhh korang paham2 je la kan bau cam neh..kalah bau *@%&*.. sebenarnya sume org tahu akibat or kesan merokok neh (lam tv, majalah, suratkabo sumenya la citer pasal keburukan merokok neh) tp kenapa yek masih ramai yg x sedar diri n yang paling menyedihkan bila makin bertambah golongan perokok neh especially remaja..(Ya Allah jauhkan lah aku, keluargaku, keturunanku n sahabat2ku daripada terjebak dalam kegiatan ini..ameen)...

INFO; Apakah sebenarnya hukum merokok?Dulu dengarnya makruh, sekarang haram pula, kenapa?


HUKUM; Haram tanpa keraguan mengikut ulama' kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama' terdahulu ketika menghukumkannya makruh.

DALIL; "Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk" (Surah al-A'raf 7 : 157)

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan....."

(Surah al-Baqarah : 195)

Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana dan dipercayai, merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.

"Dan janganlah kmu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau"

(Surah al-Isra' : 26-27)

Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.

Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya, katanya: "Harun bin Abdullah menceritakan kepada kami, katanya, Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, katanya, Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Rasullullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji." (Hadis Sahih)

Ubat yang keji pun syarak melarangnya apatah lagi mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.

PESANAN; Buat penjual rokok, ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tidak berkat ialah kerana menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua jika ia boleh menghancurkan anak bangsa.

Buat perokok, berusahalah sehabis daya untuk berhenti merokok. Merokok itu kehinaan kerana itulah perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok.


P/S; Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling kita..

fikirlah dengan fikiran yang waras....wallahualam

(hayon: bergembira lah kamu di bulan ini..ekekeke)

sharing is caring

Hidayah




Friday, October 1, 2010

Selamat datang Oktober

Assalamualaikum...

Oktober sememangnya dinanti-nantikan. Hehehe...jangan buat-buat lupa ya kawan-kawan.

Dah lama tak update. Banyak sebenarnya cerita nak cerita. Kalau ikutkan hati memang nak saja update setiap hari apa yang berlaku pada hari tersebut. Tapi tak sampai hati nak cerita kat sini. Kesian kat blog ni sentiasa menjadi luahan perasaan aku. Hehe...asyik-asyik cerita pasal sakit hati, geram, tension dan segala bagai yang negatiflah. Aku nak juga cerita yang kelakar, funny boleh gelak-gelak, hilang tension tahu.

Disaat ini aku memang sangat-sangat mengidamkan kerjaya suri rumah tangga sepenuh masa. Saya serius ni! Alangkah seronoknya goyang kaki saja di rumah. Sekurang-kurangnya keluarga saya tak ada orang berpolitik, tak ada orang yang talam dua muka dan tak ada orang yang menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri! Orang tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayang.

Alamak terlebih sudah meluahkan rasa hati. Hahaha... Tapikan kalau aku duduk rumah nanti gemokkk. Haish...Emosi tergangu! Maafkanlah saya penunggu gua. Okaylah kawan-kawan jangan lupa bulan Oktober ni ada sesuatu yang istimewa (^_^)

Wassalam...

Wednesday, September 29, 2010

Blog baru

Assalamualaikum...

Jangan lupa saksikan kemunculan blog baru ini....hehehe

Tuesday, September 21, 2010

I want to be free

No more stress! I want to be free!!!!!


mode: mahu cari kerja lain. Ada sesiapa nak ambil saya bekerja sebagai suri rumah tangga? Ok tak ada. Sila abaikan

Friday, September 17, 2010

Kenapa takut Hantu???

Assalamualaikum…

Sekarang ni mood tengah down giler. Semangat untuk bekerja juga telah turun ke paras tahap beku -18 darjah celcius. Rasa geram semalam berlarutan sehingga ke hari ini. Makin menjadi-jadi pula kegilaan beliau. Tak nak fikir semua tu. Tak suka tak suka tak suka...

