Pages

Saturday, May 22, 2010

Happy Bithday!!!


SeLaMat ULanG TaHuN NABILAH!!!
Yang ke berape ek???tettt...hehehe

Semoga murah rezeki, panjang umur, sihat selalu, ceria selalu, cepat jodoh, cepat kahwin, cepat dapat anak cepat dapat cucu semoga segalanya cepat...hehehehe

Wish all ur dream come true!!!

Friday, May 21, 2010

Keputusan Drastik!

Assalamualaikum...

Wah nampaknya masing2 busy dengan kerjaya masing2...lama xada update daripada korang...huhuhu

Memang kebelakangan ini aku pun busy dengan perkara2 yang berkaitan dengan Halal, balik kampung, meeting dll lagi. Dan juga agak tertekan dengan masalah2 yang berlaku minggu2 lepas. Bila tension mulalah sentap, nak marah orang jek kejenye pastu buat muka macam aku sorang jek ada masalahkan...hahaha perangai xboleh blah!

Setelah berbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan tekanan akhirnya aku mengambil keputusan drastik! Hahaha...ye kawan2 inilah keputusan yang telah saya ambil....



Saya join Celebrity Fitness...huhuhuhu. Konon2 nak g jogging jek lepas kerja tapi sakit hati sebab asyik hujan jek petang. Bila semangat berkobar2 nak pergi jogging petang mesti hujan, kalau xhujan pun mesti time tu staf xcukuplah so aku kena cover plating utk dinner tapi kalau xada hati nak pergi tu cerah pulak.!Haish.....

Sebenarnya aku saja nak peri survey lepas tu dia offer 139/mnth kalau aku join time tu jugak. Kalau waktu lain 199/month. So aku pun grab jeklah...tapi bila fikir2 balik boleh ker aku commit selama setahun ni??? Aku ni dahlah memang jenis yang xsuka commitment..lagi satu perangai buruk aku ni selalunya hangat2 tahi ayam....ntahlah tengok jeklah nanti tapi mahal tu rugi ooo kalau xpergi....

OK itu saja, selamat berjaya kawan2...
Doakan semoga kami berjaya dalam permohonan halal nya....

Wassalam

Tuesday, May 18, 2010

TENSION...TENSION...TENSION

Assalamualaikum...

Arrrrrggggggggghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Harap maaf kawan2 kerana meluahkan perasaan disini. Beban tekanan kerja semakin bertambah dengan complaint yang xpernah putus. Inilah cabaran kalau kerja bahagian servis. People always expect everything is perfect from us. Private hospital expectation is very high.Macam masuk hotel taraf 7 8 bintangkan. Dengan orang atasan dia yang order makanan nak tang tu jugak. Hello xtau ker yang staf aku ni ada byk kerja lain nak buat selain entertain ko. Kadang2 rasa cam nak suruh dorang ni datang masak sendiri kat dapur. Dengan masalah staf yang xcukup..penat otak aku ni fikir macam mana nak bagi staf cukup. Dah macam2 usaha kami lakukan. xlarat nak tengok muka ketat budak2 PSD ni...Tolonglah.... kepala dah pening ni...xde mood nak kerja hari ini...=(

Wassalam

Saturday, May 15, 2010

Sambungan Cinta Sufi

Assalamualaikum...

Akhirnya...dah abis baca Cinta Sufi. Benci..benci..benci..cerita tergantung. xsuka tau ada sambungan lagi. Penat nak tunggu each novel. Tapi nak buat macammana kalau dah ikut dari mula kenalah juga tunggu sampai habis.

Korang semua macammana dah habis baca belum? Mehla share ape yg menarik yg korang suka part dalam cerita tu. Kali ini aku xmenghayati sangat sebab nak cepat habis...banyak sangat rintangan masa nak sampai hulu melaka tu sampai aku xlarat nak baca..hahaha. Tapi aku rasa masa perang kat hulu melaka tu best!Masa Catalina nak peluk agama Islam tu pun best gak..Allah bersama aku...Allah perhatikan aku...Allah melindungi aku!

Sebagai manusia aku sayang padamu!

Wassalam...


Thursday, May 13, 2010

to hidayah

Assalamualaikum...

Rasanya semua sedia maklum bahawa Hidayah akan di interview esok, jadik, marila kita doakan supaya rezeki Dayah di HKL sbg Dietitian...

Good luck yer dayah... i always at your side

Salam

Tuesday, May 11, 2010

-pengubat rindu-

Assalamualaikum...

Hai, apa khabar semua??? Rindunya dengan blog ni!!! Dah lama xupdate, ni pun curi masa sekejap untuk mengubati rindu mereka yang merindui saya...hahahaha

Itu saja, nak pergi HUKM sekejap lagi..nak amik ayam dan discuss Halal n HACCP...

Jumpa lagi...daaaaaaa

Monday, May 10, 2010

malaysian food pyramid

Assalamualaikum..

Semalam aku menghadiri 11th IFKF International Meeting di Nikko Hotel Kuala Lumpur organized by NKF (NATIONAL KIDNEY FOUNDATION),membincangkan tentang latest management for kidney disease. Ada sedikit info terbaru (from dr Winnie,IMU ) yang mahu aku tekankan di sini tapi aku rasa sahabat semua sedia maklum dengan malaysian food pyramid yang terbaru..dan dayah juga ada emailkan pada kita semua power point tentang food pyramid *credit to cik sally*.

