Pages

Monday, August 30, 2010

beliau

Assalamualaikum

Mendapat tugas baru hari ini.Beliau meminta untuk 'present' kepada semua kakitangan murni nursing collage pada hari jumaat 3hb9 T_T nanti tentang sirah nabawi & khulafa ar-rasyidin.
haih..malas kerana dalam kepala hotak ini hanya ada perkataan "cooti & rayee".tapi paling malas nak kena buat semula slide presentation yang baru kerana yang lama sudah delete sebab merasakan diri ini sangat bodoh bila melihat slide itu,yang dibuat tanpa persediaan yang mantap dan mengomel di depan ntah apa-apa..malu*

mau coti panjang,raya ini bercoti selama 12 hari..

Assalamualaikum
no pain,no gain

Monday, August 23, 2010

Suatu ketika ...

Assalamualaikum...

Minggu lepas aku menghadiri daurah survival orang melayu di malaysia,kebetulan nabilah baru selesai menghadiri kursus BTN.

Aku menalefon nabilah sebenarnya nak tanya pasal jamuan buka puasa dan doa selamat di rumah dia,tapi borak punya borak masuk topik ke orang melayu,tanah melayu...

wah bersemangat kami diskus,kalau dahulu selalu diskus pasal kerja,pasal study dan malam itu kami diskus kepada yang lebih utama,yang lebih penting,iaitu ketuanan melayu.Hampir 1jam lebih diskus by phone,masing-masing berkobar-kobar.Even aku dan nabilah pergi ke tempat yang lain tapi topik yang dibicarakan adalah sama.

Mengikut perlembagaan malaysia,orang melayu didefinasikan sebagai mereka yang bercakap melayu,berbudaya melayu dan beragama Islam.Dan kalau kita imbas kembali,dari hari ke hari kes murtad makin menjadi-jadi.nauzubillah...

Selepas diskus,kami masing-masing ada matlamat yang kami mahu capai.matlamat yang insya'allah akan memberi kesan pada bangsa dan agama,mudah-mudahan jalan ini Allah permudahkan.amin

aku menyeru kita semua sedar kembali di mana kedudukan kita sekarang,tanpa kita sedar melayu dimakan dari hari ke hari.

Assalamualaikum
no pain,no gain

Memperingati detik hitam 21 Ogos 1969


Al-Aqsa dibakar pada 21Ogos 1969

Kenapa dengan 21hb Ogos?

Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan.

Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.

Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?

Tidak, sekali-kali tidak.

Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.

Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan.


Dinding Al-Aqsa yang roboh akibat pembinaan terowong

Apakah kesan pembakaran tersebut?

Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.

Tindakan biadap tersebut telah menyebabkan:

  1. Sebahagian besar Masjid al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan masjid.
  2. Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus
  3. Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran

Al-Aqsa ditawan pada 1967

Apakah peranan O.I.C?

Pembakaran Masjid al-Aqsa telah mengundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur.

Banyak pertemuan dan perundingan di peringkat regional dan internasional telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. PBB juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha yang bertujuan untuk merubah status Baitul Maqdis dan pengYahudian Masjid al-Aqsa.

Para pemimpin negara-negara Islam pula telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu kesemuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya telah terbukti gagal di dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.


Zionis bekerja siang dan malam untuk mengusai Al-Aqsa

Telah berakhirkah ancaman terhadap Masjid al-Aqsa?

Kesan pahit dari pembakaran Masjid al-Aqsa pada 1969 masih terus dirasai oleh dunia Islam sehingga ke saat ini. Banyak lagi peristiwa jenayah yang dilakukan terhadap al-Aqsa, di antaranya:-

  1. 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
  2. 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.
  3. 28 September 2000, PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada al-Aqsa.

Kini, setelah 41 tahun pembakaran Masjid al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa yang diberkati itu.


Sinagog Hover yang telah dirasmikan pada Mac 2010 bersebelahan dengan Al-Aqsa

Apakah lagi jenayah Zionis ke atas Masjid al-Aqsa?

Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk mengYahudikan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.

Banyak lagi, di antara jenayah projek pengYahudian al-Aqsa ialah:-

  1. Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
  2. Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
  3. Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
  4. Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
  5. Siri pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
  6. Siri pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
  7. Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
  8. Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
  9. Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll

Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.

