Hari ini Hari Malaysia, Selamat Hari Malaysia! Hari ini hari cuti, Selamat bercuti! Pagi bangun tidur, aku golek-golek dulu atas katil ditambah dengan kesuraman cahaya dan berseorangan di rumah (kakak-kakak aku masih di kampung berhari raya. nyampah!) membuatkan aku malas nak bangun. Jam dah pukul 9. Hahaha. Kantoi sudah anak dara bangun lambat. Sejak semalam dah pasang niat mahu menggunakan peluang keemasan ini sebaik mungkin.
Bangun terus capai handset. Tengok hanset ada 2 mesej.Gambar sekadar perhiasan
1 dari OM 1 dari fizah a.k.a Zeck. Mesej OM biasa-biasa saja tapi mengundang rasa tidak sedap hati. Mesej Zeck buat aku melompat tak senang duduk depan tv. Zeck mesej mintak tolong tukang masak dari Pantai ini untuk cover Pusrawi. Tukang masak Pusrawi nak cuti. Aku ingatkan masalah ini dah settle rupanya belum. Tukang masak kitaorang sendiri tak cukup masing-masing nak cuti raya. Minta tolong H**M hampeh! Aku pun xpaham H**M tu sikit punya ramai tukang masak takkan beramai-ramai cuti. Malas nak fikir pasal tu. Aku cubalah arrange dengan staff aku. Nak xnak terpaksa jugaklah mencemar duli ke office di hari cuti ini. Mood memang malas giler. Tapi dari aku xsenang duduk kat rumah baik aku settlekan cepat-cepat hal ini.Bila dah settle cepat-cepat aku pulang ke rumah. Malas mahu duduk kat office lama-lama. Bosan ditambah dengan kekecawaan yang melanda. Rasa tak sedap hati dengan mesej OM terjawab jugak akhirnya. Ya saya kecewa dan sakit hati dengan orang-orang yang gila kuasa. Apa ada dengan kuasa dan pangkat. Kuasa - berkuasa, pangkat - terangkat???Aku xsuka dengan kuasa. Pada aku kuasa = amanah. Lagi besar kuasa lagi besar amanah. Macammana nak jawab kat Akhirat kalau kuasa tidak digunakan dengan betul. Kenapa orang-orang macam ini wujud? Menyampah! Pesan OM - be professional. Tak tahulah macam mana nak mengadap hari Isnin ni. Hopefully everything will be okay.
Mari teruskan aktiviti berpoya-poya di rumahMari teruskan aktiviti ini di hari cuti yang indah. Keluar beraya??sorang-sorang nak beraya kemana?
Wassalam...
P/s: kepada mereka yang tertanya-tanya siapa kawan baik saya. Sila baca di sini secara negative
P/s: kepada mereka yang tertanya-tanya siapa kawan baik saya. Sila baca di sini secara negative
No comments:
Post a Comment