Lupakan hal yang menyesakkan akal fikiran tu. Hari ini aku nak tanya sikit, siapa tak takut hantu? Kenapa takut dengan hantu? Adakah disebabkan rupa yang menakutkan? Tapi macam mana pulak yang tak menunjukkan rupa tapi menjelma dengan kain putih jek? Kain putih pun nak takut ke? Hahaha…aku tau tengok tajuk jek mesti aini musa tak akan buka entri ni…

Aku nak cerita sikitlah pengalaman aku dengan hantu-hantu ini dari kecik sampailah besar. Macam banyak pengalaman jek…

Masa kecik-kecik pergi mengaji kat rumah Mak Bedah. Masa ni masih kat felda lagi. Rumah Mak Bedah tu sebelah jek rumah aku. Alkisah satu malam, pulang dari ngaji dengan kak yan dan beberapa budak seblok. Budak-budak ni pergi takutkan aku dengan cerita-cerita hantu. Aku pun apalagi meraunglah sekuat-kuat hati kat tengah-tengah jalan depan rumah dengan tegak berdiri tak nak bergerak. Terasa bodoh pulak ketika ini. Itu pun nak nangis. Dek terdengar teriakan anak kesayangan beliau, mak aku pun keluar rumah

‘Kenapa takut-takutkan hantu ni. Mana ada hantu’

‘Mana ada hantu’ adalah jawapan standard mak aku bila masuk cerita pasal hantu-hantu ni.Mak aku memang tak percaya cerita hantu-hantu nih.

Bila dah besar sikit, konon dah tak takut dah. Masa sekolah cerita hantulah paling hot sekali. Tempat-tempat berhantu yang popular adalah tandas dengan bilik muzik. Pada satu hari, aku dengan member aku lalu depan bilik muzik tetiba kami terdengar bunyi radio terpasang tapi tak ada orang kat dalam bilik tu. Apalagi aku membuka langkah seribu meninggalkan member aku di belakang. Hampeh punya kawankan aku ni. Time kawan senang sibuk mengendeng time kawan susah tinggal jek…kahkahkah.

Masuk sekolah menengah dah pandai main spirit of the coin pulak. Opss bukan aku yang main. Aku tengok jek dorang main. Dahlah main kat sekolah agama. Kalau kat Johor sekolah menengah tingkatan 2, sekolah agama darjah 6. Kira masa ni otai lah kat sekolah agama. Bijak sangat dorang ni main benda alah tu kan dah kena sampuk. Waktu dia meraung tu mencicit lari tak cukup tanah. Siap accident dengan meja lagi. Tak pasal-pasal lebam pinggang aku seminggu.

Pastu masuk asrama lagi hebat cerita hantu. ‘Sweet’ lah, Miss Pon lah, clown, pagar emas pagar perak semua ada. Masa ting 5 heboh cerita pasal hysteria dgn hantu nih. Sampaikan menarik minat budak-budak lelaki maktab aku untuk menjadi seekers. Dorang ni dah abis kerja agaknya nak buat. Sanggup naik bangunan akademi malam–malam buta semata-mata nak tangkap gambar makhluk tu. Nak di jadikan cerita, pada satu prep malam yang hening:

Kawan lelaki: Ain meh sini jap

Aku: Pehal?

Kawan lelaki aku menghulurkan kertas putih. Ingatkan seperti biasa kena jadi posmen xbergaji. Aku pun ambillah kertas tu. Sekali tengok berderau darah. Tapi still control macho lagi

Aku: Ni apa?

Kawan lelaki: Nilah gambar yang kitorang amik

Aku: Kenapa bagi kat aku?

Kawan lelaki: Kitaorang nak ko tunjuk gambar ni kat budak-budak perempuan. Supaya korang semua percaya bende alah ni. Ari tu kan masa baca yasin ramai-ramai tu, pak imam tu citer kat kitorang, semua anak-anak jin tu dah kena tangkap. Tapi ada 7 ekor yang kuat-kuat tak dapat. Lepas tu, kalau korang tak percaya yang benda ni wujud pendinding tu xberkesan

Masa ni memanglah percaya bulat-bulat. Tapi bila dikenangkan zaman sekarang ni, rasa cam nak hantuk kepala kat dinding. Paling tak tahan sejak bila aku menjadi perwakilan pelajar perempuan ni? Punya ramai insan lain aku juga yang terpilih. Agaknya aku yang paling tak percaya kot benda alah ni…akakaka

Dek kerana masih berada di zaman jahiliah lagi, aku pun sibuklah menyebarkan gambar tersebut ke roommate aku dah jiran-jiran bilik yang berdekatan. Dek kerana gambar itul jugakah aku tak boleh tidur malam korang tau tak. Terbayang-bayang gambar tu ada dalam beg sekolah aku. Lahabau betul dorang ni. Esok jugak aku pulang kan balik gambar tu. Aku terfikir gak punya banyak gambar dorang ambil takkan satu ni jek. Dorang jawab

‘Uncle tukang cuci tu xkasi kitorang tengok, satu gambar ni jek yang die kasi’

Ada rasa macam diri diperbodohkan tak? Sekarang jek rasa cam tu. Masa tu punyalah percaya mesti gambar yang lain tu horror giler sampai tauke cina tu pun tak kasi tengok…akakaka. Almaklumlah gambar yang diberi kat aku tu cuma gambar samar-samar jek. Arab jahiliah betul masa ni.