Apa yang telah dan sedang berlaku terhadap al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.


Al-Aqsa, jantung hati umat Islam

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan al-Aqsa?

Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah

  1. Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
  2. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan al-Aqsa serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
  3. Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari al-Aqsa Sedunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
  4. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
  5. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
  6. Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
  7. Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
  8. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

Jom… kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan al-Aqsa yang tercinta……

Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa…

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.

* Beliau juga adalah merupakan Perunding Aman Palestin.

PUT THEM DOWN


Assalamualaikum..

perkongsian dari dr nisak,JPD

Hi Dear all,

salam ramadhan untuk semua yang beragama islam.

Just to share with all of u a nice story that would make you think twice.

SMALL STORY

**Study this small story; Hope that makes a BIG change


Professor began his class by holding up a glass with some water in it. He
held it up for all to see & asked the students

"How much do you think this glass weighs?"

'50gms!' ..... '100gms!' .....'125gms' ...the students answered.


"I really don't know unless I weigh it," said the professor,
"but, my question is:

What would happen if I held it up like this for a few minutes?"


'Nothing' ..the students said.


'Ok what would happen if I held it up like this for an hour?' the
professor asked.

'Your arm would begin to ache' said one of the student


"You're right, now what would happen if I held it for a day?"


"Your arm could go numb, you might have severe muscle stress & paralysis &
have to go to hospital for sure!"
.. ventured another student & all the students laughed

"Very good.
But during all this, did the weight of the glass change?" asked the
professor.

'No'. Was the answer.


"Then what caused the arm ache & the muscle stress?"

The students were puzzled.


"What should I do now to come out of pain?" asked professor again.

"Put the glass down!" said one of the students


"Exactly!" said the professor.

"Life's problems are something like this.
Hold it for a few minutes in your head & they seem OK.

Think of them for a long time & they begin to ache.
Hold it even longer & they begin to paralyze you. You will not be able to
do anything..

It's important to think of the challenges or problems in your life,
But EVEN MORE IMPORTANT is to 'PUT THEM DOWN' at the end of every day
before You go to sleep...

That way, you are not stressed, you wake up every day fresh &strong & can
handle any issue, any challenge that comes your way!"


So, when you leave office today,
Remember to ' PUT THE GLASS DOWN !

Assalamaualaikum
no pain,no gain

Semangat!


Gambar hasil paste dari blog ape ntah

Assalamualaikum...

Terima kasih kawan-kawan. Setelah 2 hari bertapa dan mengumpul kekuatan, saya semangat untuk menghadapi hari ini. Hopefully everything will be fine...Yeah! Terima kasih kengkawan. I love u all!muah...

wassalam...

Saturday, August 21, 2010

Inspiring song tO me... hOpe to U tOo



the Lyric

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Friday, August 20, 2010

Tanpa keberanian Mimpi tak bermakna

Assalamualaikum...

Kawan-kawan saya perlukan kata-kata semangat. Sesungguhnya semangat saya menurun dengan bertambahnya tanggungjawab. Tak mampu rasanya nak menggalas tanggungjawab yang besar ni. Tadi sebelum pulang, kak Mushidah masuk office setelah sejak pagi dia tak masuk. Dia datang untuk membawa berita gembira company dapat kontrak di Hospital Pulau Pinang. Alhamdulillah rezeki semakin murah. Ini bermakna Kak Mushidah akan semakin sibuk dan semakin jaranglah dia ada di office. Sekarang pun dia jarang ada sebab sibuk dengan opening Pusrawi.

Sebenarnya saat aku menerima berita ini rasa macam ada batu besar menghempap bahu aku. Aku dapat mengjangkakan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Ternyata kata hati aku benar. Kak Mushidah sudah pun menyerahkan tugas kepada aku. Bermakna outlet berada di bawah tanggungjawab aku sepenuhnya. Rasa cam nak menangis. Kalau dulu boleh juga aku lepas tangan (aku hanya perlu laporkan sahaja aktiviti outlet tapi xperlu serabut otak nak fikir kalau-kalau outlet ada masalah) tapi sekarang segala masalah aku kena hadapi. Mungkin perkara ini akan berlarutan sehingga 2 3 bulan. Lamanya!!! Mampukah aku nak memimpin orang-orang bawahan. Diri sendiri pun tak terpimpin inikan pulak nak pimpin orang lain. Cukuplah budak-budak PSD yang memeningkan kepala ini pulak nak tambah dengan orang-orang kitchen...

