Pages

Monday, June 14, 2010

Mimpi yang Menjadi Kenyataan

Assalamualaikum....

Blog berwajah baru....setelah lama blog ni muram dan sepi...harap dengan wajah baru lebih bersemangat untuk berkongsi cerita..Saya akan cuba meluangkan masa untuk bercerita di blog ini. Ini semua gara2 pergi gym sebab balik dari gym dah malam and penat so terus tidur tanpa sempat menjenguk blog ini.

Merujuk kepada perkara diatas (ayat cam tulis surat rasmi hehehe), pernah x mimpi korang menjadi kenyataan. Ini bukan mimpi yang merujuk kepada kamus dewan adalah impian atau cita-cita. Ini mimpi yang selalu orang kata sebagai mainan tidur....hmmm pernah x?Orang kata selalunya mimpi akan menjadi terbalik. Maksudnya kalau kita mimpi dapat kereta maknanya kita xdapat kereta tu...ada faham ka????



Dulu aku pernah mimpi dapat masuk MRSM (bunyi cam impiankan tapi aku ni memang begini selalu impian aku masuk akan masuk ke dalam mimpi hahaha). Aku dah sedih dah bila bangun tidur dek kerana terpengaruh dengan kata orang yang mimpi selalunya terbalik. Tapi xlama tu aku dapat surat offer masuk MRSM. Gembiranya hanya Allah yang tahu...syukur Alhamdulillah...see mimpi xterbalik pun. Mula dari itu, aku xpercaya lagi yang mimpi akan terbalik...huhuhu

Selepas itu tidak ada lagi mimpi yang menjadi kenyataan tapi baru2 ni mimpi saya menjadi kenyataan lagi. Kali ini bukan mimpi yang impian tapi mimpi yang pada mulanya aku anggap sebagai mainan tidur. Aku mimpi sakin dengan sumone...hehehe. Dalam mimpi tu sakin introduce aku dgn sumone tu...hahaha. Bangun2 aku nak tergelak, ingatkan mesti sebab aku dah rindu giler kat sakin....and next day tu aku dengar Hotfm kat dalam kereta masa nak pergi kerja. Topik haritu pulak pasal mimpi! Ustaz tu kata setiap mimpi ada maksudnya....oh hati mula berdebar....Aku mesej sakin dan sakin menafikannya...cet sakin malu2 pulak...ahahahah

Dan semalam masa wedding hajat...terbukti sudah mimpi ku....hahahaha. Tahniah sakin and wish you luck. Sekarang ini aku tgh tunggu bila mimpi dapat further study oversea menjadi kenyataan. Dah banyak kali mimpi dapat further study tp xjadi kenyataan lagi.. Sedey JPA xnak sponsor....ada orang perseorangan nak sponsor saya x?

Macammana dengan korang pulak ada x mimpi mainan tidur menjadi kenyataan????

2 comments:

Nabilah said...

ion, commonwealth scholarship da tgk ke?

Unknown said...

dah tp xboleh download..email or pergi ke putrajaya....huhu