Kalau gambar hantu tuh macam ni comel jugak

Banyak-banyak kenangan, ada satu kenangan yang paling tak boleh lupa. Masa tu kat K17 rumah bawah lagi masa tu. Pada satu malam, aku keseorangan di bilik, Aini Mail dah pun melarikan diri ke rumah orang lain. Dengan tingkap terbukak luas di malam yang buta, angin dingin menusuk tulang. Khusyuk study, tetiba rasa nak terkucil pulak. Aku pun pergilah ke tandas untuk melepaskan hajat. Elok aku balik bilik, nak tutup pintu bilik berderau darah, rasa cam darah xsampai ke jantung, jantung berhenti berdenyut, kaki lemah nak pengsan. Ada satu makhluk elok berdiri tegak kat belakang pintu.

Memang kuang ajaq betul makhluk ni. Hajat, kalau ditakdirkan aku mati dek serangan jantung waktu tu memang xsempat ko nak mintak maaf dengan aku. Seronokkan kau ketawakan aku yang pucat lesi tuh. Perbuatan kau itu sungguh keji.

Moral of the story, kenapa takutkan makhluk Allah yang satu ni. Bukan ke Allah yang paling berkuasa dan satu-satunya yang perlu ditakuti oleh manusia. Takutkanlah Allah dan azab api neraka.

Wassalam...

Thursday, September 16, 2010

Aku pekerja rajin II

Assalamualaikum...

Hari ini Hari Malaysia, Selamat Hari Malaysia! Hari ini hari cuti, Selamat bercuti! Pagi bangun tidur, aku golek-golek dulu atas katil ditambah dengan kesuraman cahaya dan berseorangan di rumah (kakak-kakak aku masih di kampung berhari raya. nyampah!) membuatkan aku malas nak bangun. Jam dah pukul 9. Hahaha. Kantoi sudah anak dara bangun lambat. Sejak semalam dah pasang niat mahu menggunakan peluang keemasan ini sebaik mungkin.

Bangun terus capai handset. Tengok hanset ada 2 mesej.Gambar sekadar perhiasan

1 dari OM 1 dari fizah a.k.a Zeck. Mesej OM biasa-biasa saja tapi mengundang rasa tidak sedap hati. Mesej Zeck buat aku melompat tak senang duduk depan tv. Zeck mesej mintak tolong tukang masak dari Pantai ini untuk cover Pusrawi. Tukang masak Pusrawi nak cuti. Aku ingatkan masalah ini dah settle rupanya belum. Tukang masak kitaorang sendiri tak cukup masing-masing nak cuti raya. Minta tolong H**M hampeh! Aku pun xpaham H**M tu sikit punya ramai tukang masak takkan beramai-ramai cuti. Malas nak fikir pasal tu. Aku cubalah arrange dengan staff aku. Nak xnak terpaksa jugaklah mencemar duli ke office di hari cuti ini. Mood memang malas giler. Tapi dari aku xsenang duduk kat rumah baik aku settlekan cepat-cepat hal ini.

Bila dah settle cepat-cepat aku pulang ke rumah. Malas mahu duduk kat office lama-lama. Bosan ditambah dengan kekecawaan yang melanda. Rasa tak sedap hati dengan mesej OM terjawab jugak akhirnya. Ya saya kecewa dan sakit hati dengan orang-orang yang gila kuasa. Apa ada dengan kuasa dan pangkat. Kuasa - berkuasa, pangkat - terangkat???Aku xsuka dengan kuasa. Pada aku kuasa = amanah. Lagi besar kuasa lagi besar amanah. Macammana nak jawab kat Akhirat kalau kuasa tidak digunakan dengan betul. Kenapa orang-orang macam ini wujud? Menyampah! Pesan OM - be professional. Tak tahulah macam mana nak mengadap hari Isnin ni. Hopefully everything will be okay.

Mari teruskan aktiviti berpoya-poya di rumahMari teruskan aktiviti ini di hari cuti yang indah. Keluar beraya??sorang-sorang nak beraya kemana?

Wassalam...

P/s: kepada mereka yang tertanya-tanya siapa kawan baik saya. Sila baca di sini secara negative

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...