Ya Allah, aku tak mampu. Puas dah cuba meyakinkan diri sendiri dan memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri tapi tidak mampu meredakan gelora hati. Macammana orang nak yakin dengan aku kalau aku sendiri tak yakin dengan diri sendiri...Ain, Allah tahu apa yang terbaik untuk kau. Allah takkan beri amanah kalau kau tak mampu. Mereka semua yakin kau boleh, jangan hampakan mereka.

Ada tak orang yang menerima berita gembira dengan tangisan kesedihan...Ya akulah orang itu.
Tolong jangan beri semangat dengan mengatakan aku boleh. Aku x boleh...hmm belum berjuang dah mengaku kalah. Kalaulah aku mampu lalui saja tanpa perlu fikir what will happen next kan bagus.

Ain tanpa keberanian mimpi takkan bermakna!

Thursday, August 19, 2010

Asyraf Muslim dan Ain Man..macam sesuai jek

Assalamualaikum...

Asyraf Muslim sesuai berpasangan dengan saya tau…tersenyum malu…hikhikhik.. Oit! apa barang Asyraf Muslim, aku nak Zizan Nin tapi Zizan dah kahwin, Jimmy pun dah berpunya…macam mana nih?

Aku bukan nak cerita pasal Asyraf Muslim ni sebenarnya. Aku nak cerita pasal En Facebook ni yang kadang2 mengjengkelkan. Kadang2 rasa macam nak kasi penampar jek kat En Fb ni. Nasib baik xboleh tampar. Sebenarnya masa dapat result ni aku x approve pun untuk publish kat wall aku. Tup tup bila aku buka wall ada bende alah ni. Hati tertanya2 bila pulak aku approve kuiz ni. Siap ada quote ‘Asyraf Muslim =)’ pulak tuh. Ni malas nak main kuiz ni…suka suki jek En fb ni publish kat wall tanpa persetujuan. Aku tau bende alah ni boleh remove tapi penatlah nak remove setiap kali main kuiz. Dah banyak kali dah aku remove kuiz2 yang ntah apa-apa (ntahpape pun ko main jugak ain! Alah nak merehatkan otak jek) x syiokla camni En FB nak main kuiz suka-suka pun xbest dah. Kantoi rr camni aku main kuiz…

Satu lagi yang aku kurang berkenan bila ada orang yang selalu sangat update status kat fb. Sehari kadang2 sampai 5 status…aduyai. Mungkin mereka ini kurang kasih sayang atau pun terlalu stress dan menjadikan fb sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Ini masih okay lagi. Ada yang bermadu kasih di Fb. Kesian En Fb…jangan xtau ada rakan2 yang aku hide status mereka sebab jelik membaca status mereka. Yang ini aku puji En Fb kerana mewujudkan aplikasi sebegini. Senang aku nak hide mereka ini. Kesiankan kawan2 aku ini. Oh, saya memang bukan sahabat yang baik. Nasib baik sahabat2 aku disini tidak berperangai sedemikian…haha

Kesimpulannya di sini, gunakanlah Fb ni sebaik mungkin. Kasihan En Fb ni dari niat dia yang murni untuk menjejak kasihkan orang seantero dunia tapi telah disalahguna.

Oh ye, Cinta Pertama telah pun mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lepas. Sob..sob..sob.. Dari jauh ku titipkan doa kebahagian…pinjam ayat novel…(^_^)..hikhikhik

Selamat berbuka puasa!!!Wassalam…

Wednesday, August 18, 2010

mak dara...





