Pages

Friday, May 20, 2011

semakin hampir



Assalamualaikum

Alhamdulillah , minggu ni genap 33 weeks of pregnancy,kira dah masuk 8 bulan da.Sebelum-sebelum ini check up dengan MO , masuk 8 bulan ini da start check up dengan Pakar perbidanan & sakitpuan,Dr Noraini.Berat bayi 2.36kg ,kepala bayi pun da engaged kat rahim , insya'allah menurut dr noraini kalu da engaged bermakna baby tak akan tukar posisi lagik.contoh gambar di bawah

Berat badan pun tak ada lah naik mendadak macam 2nd trimester dulu.kaki , jari tangan memang mangkak la (mangkak ini isitilah kekasih gune untuk menggantikan keadaan terlalu bengkak),paling ketara lepas balik keje mesti kaki bengkak..tetibe jadi besoo gilerrr..haha
Setiap pagi sebelum pergi kerja,kekasih lah yang tolong pakaikan stokin maklumlah bile perut dan beso ni nak nunduk pun payah..asal ada menda jatuh ke lantai pon aku malas nak ambek ..buat tak nampak jek lah.hahaha,sume aku mintak tolong kekasih..sian kekadang bising jugak die..hahaha..nasib munglah

Setiap malam mesti bangun 3-4 kali buang air,memula memang tidur terganggu asal pergi keje je tak semangat tapi alhamdulillah lelama biasa da,orang kata ni training sebab sok2 da ada anak kecik lagik banyak bangun tengah malam nak bagi menyusu 2 jam sekali..Hebatkan ketentuan Allah dari awal lagik Allah da train bakal2 ibu untuk bersedia..

Sekarang ni aku dok survey2 breast pump apa yang nak dibeli..macam2 brand avent,spectra,medela...bla..bla.harga pon boleh tahan gak (guna elektrik mak aiii mahal giler) tapi tak pe banyak kebaikkan untuk jangka masa panjang.Susu ibu hadiah terbaik dari ibu untuk anak :) , dok join gak forum ibu menyusu,dok diskus dengan ibu2 yang berjaya fully breastfeeding dok berkawan dengan pakar laktasi & nurse2 penyusuan..



Harga cloth diapers (CD) (ni kire macam napkin yang kite pakai masa kecik2 dulu tapi yg ini da upgrade punya ada corak2 rimau ,spongebob ) pon boleh tahan gak ikut jenis kain dibuat daripada apa lah kan tapi jimat giler2 boleh gune sampai anak ke duobelas!!.mak ayah kena rajin2 lah nak membasuh CD ini, sambil2 tuh dapat gak menjaga ekosistem alam untuk generasi akan datang..acecece

contoh CD


comel kan?? gebunya b**tot awak !!

Banyak petua2 orang bagi untuk mudah bersalin cuma antara buat dengan tak buat jek aku ni..hahaha.cume yang aku mampu amalkan banyak berjalan, ngaji dan banyakkan solat malam.
Orang kata 7 bulan ke atas bagus minum air kelapa bebanyak untuk cantikkan kulit anak,ini aku cuba amalkan cume payah gak lah nak dapat air kepala asli dr buah kelapa,sumenya air kelapa tepi jalan yang dah campur dengan air masak.Aku asek minum air barli je sebab nk elakkan dapat UTI..hehe.uti ni menyebabkan rasa tak selasa & bayi pon akan meronta2 macam nak kuar je rasa..haha

Sebelum akhir,selagi aku ada kesempatan ni , ak nak mintak maaf silap salah yang sengaja atau tak sengaja dan mintak halal semuanya dunia akhirat pada korang lah ek esp. dayah,ayon,nabilah dan sakin.kalau ada yg nak tuntut hutang ke tuntut apa2 ke boleh beritahu hehe..Doakan aku dipermudahkan bersalin,doakan ak dan baby selamat & sehak..hehe

Assalamualaikum..

no pain, no gain



Friday, April 1, 2011

sukar diungkap

Salam alaikum..

fuhh berhabok dah blog ni,lama tidak meng'update'.makin sayu..makin sunyi blog ni.Masing-masing mungkin sedang berhempas pulas berjuang dengan amanah di bahu

Hari demi hari kandungan makin membesar,anak yang bakal dilahirkan semakin membesar,semakin mengerti yang ibu dan ayah tak sabar menanti saat-saat kelahirannya.

