Sekarang ni mood tengah down giler. Semangat untuk bekerja juga telah turun ke paras tahap beku -18 darjah celcius. Rasa geram semalam berlarutan sehingga ke hari ini. Makin menjadi-jadi pula kegilaan beliau. Tak nak fikir semua tu. Tak suka tak suka tak suka...
Lupakan hal yang menyesakkan akal fikiran tu. Hari ini aku nak tanya sikit, siapa tak takut hantu? Kenapa takut dengan hantu? Adakah disebabkan rupa yang menakutkan? Tapi macam mana pulak yang tak menunjukkan rupa tapi menjelma dengan kain putih jek? Kain putih pun nak takut ke? Hahaha…aku tau tengok tajuk jek mesti aini musa tak akan buka entri ni…
Aku nak cerita sikitlah pengalaman aku dengan hantu-hantu ini dari kecik sampailah besar. Macam banyak pengalaman jek…
Masa kecik-kecik pergi mengaji kat rumah Mak Bedah. Masa ni masih kat felda lagi. Rumah Mak Bedah tu sebelah jek rumah aku. Alkisah satu malam, pulang dari ngaji dengan kak yan dan beberapa budak seblok. Budak-budak ni pergi takutkan aku dengan cerita-cerita hantu. Aku pun apalagi meraunglah sekuat-kuat hati kat tengah-tengah jalan depan rumah dengan tegak berdiri tak nak bergerak. Terasa bodoh pulak ketika ini. Itu pun nak nangis. Dek terdengar teriakan anak kesayangan beliau, mak aku pun keluar rumah
‘Kenapa takut-takutkan hantu ni. Mana ada hantu’
‘Mana ada hantu’ adalah jawapan standard mak aku bila masuk cerita pasal hantu-hantu ni.Mak aku memang tak percaya cerita hantu-hantu nih.
Bila dah besar sikit, konon dah tak takut dah. Masa sekolah cerita hantulah paling hot sekali. Tempat-tempat berhantu yang popular adalah tandas dengan bilik muzik. Pada satu hari, aku dengan member aku lalu depan bilik muzik tetiba kami terdengar bunyi radio terpasang tapi tak ada orang kat dalam bilik tu. Apalagi aku membuka langkah seribu meninggalkan member aku di belakang. Hampeh punya kawankan aku ni. Time kawan senang sibuk mengendeng time kawan susah tinggal jek…kahkahkah.
Masuk sekolah menengah dah pandai main spirit of the coin pulak. Opss bukan aku yang main. Aku tengok jek dorang main. Dahlah main kat sekolah agama. Kalau kat Johor sekolah menengah tingkatan 2, sekolah agama darjah 6. Kira masa ni otai lah kat sekolah agama. Bijak sangat dorang ni main benda alah tu
Pastu masuk asrama lagi hebat cerita hantu. ‘Sweet’ lah, Miss Pon lah, clown, pagar emas pagar perak semua ada. Masa ting 5 heboh cerita pasal hysteria dgn hantu nih. Sampaikan menarik minat budak-budak lelaki maktab aku untuk menjadi seekers. Dorang ni dah abis kerja agaknya nak buat. Sanggup naik bangunan akademi malam–malam buta semata-mata nak tangkap gambar makhluk tu. Nak di jadikan cerita, pada satu prep malam yang hening:
Kawan lelaki: Ain meh sini jap
Aku: Pehal?
Kawan lelaki aku menghulurkan kertas putih. Ingatkan seperti biasa kena jadi posmen xbergaji. Aku pun ambillah kertas tu. Sekali tengok berderau darah. Tapi still control macho lagi
Aku: Ni apa?
Kawan lelaki: Nilah gambar yang kitorang amik
Aku: Kenapa bagi kat aku?
Kawan lelaki: Kitaorang nak ko tunjuk gambar ni kat budak-budak perempuan. Supaya korang semua percaya bende alah ni. Ari tu
Masa ni memanglah percaya bulat-bulat. Tapi bila dikenangkan zaman sekarang ni, rasa cam nak hantuk kepala kat dinding. Paling tak tahan sejak bila aku menjadi perwakilan pelajar perempuan ni? Punya ramai insan lain aku juga yang terpilih. Agaknya aku yang paling tak percaya kot benda alah ni…akakaka
Dek kerana masih berada di zaman jahiliah lagi, aku pun sibuklah menyebarkan gambar tersebut ke roommate aku dah jiran-jiran bilik yang berdekatan. Dek kerana gambar itul jugakah aku tak boleh tidur malam korang tau tak. Terbayang-bayang gambar tu ada dalam beg sekolah aku. Lahabau betul dorang ni. Esok jugak aku pulang
‘Uncle tukang cuci tu xkasi kitorang tengok, satu gambar ni jek yang die kasi’
Kalau gambar hantu tuh macam ni comel jugak
Banyak-banyak kenangan, ada satu kenangan yang paling tak boleh lupa. Masa tu kat K17 rumah bawah lagi masa tu. Pada satu malam, aku keseorangan di bilik, Aini Mail dah pun melarikan diri ke rumah orang lain. Dengan tingkap terbukak luas di malam yang buta, angin dingin menusuk tulang. Khusyuk study, tetiba rasa nak terkucil pulak. Aku pun pergilah ke tandas untuk melepaskan hajat. Elok aku balik bilik, nak tutup pintu bilik berderau darah, rasa cam darah xsampai ke jantung, jantung berhenti berdenyut, kaki lemah nak pengsan.
Memang kuang ajaq betul makhluk ni. Hajat, kalau ditakdirkan aku mati dek serangan jantung waktu tu memang xsempat ko nak mintak maaf dengan aku. Seronokkan kau ketawakan aku yang pucat lesi tuh. Perbuatan kau itu sungguh keji.
Moral of the story, kenapa takutkan makhluk Allah yang satu ni. Bukan ke Allah yang paling berkuasa dan satu-satunya yang perlu ditakuti oleh manusia. Takutkanlah Allah dan azab api neraka.
Wassalam...
2 comments:
yeahh...akhirnya dpt comment... mcm har sikit r tenet... kjap bole bk blog kejap x leh... huhu...
aku rs sepjg dok kat Ground floor K17, slalu kot sakit jtg... sedar2 ada org kat tingkap blk... keje sape lagi kalu bkn hajat... heee
igt x yg kat k12 macammana hajat melompat sebab pepatung masa tgh buat report memalam...akakaka memang xboleh blah jeritan hajat
Post a Comment