Assalamualaikum…

Selamat menjalani ibadah puasa semua..semoga semakin hari menjadi semakin baik.Ini puasa pertama bergelar sebagai mak dara (bukan anak dara lagik dah..sob..sob..).Ada kelainan,selalu kalau sahur dan buka, makanan dah terhidang je,ibu dah sediakan.Kali ini ,aku sendiri perlu bangun seawal 4 pagi (tak penah aku bangun seawal gini!!)untuk sediakan makanan sahur,pulang kerja terus ke dapur dengan baju-baju kerja.Paling kelam kabut kalau pulang kerja lewat diserikan pula dengan kejemman(related to ain man..hakhakhak) memang berbunyi kelantang ketenlung lah di dapur (disebabkan sifat gelabah).Tapi syukur kerja-kerja ini menjadi mudah dengan bantuan kekasihku seru.Makin hari,makin bertambah sayang pada kekasihku ini…pewittt..(topic ke laut,sila ignore)

Sekarang ini aku sibuk dengan latihan subjek kimia tingkatan 4,5 & matrikulasi,terasa sayang benar bila lupa apa yang sudah dipelajari dulu.Setiap hari ,kerja yang rutin memang membosankan (marah raman tahu ini).alkana..alkena..alkuna..nona..lalalala


Jadi semalam selepas pulang kerja terus ke kedai buku Syabab Billion.Misi utama mencari buku kimia SPM,buku matrikulasi sudah ada di rumah,hak milik kekasihku seru seorang ini.Macam tak percaya jumpa buku kimia yang aku cari-cari selama ini,buku kimia latih tubi keluaran pelangi kaler kuning.Cari di rumah sungai abong tak jumpa,ibu dah jual lah kot..entah.Cari di kedai buku Muo pun tak jumpa.Cuma kini buku itu berwajah baru dan di alih ke bahasa inggeris.Cuba korang ingat balik,entah-entah korang pun ada guna buku tuh masa sekolah dulu.Ingat lagi waktu sekolah & matrikulasi dulu,punya lah giler pulun subjek kimia…tapi bila masuk U,lupa semua..sayang..sayang..hahahaha..nasi sudah menjadi bubur lambuk (teingat bubur lambuk free masjid sungai abong)

Kekasihku selalu pesan ilmu tuh tanpa sepadan..pelajari sebanyak mungkin,lagi kita belajar & explore lagi banyak yang kita tak tahu.

Petua Tun matahir awet muda pun sebab dia suka membaca & mengkritik,ini membolehkan otak sentiasa berfungsi.Dalam surat khabar 2 minggu lepas rasanya,seorang mahasiswi UIA akan menghabiskan 20 buah buku dalam sebulan,haih..aku nak habiskan 2-3 buah buku pun payah.Bukan alas an dia masih pelajar dan tak ada komitmen lain tuh sebab dia boleh ada masa untuk habiskan 20 buah buku sebulan,tapi semuanya bergantung pada diri kita,nak 1000 daya tak nak 1000 berdolak dalih.Matlamat yang nak dicapai pun biarlah realistic..hehe..

Assalamualaikum

No pain,no gain

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum...

Lama sudah tidak muncul di blog ini! Kawan-kawan, saya dah upload gambar percutian.Sila berkunjung ke fb saya. Cenderamata ada untuk geng beg tapi xtau bila nak jumpa...jangan sampai nabilah dah sampai sana cenderamata xdapat2 lagi hahaha...
Hajat...bersabar atas ujian yang melanda...aku sentiasa doakan kesejahteraan kau

Selamat berpuasa...wassalam

ujian II

Assalamualaikum

selamat berpuasa.
Aku da berjumpa dr Emi,dr kata memag ada arthitis joint pain salah satu faktor kerja-kerja menaip terlalu heavy, aku ingat kan CTS. Insya'allah boleh sembuh dengan makan ubat,ergonomic dalam buat kerja,belajar senaman dengan fisioterapi dan jaga makan.Dan berisiko untuk dapat arthiritis yang kekal waktu tua nanti jika tak dijaga.

insya'allah mudah-mudahan tiada apa-apa.bersangka baik dengan Allah...

HADIS QUDSI:

‘BERSABARLAH DALAM MENGHADAPI PENYAKIT SESUNGGUHNYA PENYAKIT ITU PENGHAPUS DOSA’



Assalamualaikum

no pain,no gain



Monday, August 9, 2010

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum

Saya mahu mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan penuh rahmat. Semoga kita semua mengisi ramadhan ini dgn sebaik2nya.