Alhamdulillah minggu ni genap 24 minggu aku membawa anak kecil yang menjadi harapan aku dan kekasih..satu perasaan yang sukar untuk diungkap.Syukur yang teramat kepada Allah kerana memilih aku merasa saat-saat manis ini,dapat merasa ada denyutan 1 nyawa lagi dalam 1 nyawa.

Berat makin bertambah,pergerakkan makin sukar tapi itu bukan penghalang, didikan anak bermula dari seawal usia dalam kandungan.Seboleh-bolehnya aku tidak mengikut perasaan letih,malas,penat..anak perlu didik erti kepayahan,erti pengorbanan sejak dalam kandungan.Dan mengandung bukan juga alasan untuk seorang isteri mengabaikan tanggungjawab pada si suami,suami perlu dilayan dengan sebaik-baiknya..syurga isteri di bawah tapak kaki suami tapi suami-suami kena ingat juga neraka suami bawah tapak kaki isteri..hahahaha

Alhamdulillah alahan hilang sejak masuk usia kandungan 4 bulan,badan juga lebih bertenaga sekarang.Ibu-ibu yang mengandung jangan terbawak-bawak dengan sifat manja,perlu lasak tapi kesihatan kena jaga..penting ni!!

Bila berborak dengan ibu,ibu selalu cerita masa ibu mengandungkan kelapan-lapan anakknya (1 kandungan gugur masa umur 4 bulan) tidak pernah ibu serah kalah dengan rasa malas,lagi-lagi ibu bekerja sebagai seorang jururawat sepanjang masa berdiri berjalan...tiada istilah rehat.Jadi aku kena contohi ibu

Kalau ada rasa mengidam nak makan yang pelik-pelik ke,seboleh-bolehnya aku tak hiraukan perasaan tu..ada 1 hari tuh,ngidam nak makan makanan masakan mak cik kantin masa aku sekolah rendah tuh..tak ke gilo namanya...hahaha

aku: tetibe macam nak makan makanan kantin masa sekolah rendah dulu ahh

kekasih: lahh pulak,sayang ada simpan alamat rumah mak cik tuh??

aku: haih..mana lah ada

kekasih: dah tuh macam mana nak cari??

aku & kekasih: diam membisu je..mati kata-kata

Melalui pengalaman aku sendiri,bila mengandung ni memang emosi sikit,cepat nak terasa lah,cepat nak sedih lah..tapi kena lawan,tak boleh ikut perasaan nanti syaitooon lagi mencucuk-cucuk.Seboleh-bolehnya aku cuba jadi positif tapi kena tegok pada keadaan dan tempat juga.

Dan satu lagi,bila mengandung ni selalu rasa was-was lah,pikir bukan-bukan lah..uishhh ni lagik bahayee..kalau tidak dibendung cepat jadi lagik parah.Ayah selalu pesan rajin-rajin ngaji,solat tengah malam,berzikir sebab ibu mengandung ni mudah syaitoon dekati sebab emosi kurang stabil

Hujung minggu pulak,si kekasih akan bawak pergi berjalan-jalan,exercise katanya..aduh,awalnya memang megah tapi lama-lama ok,naik turun tangga,jalan laju masih mampu,alhamdulillah

Mengandung ni satu nikmat yang tak boleh nak cerita ahh..kena alami sendiri baru best..hahaha
Bila anak menendang-nendang rasa macam besttt gilerrrr tahap dewa ahhh (tahap tak boleh nak gambarkan)..hahaha dan bila makin besar kandungan kadang-kadang tidur menjadi kurang selesa..guling kanan rasa lain,guling kiri rasa lain..mimipi pelik-pelik..berdengkur lagik satu hal..hahaha.

