Pages

Friday, August 20, 2010

Tanpa keberanian Mimpi tak bermakna

Assalamualaikum...

Kawan-kawan saya perlukan kata-kata semangat. Sesungguhnya semangat saya menurun dengan bertambahnya tanggungjawab. Tak mampu rasanya nak menggalas tanggungjawab yang besar ni. Tadi sebelum pulang, kak Mushidah masuk office setelah sejak pagi dia tak masuk. Dia datang untuk membawa berita gembira company dapat kontrak di Hospital Pulau Pinang. Alhamdulillah rezeki semakin murah. Ini bermakna Kak Mushidah akan semakin sibuk dan semakin jaranglah dia ada di office. Sekarang pun dia jarang ada sebab sibuk dengan opening Pusrawi.

Sebenarnya saat aku menerima berita ini rasa macam ada batu besar menghempap bahu aku. Aku dapat mengjangkakan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Ternyata kata hati aku benar. Kak Mushidah sudah pun menyerahkan tugas kepada aku. Bermakna outlet berada di bawah tanggungjawab aku sepenuhnya. Rasa cam nak menangis. Kalau dulu boleh juga aku lepas tangan (aku hanya perlu laporkan sahaja aktiviti outlet tapi xperlu serabut otak nak fikir kalau-kalau outlet ada masalah) tapi sekarang segala masalah aku kena hadapi. Mungkin perkara ini akan berlarutan sehingga 2 3 bulan. Lamanya!!! Mampukah aku nak memimpin orang-orang bawahan. Diri sendiri pun tak terpimpin inikan pulak nak pimpin orang lain. Cukuplah budak-budak PSD yang memeningkan kepala ini pulak nak tambah dengan orang-orang kitchen...

Ya Allah, aku tak mampu. Puas dah cuba meyakinkan diri sendiri dan memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri tapi tidak mampu meredakan gelora hati. Macammana orang nak yakin dengan aku kalau aku sendiri tak yakin dengan diri sendiri...Ain, Allah tahu apa yang terbaik untuk kau. Allah takkan beri amanah kalau kau tak mampu. Mereka semua yakin kau boleh, jangan hampakan mereka.

Ada tak orang yang menerima berita gembira dengan tangisan kesedihan...Ya akulah orang itu.
Tolong jangan beri semangat dengan mengatakan aku boleh. Aku x boleh...hmm belum berjuang dah mengaku kalah. Kalaulah aku mampu lalui saja tanpa perlu fikir what will happen next kan bagus.

Ain tanpa keberanian mimpi takkan bermakna!

2 comments:

nabilah said...

ion.... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

bg masa pd dr sendiri dalam 3 bln sbg leader. then, kalu x bole thn, barula pikirkan balik apa yg perlu dibuat... tp dr skrg kena pikirkan back up plan..

Sabar ion,

Allah dah janjikan kegembiraan pada org yg sabar.

"Dan kami pasti menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kpd org2 yg sabar" - Al-Baqarah ayat 155

hajat said...

Selawat selalu,pastu rajin2 la solat malam Dan solat duha,ni ak brthu Dr pengalaman ak sendiri,insyaallah walau susah mana atau berat mana tugas,akn dipermudahkan,cubala tip ni,buat dengan yakin.kalu ko rasa tugas kerja sgt besar
tapi ingatla pertolongan Dr Allah tu lagi tersgt la besar.bawak hati kite pulang pada asal