P/s: hajat, mmg aku neves memikirkan nk smbut raya kat tmpat org... tapi lbh neves lagi bila memikirkan cabaran berpuasa ketika dalam penerbangan... heee... camana ek? Sape bole tolong atau pada siapa saya bole rujuk utk tanya camana nak menunaikan ibadat fardhu ain ketika dlm penerbangan? pls help me..... huhu

lord of ramadan



Assalamualaikum

ramadan menjelang kembali..
syukur Allah masih sayang memberi peluang lagi

selamat berpuasa sahabat semua..rebutlah kesempatan ini

p/s:1st time la nabilah beraya di perantauan..pengorbanan tuh..hehe
balik bawakkan mak menantu ye..haha

Wednesday, August 4, 2010

ujian

Assalamualaikum

Khamis minggu lepas,sendi-sendi jari terasa sakit.Sebelum ini ,yang selalu sakit di bahagian bahu kerana terlalu lama membuat kerja menggunakan laptop atau komputer.Bermula di jari kanan naik ke bahu kanan dan berpindah pula ke jari kiri dan sama juga naik ke bahu kiri.Sakit sendi ini berlarutan sehingga hari sabtu,sakitnya sekejap surut sekejap menyerang.

Dalam keadaan sakit sempat juga aku mengesearch maklumat mengenai RA,eh macam ada persamaan pula simptom-simptomnya. Sabtu,terpaksa membatalkan untuk hadir ke program khidmat masyarakat memandangkan keadaan tidak mengizinkan .

Berjumpa dengan MO Dr. Emi, ujian darah terpaksa di buat dan 2 jenis ubat dapat-voltaren & prednisolone.Semalam pergi ambil keputusan darah di makmal:

TEST IMMUNOLOGY & SEROLOGY

Rheumatoid Arthritis Factor : 128 (normal range <20iu/ml)

Dan hari ini sendi di ibu jari kanan sekali lagi sakit.Insya’allah petang nanti akan berjumpa dengan dr Emi sekali lagi

HADIS QUDSI:

‘BERSABARLAH DALAM MENGHADAPI PENYAKIT SESUNGGUHNYA PENYAKIT ITU PENGHAPUS DOSA’

Asslamualaikum

no pain,no gain

Tuesday, August 3, 2010

Common sense



Assalamualaikum..

mari semua baca entri yang ditulis oleh ustaz hasrizal di blognya tentang common sense...
satu rasa atau perasaan yang semakin lupus dalam diri kita..
Blog ustaz ini aku ikuti sejak tahun pertama di upm lagi sehingga kini.Setiap kali online,wajib jengah blog ustaz.Ustaz menulis dengan hati dan aku juga membaca dengan hati..sangat terkesan..dan aku belajar dari pengalaman ustaz.Bacalah dengan mata hati,maka kita akan faham..
BACALAH ,kerana ini berkaitan dengan kehidupan kita seharian...

TQ USTAZ HASRIZAL(www.saifulislam.com)

Common Sense: Kebiasaan Yang Kini Luar Biasa


“Assalamualaikum. Saya nak tanya, baru-baru ini saya ada ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana ada sedikit bintil di bahagian lengan. Kata doktor itu, ia masalah kelenjar. Apa yang pelik, ketika doktor itu membuat pemeriksaan, dia menanggalkan pakaian saya. Ketika itu hanya kami berdua dalam bilik tersebut. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Doktor tersebut ada menggesel alat sulit saya dan berkata sedap kalau kahwin. Saya terkedu… adakah ini dibenarkan dalam etika kedoktoran?” tanya seorang pengunjung di blog ummusaif.com

Saya hampir pitam membacanya.

Bukan pitam akibat perbuatan doktor ‘bangsat’ itu. Tetapi kaget dengan ‘reaksi’ yang ditunjukkan oleh si mangsa. Mempersoalkan kewajaran tindakan doktor tersebut berbuat demikian? Apakah ini soalan yang selayaknya ditanya oleh seorang mangsa seperti beliau.

Apakah dia tidak sedar bahawa dirinya telah dicabul?


Apa faedahnya untuk dipersoalkan etika profesionalisma seorang doktor. Ia bukan lagi soal etika, tetapi ia adalah jenayah yang amat jelas dan berat. Berat sekali!