Ada 1 malam,tengah tidur aku mimpi aku tampo muka pencuri dan dalam keadaan yang nyata rupanya aku pelepok kekasih di sebelah..sian..terkejut tengah tidur,terus aku panik dan bangun tegok keadaan kekasih,maklumlah kekasih i ni tak boleh terkejut-kejut.Alhamdulillah mujur kekasih ok.paginya tergelak aku sorang-sorang teingat kisah malam tadi.Banyak lagi lah peristiwa lain berkhutbah time tido lah..cakap inggeris time tido laa..mimpi pergi negara arab jadi penangkap anjing liar lah haih..macam-macam,tapi Alhamdulillah sekarang sudah kurang,masa 3 bulan pertama mengandung memamg kerap mimpi pelik sampai jadi letih penat,so paginya terpaksa lah terlentok-lentok di opis.Sebelum tidur baca yassin da,baca bismillah banyak-banyak da tapi masih lagi mimpi pelik,mimpi selamatkan kaum avatar lah..mimpi bergabung dengan batman selamatkan orang lah..jadi penangkap hantu lah.Bila tanya kawan-kawan lain yang mengandung , meraka pon alami perkara yang sama,jadi ini adalah normal untuk ibu-ibu mengandung..hehe

Mudah-mudahan urusan bersalin aku dipermudahkan,semoga pejuang yang bakal dilahirkan ini nanti sempurna akal,mental dan fizikalnya,sihat tubuh badannya.amin ya Robb


Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

p/s : dapatkan majalah aniqah keluaran April 2011 & tegok m/s 52.hahaha


no pain,no gain

salam alaikum

perkongsian: yang tak bisa diucapkan oleh bapa


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Wednesday, December 1, 2010

4 adik perempuan





Assalamualaikum

Aku ada 4 orang adik perempaun.Semua makin membesar dah sekarang,jadi anak dara da..tak lama lagi ade je yang jadi mak dara nanti..huahua..mesti ibu suke!!


sebelum pulang ke u

Siti Sarah a.k.a andak

Andak ni bawah aku je,nombor 4.Beza umur kiteorang setahun je.Masa kecik kami memang rapat tapi yang tak puas hatinya kalu gaduh mesti aku yang kena sesah(bantai) dulu.Andak orangnya baik,lembut je,nak degar die keluarkan perkataan yang buruk even cakap bodoh pun susah,kire macam stok ustazah2 la ni.Kami membesar bersama-sama sekolah tadika sama-sama,sekolah menengah pun sama-sama.Kat sekolah menengah dulu andak baik,aku memang gangster ,mesti andak malu sebab satu sekolah dengan aku.Muke kiteorang memang sama,selalu budak2 kelas aku keliru.Bila aku masuk matrikulasi perak,kami terpisah,tinggal la andak, taun tuh andak ambik SPM.Sekarang andak da beso,da 23 tahun.Dah ada pendirian dan matlamat sendiri,bagus.dah tahu apa yang dicapai dalam hidup ni.Aku doakan andak cepat2 dapat sambung master ko dalam fizik tapi ko x yah la buat jejauh buat je kat ukm ke upm,nanti ko boleh selalu tolong kemas umah aku.



kat umah sedara ibu kat semenyih

Siti Sajidah a.k.a kak teh

Kak teh anak nombor 5,beza umar kiteorng 4 tahun,so sekarang kak teh umur 20 tahun.Kak teh sekarang ambek veterinar kat upm nak masuk tahun 2 da.Ingat lagik masa cek keputusan upu,bila kak teh tahu die dapat kos vet,terus air mata die meleleh.kak teh cakap lebih kurang macam gini lah “aku tak nak kos ni,suruh ibu yang belajo kos ni” dalam syahdu2 tuh,aku tergelak2 dego kak teh cakap macam tuh.Sekarang banyak kak teh dah berubah bile ambik kos vet,kalu dulu takut giler kat kucing,sekarang da tak takut.Lagi advance sekarang dah pandai kawan dengan lembu,kerbau,kambing,babi.Dah pandai nak jinakkan arnab cik jah(mak sedara kiteorang) bile mak arnab tuh protes tak nak susukan anak die.dan pandai gosok gigi kude.Cume kak teh perahsia sikit,selalu kalu nak buat apa2 selalu diam2 je sampai aku curi nu hp rumet die dari hp die untuk aku tahu aktiviti kak teh.Tapi aku negok kak teh makin lama makin kecik sebab kak teh tak makan masakan mamak,maklumlah caterer kolej 17 kan mamak.banyak kali aku da beritahu,caterter je mamak tapi yang masak bukan mamak.Memandangkan kak teh paling dekat tinggal dengan aku,aku di pertanggungjawabkan oleh ayah untuk jaga kak teh.Aku doakan kak teh menjadi doc hewan yang beriman dan berjaya