Mesti semua orang dah ada kat rumah masing-masing. Seronoknyaaaa!!!Opss Nabilah di perantauan hehehe....Aku seperti biasa masih bekerja hari ini half day (kan dah kata aku pekerja yang rajin hehehe). Xsabar nak polang harap-harap jalan xjem

Mesti penat malam ni nak kemas rumah, pasang karpet, isi kuih, gosok baju, silap-silap kena sembat baju sendiri - inilah nasib anak tukang jahit...akaka. Harap-harap ada bunga api yang 16 shoot tu - ini dah jadi acara tahunan di malam raya.

Okay kengkawan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Jemput datang rumah di Batu Pahat yang aman. Aku ada di rumah sampai raya ke-3. Datang tau jangan xdatang
Kepada Nabilah jangan nangis tau! huhu

Tuesday, September 7, 2010

salam lembaran




Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Mudah-mudahan lembaran kali ini memberi satu impak besar dalam kehidupan kita..
Ada banyak isi tersirat yang wajib diungkai untuk kita sedar peranan kita sebagai seorang Muslim...

Maaf tersilap kata,mungkin ada sengaja atau tanpa sengaja
Maaf tersilap tingkah,mungkin ada sengaja atau tanpa sengaja
Minta dihalalkan segalanya..redai aku ini sebagai seorang sahabat kamu.


*sekarang ini aku sedang baca buku tentang nasib melayu di bumi melayu tulisan Mohd Ridhuan Tee Abdullah*

Assalamualaikum

no pain,no gain

Monday, September 6, 2010

Iklan raya tv 3 2010




Assalamualaikum...


Masih ingatkah lagi korang semua pada iklan raya tv3 2010 yang ditarik balik.Bagi aku,pasti ada sesuatu agenda di sebalik iklan tersebut bukan hanya untuk membawa 1 malaysia,tapi lebih lagi dari itu..sama seperti juga AJL 2009,ada sesuatu yang tersirat yang perlu di ungkai.Siapa tak kenal lady gaga yang terkenal dengan gaya yang macam hampeh dan video klip yang ada maksud tersirat,yang terbaru video klip lagu alejandro menimbulkan kontroversi yang dikaitan dengan gerakkan iluminiti & fremason.Mungkin ada di antara korang yang tidak tahu apa itu iluminiti & fremason (boleh search kat google).Ada yang mengatakan Iklan raya tv3 itu pun ada kaitan dengan iluminiti & fremason..wallahualam.

Sumber utusan Malaysia:

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.


ni ayat aku -melayu milenium tapi kenapa perlu nak dikaitan dengan agama lain???perlu ke menyerupai santa??


"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

ni ayat aku-kalau beca ajaib pun mesti ke perlu terbang??kenapa perlu ada bunga teratai kenapa tak bunga raya ke??

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

ni ayat aku-
Apa yang pasti kita tak boleh terlalu toleransi sehingga kesucian agama juga mahu ditoleransikan..
Aku seru kita semua muka mata kenal dunia luar,bukan hanya dengan dunia kita sahaja..
ambil berat keadaan sekeliling untuk kita menjaga nasib anak bangsa kita

Assalamualaikum

no pain,no gain

Sunnah Rasullullah s.a.w

Salam ramadhan..sebenarnya dh lama aku nk cari artikel mengenai cara memotong kuku yg betol neh..baru skrg dapat artikal neh dari seorg hamba Allah yang baik hati (semoga dirahmati).. biasa la kan wlaupun perkara neh sume org tahu tapi kadang kita susah nk amalkan..men hentam jek ptong jnji kuku pendek..jadi sya post jek kat wall neh untuk di'share' bersama..
so, renung-renungkan dan selamat beramal (dr.izi) n anda buat anda dapat (ustzh bahyah).. saya share saya pown dapat (ini kata2 aku plak..hehehe)


RAHSIA MEMOTONG KUKU



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: yang ertinya: Barangsiapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada haridilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.

Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.Selain mengikut hari tertentu, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor. paling elok, buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan (sila rujuk gambarajah di atas).Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.


moral : sambil potong kuku pun boleh beribadat. slmt b'amal.. =)

Gambar di atas hanya hiasan semata2 tidak ade kena mengena dengan org yg hidup ataupn yang telah meninggal dunia.. (nabilah: nnt nk fly tuh jgn lupa bawak pengetip kuku skali nnt xpasal2 jadi cam yg di atas bila balik tahun depan..hehehe)