“Doktor tersebut telah menghantar sms ke telefon saya dengan bahasa-bahasa yang cuba menggoda saya. Saya telah membalas sms tersebut, menasihatinya supaya menghentikan perbuatan seperti itu. Saya berasa sangat sedih. Semua sms doktor tersebut telah saya padam!” tambah si mangsa sebagai reaksi kepada bom tangan yang saya lontarkan kepadanya.

Bom tangan kerana saya ‘menjerit’ di kotak jerit bahawa, “ketahuilah, bahawa kamu telah dicabul!”

Namun reaksi yang saya dapat ialah sebuah kesedihan, dan pengakuan bahawa bukti-bukti penting perbuatan doktor tersebut ke atasnya telah dipadam.

MENGGANGGU FIKIRAN

Kejadian berkenaan sangat mengganggu fikiran saya. Sudah tentu saya marah dan benci dengan perbuatan doktor tersebut. Andaikata kisah si mangsa itu benar, sesungguhnya ia adalah sebuah kes jenayah yang mesti dibawa ke muka pengadilan. Tetapi apa yang lebih menyeksa fikiran dan perasaan saya ialah kenaifan si mangsa yang seolah-olah tidak sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku ke atas dirinya.

Dicabul itu suatu bencana yang malang. Tetapi tidak sedar yang diri dicabul adalah seribu kali malang dan malang.

Pengalaman sedekad berinteraksi di internet dengan generasi muda dan saban hari mengadakan program dengan anak-anak muda ini, menyampaikan saya kepada suatu kesimpulan yang menakutkan. Mereka kehilangan common sense!

Common sense itu jika dibahaskan dari aspek falsafah memang panjang lebar diskusi mengenainya. Tetapi cukuplah saya ringkaskan iaitu suatu PERSEPSI yang dikongsi bersama oleh kebanyakan manusia akan betulnya penilaian mereka terhadap sesuatu itu.

Sesuatu yang tidak mengundang debat yang tidak perlu, bahawa memandang perbuatan tipu dan pecah amanah sebagai suatu kejahatan. Ia satu contoh mudah tentang apa yang dianggap sebagai common sense. Upaya untuk mempunyai persepsi yang sejahtera terhadap norma-norma kehidupan, adalah suatu keperluan yang besar dalam menjalani kehidupan seharian. Common sense itu perlu semasa memandu di jalan raya, semasa berkomunikasi sesama manusia, semasa membuat keputusan-keputusan rutin dalam satu hari, banyak di antara hal ini yang selesai dengan satu bentuk fikir yang hampir bersifat universal penggarapannya.

Bahawa apa sahaja agama dan keturunan bangsa seseorang, perbuatan membelok tanpa memberikan lampu signal itu adalah suatu perkara yang negatif dan merbahaya. Tanpa dibatasi kepercayaan dan budaya, semua orang faham mengapa sebelum tidur, api di dapur dan peralatan elektrik mesti dipadamkan, untuk keselamatan. Ia tidak perlu diajar, masing-masing boleh bertindak dengan betul kerana pertimbangan seperti ini adalah pertimbangan normal, seorang manusia yang normal.

Meraba anggota sulit oleh seorang doktor lelaki ke atas seorang pesakit perempuan yang mengadu kegatalan di tangan, adalah suatu common sense bahawa ia merupakan sebuah jenayah dan pencabulan maruah yang terang lagi bersuluh. Apakah seseorang itu tidak mampu memikirkan tentang hal ini?

IBU BAPA

Kecacatan common sense ini juga boleh mencetuskan musibah yang besar kepada sebuah keluarga. Kerana tiada common sense, ibu bapa membiarkan anak kecil yang lembik akibat muntah dan cirit birit tanpa rawatan acute di hospital, tetapi bergegas mengheret anak yang demam ke wad kecemasan pada pukul tiga pagi semata-mata mencari paracetamol.

Orang yang pengsan akibat jatuh longkang dibawa ke klinik sahaja, sedangkan orang yang sembelit semenjak tiga bulan sudah dikejarkan ke hospital.

Memanglah ilmu pengetahuan itu boleh membantu menyelesaikan kejadian seumpama ini, tetapi sebelum ilmu pengetahuan itu diajar, minda yang sejahtera sudah boleh mendesak seorang ibu dan bapa untuk bertindak sesuatu sesuai dengan keadaan yang menimpa diri atau ahli keluarganya.