masa fogging kat umah lama

Siti Zakirah a.k.a kak chik

Kak chik anak nombor 6,beza umur kiteorang 7 tahun,so sekarang kak chik umur 17 tahun.Tahun ni kak chik ambek SPM,semoga kak chik berjaya.Bila balik kampong,kekasih aku akan ngajo kak chik subjek kimia,add math.Kekadang sian negok asek belajo dari pagi ke malam tapi itulah adat dalam keluarga kami,sapa2 yang exam taun tuh,peh mesti ari2 akan dego ayat “pergi studylah”.Kak chik lah adek aku yang paling pendiam,orangnya tak banyak cakap.Jadi bile nak dego kak chik bercerita,kenalah aku stat dulu berbanding dengan andak dan kak teh memang banyak beno ceritenya.Bila ada masa,aku selalu ingatkan/nasihatkan kak chik kenapa orang perempuan kena ada ilmu,kena ada kerja yang bagus2.Kak chik ni paling rapat dengan ayah,setiap hari sampai la dah beso sekrang ni selalu kena cium dengan ayah,mungkin sebab ayah pon anak nombor 6 sama dengan kak chik kot,entah hanya ramalan.Dulu masa ada akak2 die kat umah memang sume keje2 umah kak chik terlepas,tapi bile along,aku, andak dan kak teh kuar umah pergi sambung belajar,kak chik ambik alih tugas2 rumah,dielah basuh kain,dielah sapu sampah,dielah berus bilik air..sume dielah.Perubahan yang memberangsangkan.Aku doakan cita-cita kak chik nak jadi pensyarah tercapai



masa ini adah kena cangkul lalang,rumput - gotong royong kemas rumah baru

Siti Adawiyah a.k.a adah

Adah anak nombor 7,beza umur kiteorang 10 tahun,so sekarang adah umur 14 tahun. Masa ibu lahirkan adah aku diseludup masuk melalui tingkap ke bilik tidur ibu masa kat sepital muo,aku tido semalam dengan ibu kat wad,sebaik ada 1 katil kosong.Masa tu,aku ditugaskan untuk jaga ibu lepas ibu bersalin kat wad,sapukan ibu minyak angin,urut2 ibu,pakaikan ibu stokin,tolong jaga adah masa ibu pergi mandi kat wad.Sekarang tup tup besar da budak ni,adah ni garang sikit mungkin ikut perangai aku la kot.Tapi adah sayang akak2 die,tuh yang akak2 die selalu suruh adah ambikkan tuh ambikkn ni, adah patuh je walaupun marah2.Kalu aku suruh, adah tak buat,aku akan ungkit balik yang aku jaga die masa die baby dulu.Masa belajar kat UPM dulu,bila cuti semester aku suka ngajo adah pepaling time tuh adah nak UPSR.Kiteorang pergi kedai buku sama-sama dengan cilok naik motor ayah (mestilah aku yang bawak motor tuh bonceng si adah) cari buku sama-sama,pastu balik umah aku ngajo adah dengan duduk sebelah adah ngajo satu persatu (aku ngajo subjek sains dan math je la),kekadang bila da ajor tak faham-faham ee rasa macam nak tampo2 je,tapi tak tampolah kang ayah pulak tampo aku,penat memang penat tapi bile tegok adah berjaya dalam UPSR ,ilang sume tuh.Adah memang selalu pau duit akak2 die termasuk aku,dari pergi kedai buku nak beli 1 buku je terpaksa beli 2-3 buah buku.Tapi adalah sekali tuh,aku,andak,kak teh dan adah pergi kedai buku (along masa ni tak dapat cuti,kak chik, ibu tak bagi ikut,dok umah study),adah teringin nak beli buku keluaran PTS kisah pasal sejarahwan islam,time tuh aku,andak dan kak teh memang duit tak cukup,jadi terpaksalah adah gune duit die yang die bawak senyap2 ,berlipat2 duit tuh die simpan dalam kocek seluar die tapi sebenarnya duit cukup je cume tak bagi adah beli lagi,lebih kurang rm200++ beli buku hari tuh.Aku doakan cite-cite adah nak jadi doctor macam along tercapai tapi ko kenalah rajin dari sekarang adah.


*Aku sayangkan ayah,ibu,along,angah,andak,kak teh,kak chik,adah,kekasihku dan anak yang aku sedang kandungkan ini..semoga kami sentiasa bersama dan bahagia.Ameen


Assalamualaikum


no pain,no gain