Mula-mula agak confused tapi selepas telefon pn.zalina dan bertanya itu ini..akhirnya kekusutan sedikit terlerai..(harap semua sila rujuk semula slide malaysian food pyramid)
Antara sebab pertukaran serving ini adalah untuk memudahkan pesakit/pengguna memahami cara yang mudah untuk membuat menu makanan mereka sendiri



MALAYSIAN FOOD PYRAMID 2010

*sila gunakan malaysian food pyramid yang terbaru selepas ini*harap maklum

Assalamualaikum
no pain, no gain

IBU

Assalamualaikum..

selamat hari ibu untuk PUAN ROHANI BT SHATAR..
terima kasih ibu kerana reda mengandung,melahirkan & membesarkan orang sehingga ke hari ini
ibu adalah anugerah termahal dalam hidup orang,tiada siapa mampu mengambil alih
orang sayangkan ibu lebih dari segala-galanya..
orang berhutang budi kepada ibu..

Duhai setiap insan yang mengenaliku, pada semua kebaikan dalam persahabatan kita, doakanlah untuknya kerana dialah asbab diriku menjadi temanmu.

Segalanya bermula daripada seorang…. IBU..

Setiap hari adalah hari ibu buat aku..

Assalamualaikum

no pain,no gain


Thursday, May 6, 2010

kusut


assalamualaikum..

apa khabar sahabat semua??
sejak 2-3 minggu kebelakangan ini makin banyak kekusutan mendatang..kerja..kerja!!!
Amanah diberi untuk jadi pengarah dalam 2 program yang perlu dijalankan dalam bulan yang sama buatkan aku terdiam seketika..
yaa pengalaman baru,mungkin tidak akan dapat di tempat lain..
tapi kerana ini pengalaman pertama dalam alam pekerjaan membuatkan aku rasa sedikit cuak.
Berurusan dengan mereka-mereka yang sentiasa buzy & mereka-mereka yang buzy membuka poliklinik yang baru kadang kala buatkan aku rasa baran..hahaha..baran gilerr..asal nak jumpa,ahli tak cukup...

Dan bila diberi amanah untuk menjadi ketua (bermula bulan 5) untuk program antenatal class yang perlu dibuat setiap bulan membuatkan aku lagi kusut..
sehingga ke hari ini,sudah 3 kali aku dijemput untuk berkongsi tentang pemakanan semasa mengandung dengan para ibu & ayah
setiap kali program aku mesti rasa malu dengan mereka,kerana mungkin dari segi teori aku tahu tapi... bukan secara praktikal..erm..bercakap tanpa pengalaman sendiri buat aku rasa menipu pada mereka..dan ada juga audiens yang tidak yakin
Sehinggakan setiap kali program,aku minta nama aku jangan ditulis dengan panggilan cik cukup sekadar nama
dan lagi-lagi bila diberi tangunggjawab sebagai ketua program..buat aku rasa tidak yakin..
tambahan lagi bila ada staff yang perli - aik,orang yang tak pernah mengandung lagi boleh jadi ketua ke??
aku sekadar senyum bila mendengar..padahal dalam hati ..!@#$%^&*@%@

dan seperti biasa kerja yang tak siap di office akan di bawa balik ke rumah
bila pulang kerja,penat & ada kala tak sempat nak menyentuh quran..
kerana kerja amalan yang sebegitu mulia aku lupakan..erm..
ampunkan hambaMU ini ya Allah,hambuMu ini tak pandai nak bahagikan masa ya Allah
penat badan ,penat otak..dan lagi ' suka ' bila ada usul yang minta aku perlu bekerja sehingga 8 malam..@%#$%$#&%$*^%(*^#@^#$%@
ya Allah,hambuMu ini banyak merungut..

ahad ini ada 2 program
i mesyuarat AJK Konvensyen Nasional Wanita Islam 2010 (KONWANIS)
ii Kidney disease talk organized by National kidney foundation (NKF)

aku memilih untuk pergi program ke 2, setiap hari ada saja 3-4 email dari AJK KONWANIS ingtakan pasal 1st meeting..
dan bersedia jek lah Isnin nanti kena bebel dengan ustazah sebab tak datang mesyuarat AJK..
weh,aku dan 3 minggu berturut2 keja sepanjang minggu..xda coti,balik muo pun aku tak sempat
tahu tak giler!!

aaaarrrggghhhh biarkan la orang nak kata apa..emo giler kot..hahaha..

aku sentiasa belajar untuk mempositifkan diri ,walaupun ada kalanya sukar

assalamualaikum
no pain,no gain

Monday, May 3, 2010

90 Hari Untuk Ibu


Assalamualaikum

Harap sahabat semua bersama-sama menandatangani petisyen menyokong 90 hari untuk ibu
di link tersebut

http://www.nube.org.my/pd/Petition.aspx

Menyusu itu fitrah
Menyusu itu sunnah

Assalamualaikum
no pain,no gain