Pages

Friday, April 1, 2011

sukar diungkap

Salam alaikum..

fuhh berhabok dah blog ni,lama tidak meng'update'.makin sayu..makin sunyi blog ni.Masing-masing mungkin sedang berhempas pulas berjuang dengan amanah di bahu

Hari demi hari kandungan makin membesar,anak yang bakal dilahirkan semakin membesar,semakin mengerti yang ibu dan ayah tak sabar menanti saat-saat kelahirannya.

Alhamdulillah minggu ni genap 24 minggu aku membawa anak kecil yang menjadi harapan aku dan kekasih..satu perasaan yang sukar untuk diungkap.Syukur yang teramat kepada Allah kerana memilih aku merasa saat-saat manis ini,dapat merasa ada denyutan 1 nyawa lagi dalam 1 nyawa.

Berat makin bertambah,pergerakkan makin sukar tapi itu bukan penghalang, didikan anak bermula dari seawal usia dalam kandungan.Seboleh-bolehnya aku tidak mengikut perasaan letih,malas,penat..anak perlu didik erti kepayahan,erti pengorbanan sejak dalam kandungan.Dan mengandung bukan juga alasan untuk seorang isteri mengabaikan tanggungjawab pada si suami,suami perlu dilayan dengan sebaik-baiknya..syurga isteri di bawah tapak kaki suami tapi suami-suami kena ingat juga neraka suami bawah tapak kaki isteri..hahahaha

Alhamdulillah alahan hilang sejak masuk usia kandungan 4 bulan,badan juga lebih bertenaga sekarang.Ibu-ibu yang mengandung jangan terbawak-bawak dengan sifat manja,perlu lasak tapi kesihatan kena jaga..penting ni!!

Bila berborak dengan ibu,ibu selalu cerita masa ibu mengandungkan kelapan-lapan anakknya (1 kandungan gugur masa umur 4 bulan) tidak pernah ibu serah kalah dengan rasa malas,lagi-lagi ibu bekerja sebagai seorang jururawat sepanjang masa berdiri berjalan...tiada istilah rehat.Jadi aku kena contohi ibu

Kalau ada rasa mengidam nak makan yang pelik-pelik ke,seboleh-bolehnya aku tak hiraukan perasaan tu..ada 1 hari tuh,ngidam nak makan makanan masakan mak cik kantin masa aku sekolah rendah tuh..tak ke gilo namanya...hahaha

aku: tetibe macam nak makan makanan kantin masa sekolah rendah dulu ahh

kekasih: lahh pulak,sayang ada simpan alamat rumah mak cik tuh??

aku: haih..mana lah ada

kekasih: dah tuh macam mana nak cari??

aku & kekasih: diam membisu je..mati kata-kata

Melalui pengalaman aku sendiri,bila mengandung ni memang emosi sikit,cepat nak terasa lah,cepat nak sedih lah..tapi kena lawan,tak boleh ikut perasaan nanti syaitooon lagi mencucuk-cucuk.Seboleh-bolehnya aku cuba jadi positif tapi kena tegok pada keadaan dan tempat juga.

Dan satu lagi,bila mengandung ni selalu rasa was-was lah,pikir bukan-bukan lah..uishhh ni lagik bahayee..kalau tidak dibendung cepat jadi lagik parah.Ayah selalu pesan rajin-rajin ngaji,solat tengah malam,berzikir sebab ibu mengandung ni mudah syaitoon dekati sebab emosi kurang stabil

Hujung minggu pulak,si kekasih akan bawak pergi berjalan-jalan,exercise katanya..aduh,awalnya memang megah tapi lama-lama ok,naik turun tangga,jalan laju masih mampu,alhamdulillah

Mengandung ni satu nikmat yang tak boleh nak cerita ahh..kena alami sendiri baru best..hahaha
Bila anak menendang-nendang rasa macam besttt gilerrrr tahap dewa ahhh (tahap tak boleh nak gambarkan)..hahaha dan bila makin besar kandungan kadang-kadang tidur menjadi kurang selesa..guling kanan rasa lain,guling kiri rasa lain..mimipi pelik-pelik..berdengkur lagik satu hal..hahaha.

Ada 1 malam,tengah tidur aku mimpi aku tampo muka pencuri dan dalam keadaan yang nyata rupanya aku pelepok kekasih di sebelah..sian..terkejut tengah tidur,terus aku panik dan bangun tegok keadaan kekasih,maklumlah kekasih i ni tak boleh terkejut-kejut.Alhamdulillah mujur kekasih ok.paginya tergelak aku sorang-sorang teingat kisah malam tadi.Banyak lagi lah peristiwa lain berkhutbah time tido lah..cakap inggeris time tido laa..mimpi pergi negara arab jadi penangkap anjing liar lah haih..macam-macam,tapi Alhamdulillah sekarang sudah kurang,masa 3 bulan pertama mengandung memamg kerap mimpi pelik sampai jadi letih penat,so paginya terpaksa lah terlentok-lentok di opis.Sebelum tidur baca yassin da,baca bismillah banyak-banyak da tapi masih lagi mimpi pelik,mimpi selamatkan kaum avatar lah..mimpi bergabung dengan batman selamatkan orang lah..jadi penangkap hantu lah.Bila tanya kawan-kawan lain yang mengandung , meraka pon alami perkara yang sama,jadi ini adalah normal untuk ibu-ibu mengandung..hehe

Mudah-mudahan urusan bersalin aku dipermudahkan,semoga pejuang yang bakal dilahirkan ini nanti sempurna akal,mental dan fizikalnya,sihat tubuh badannya.amin ya Robb


Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

p/s : dapatkan majalah aniqah keluaran April 2011 & tegok m/s 52.hahaha


no pain,no gain

salam alaikum

6 comments:

mushroom said...

alhamdulillah...allah yg bagi semuanye walaupon x sume org dapat laluinye..x sabar nak tunggu anak2 sedara..andak cepatlah kawen!

hajat said...

mushroom : oii ko dgn andak kawen serentak laa,ibu da plan..hahaha

shota said...

x sabo gak...cpat r beranak...haha

hajat said...

shota ngok ngek

hajat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nabilah said...

x de button like la... hajat... nak tgk gmbar ko pregnant..... plssss.....