Pertaruhannya adalah NYAWA.

AMAL ISLAMI

Kerosakan common sense ini menjadi semakin ketara apabila saya cuba meneropong generasi muda dari sudut amal Islami. Mungkin ‘kecacatan’ ini tidak dipandang serius apabila generasi muda ini dinilai dari kegiatan-kegiatan kurikulum dan ko kurikulum mereka. Tetapi apabila garis pengukurnya adalah pembaris amal Islami, kecacatan common sense menjadi sangat ketara dan serius.

Memperjuangkan Islam memerlukan satu tahap kematangan fikiran di kalangan pendukungnya. Kecacatan common sense ini menjadi amat ketara tatkala ia diteropong dari kaca mata dakwah dan perjuangan.

Semasa berinteraksi dengan mahasiswa dan mahasiswi yang menjemput saya ke program, saya sering mengurut dada menahan sabar tatkala berdepan dengan kecacatan common sense ini.

“Ustaz, esok pukul 10 kami akan berada di KL untuk berjumpa dengan ustaz. Harap ustaz dapat lapangkan masa berbincang dengan kami!” kata sekumpulan AJK sebuah program melalui sms kepada saya.

Apakah mereka ini menyangka yang saya ini goyang kaki tidak punya sebarang aktiviti hingga semudah itu di’jemput’ menerima jemputan mereka?

“Ustaz, kami harap ustaz dapat beri pengisian ke kursus kepimpinan kami di Hulu Langat, Isnin 9:30 pagi!” pinta sekumpulan mahasiswa universiti terkemuka.

Sangka mereka, apabila mereka bercuti semester, maka seluruh dunia juga sedang bercuti semester. Apakah saya tidak bekerja pada pagi Isnin jam 9:30 pagi?

Itu belum lagi dikira mahasiswa yang memberikan saya miss call sebanyak 15 kali dalam tempoh 20 minit. Atau menawarkan saya tidur di stor tilam kerana tidak berfikir tentang keperluan accomodation memandangkan ceramah saya tamat jam 11 malam, beratus kilometer dari Kuala Lumpur.

DEMI SEBUAH HARAPAN

Jika tidak kerana cita-cita dan harapan yang tinggi saya untuk membentuk generasi pelapis ini, mungkin sudah bertahun yang lalu saya give up dan putus asa melayan kerenah kaum bijak pandai ini. Mereka mempunyai koleksi A yang membanggakan di sijil akademik. Tetapi mereka kehilangan salah satu definisi manusia mukallaf iaitu sebuah common sense.

Saya tidak suka untuk merungut tanpa penyelesaian. Justeru saya sedang bersungguh-sungguh mencari jawapan, kepada punca ‘penyakit’ misteri ini.

Isy isy isy, baik betul askar Yahudi tu. Orang Islam sembahyang di dalam masjid, mereka di luar menjaga keselamatan orang di dalam masjid!” ulas seorang manusia yang kehilangan common sense semasa menonton berita antarabangsa tentang krisis di Palestin.

“Laa, malam ini mestilah Ustaz Hasrizal ceramah tentang Michael Jackson. Bukankah dia baru sahaja mengIslamkan Michael Jackson”, komen seorang pembaca saifulislam.com yang kehilangan common sense.

Saya benar-benar sedang mencari jawapan, apakah yang sebenarnya sedang membelenggu generasi pemikul 15A dalam SPM ini, yang kehilangan common sense dalam kehidupan mereka.

Saya bingung memikirkannya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Assalamulaikum

camana nak tengahkan gmbr ni?

Assalamualaikum kekawan semua...

apa khabar kalian semua?

hayon: camanakah vacation anda? ingatkan pi aussie rupanya pi London!

hajat: apakah progression anda selepas 'award' hari tu? hihi...

dayah: msti bz ngan labnya... ada penemuan baru ke? bole la share sblm org lain tau... hihi

sakin: dah reda ke stress sakin? be strong sakin! marila luahkan stress sakin di sini...

okeh, dah tanya kabar setiap orang, skrg ni berbalik kepada topik asal iaitu.... camana nak wat gmbr budak pompuan comel ni ke tengah? saye x tau buat la... harap maaf ye kalau nampak serabut bLog ni... hihihi

itu saje...

Salam =)